So Many Things to do, So Little Time


Salam semua!

Lagi beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru, tahun 2016. Tahun 2015 ni merupakan tahun yang paling aku sibuk. Basically sibuk sebab ada Hana dan sibuk sebab Oomori.my makin maju dengan ejen dropship yang sudah melebihi 100 orang. Barang jualan jugak aku dah letak di 2 kedai. 1 di Quill City Mall, KL. 1 lagi di Times Square Bintulu. Alhamdulillah, so far so good.

Kerja rumah Alhamdulillah, banyak Shakir yang tolong buat. Basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, simpan baju. Kemas rumah, mandikan dan bagi pakai Hana... Tapi sejak dua menjak ni dia pun sibuk takde masa nak buat semua ni so dah start panggil orang datang kemas rumah every 2 weeks. Aku dah nak pengsan letih jaga Hana and malam selalunya aku tido awal sebab dah hilang tenaga. Baru anak sorang dah macam ni, kalau anak ramai? Walaoweh! Aku memang bukan superwoman langsung macam mak aku.

Tahun 2016, banyak benda aku nak capai so kena allocate masa dan wang ringgit untuk achieve them. Antara benda yang aku berangan adalah:


  • Host birthday party Hana. Nak serve healthy food for the kids yang datang. No stupid jajan.
  • Jalan2 di luar negara. Belum tahu nak pegi mana tapi yang pasti negara 4 musim
  • Simpan at least RM1000 sebulan
  • Generate more income
  • Print out semua activities pendidikan Hana di rumah
  • Update entry resepi makanan untuk baby di blog ni
Okay nanti aku update lagi list ni.





LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon