Kenangan Puasa

Heheh.. sorry ye dah lama tak update. Sebabnye, aku banyak membebel dalam twitter so kebanyakan perkara yang tersimpan dalam benak aku ni, aku dah luahkan dalam twitter and by the time aku nak update blog aku, aku rasa macam semua aku dah cakap, so agak no point jugak la untuk aku tulis perkara yang sama berkali2.

Oh yeah, puasa datang lagi. Kecik2 dulu kalau time puasa ni sangatlah mencabar sebab kena tahan lapar and dahaga. Rasa macam dahaga gile, sampai kalau dapat air sirap limau satu kolah pun rasanya cam boleh dihabiskan. Tapi kalau dah besar panjang ni, kalau tak puasa gak lagi, aku tak tau la nak cakap pe kan. Setakat lapar and dahaga tu apa lah sangat bagi kita yang sungguh matang ni..LOL... lagi sulit nak kawal diri dari buat dosa yang akan sia2kan puasa kita kot :P

Ok...aku malas la nak kutuk2 org, nak maki2 org, so entry sempena puasa ni, aku just nak bebel pasal kenangan berpuasa aku time kecik2 dulu.

  • Kecik2 dulu kalau puasa sehari, dapat RM1. So kalau sebulan dapat RM30 tu kira best gile ah. Sape yang puasa tak penuh, tak dapat la merasa dapat duit raya RM30. LOL.

  • Aku selalu ngelat time puasa. Time amik wuduk je kalau part berkumur, 80% air yang aku masukkan dalam mulut takkan kuar balik. 

  • Time mandi adalah paling heaven sebab leh minum air kolah banyak2. Masuk bilik air nak mandi jalan macam zombie...keluar je bilik air segar bugar!! Macam baru regen! LOL!

  • Pernah time parents aku xde, aku dengan adik kedua aku gi bazaar beli makanan. Time tu baru kul 5 mcm tu. Pastu kitorg masing2 kautim untuk bukak puasa tapi parents takleh tau. Adik kedua aku la punya idea ni. Dia janji takkan bgtau parents aku.. tapi aku xcaye sebab dia ni kuat troll orang. So masing2 mengadap makanan, pastu kira 1, 2, 3 and suap makanan serentak dalam mulut masing2. Kenyanglah kami selepas itu.. Muahaha!

  • Bila time nak bukak puasa je, semua berkumpul kat meja makan. 5 minit sebelum azan, masing2 dah macam nak berlumba. Sorang letak gelas air siap2 kat bibir. Sorang dah standby tangan yang ada nasi ngan lauk kat bibir. Sorang lagi dah letak buah siap2 kat bibir. Tujuannya, bila azan je, terus ngap. Muahahaha! 

  • Time cuti sekolah, gi mancing. Ada 'pulau' tengah2 sawah and di tengah2 'pulau' tu, ada telaga. Telaga tu penuh dengan ikan2 lah macam ikan puyu, ikan haruan, ikan talapia, ikan sepat... Untuk ke tengah2 pulau tu, kena lalu selut sawah. Aku ni jenis takut lintah. So the moment kaki aku jejak je dalam selut tu, pe lagi... lari pecut ah! Lari pecut dalam selut setinggi paras lutus adalah sangat penat woi! Nak2 kalau terlupa bukak selipar jepun. Memang selipar tu akan tersuck ke dalam lumpur. Selipar tu memang akan putus nye ah! The moment sampai je kat 'pulau' tu, dah dahaga gile babi. Rasa macam merekah dah anak tekak aku. Pastu ada la yang baik hati panjat pokok kelapa, amik kelapa muda, minum..ahhhh~~~ Segar~~

  • Ayah aku bagi duit RM20 (time tu ada lagi duit kertas RM20) kat adik kedua aku suh gi beli tembikai untuk makan time berbuka. Sekali dia balik umah, gile besar tembikai dia bawak! Dia gi beli tembikai yang harga paling hampir dengan RM20. LOL! Benda tu jadi bahan sampai sekarang.

  • Ayah aku bagi duit kat adik ketiga aku suh gi beli murtabak. Ayah aku dah bgtau suh beli kat gerai mana sebab gerai2 lain banyak yang tak basuh telur ayam. So ada taik ayam la kat kulit telur tu. Adik aku ni tak dengar... dia main beli je kat gerai memana yang dia ske. So bila dah sampai umah, ayah aku tanya, memang dia furious la. Sebagai dendanya, adik aku tu kena makan SEMUA murtabak taik ayam tu. So nangis lah adik aku ni sambil makan murtabak tu. Muahahhaah! Benda ni jadi bahan sampai sekarang. Kitorang selalu bahankan dia sambil cakap "Syafiq menangis time makan murtabak taik ayam tu sebab sedap sangat...dia takut murtabak tu cepat habis..sebab tu dia nangis2 sambil makan". Hahahahaha!


Ok.. Tu suma cite lama. Time kecik2 dulu. Dah besar2 ni, lain pulak kenangannya. LOL!

Setakat ni je aku nak tulis. Aku nak wat keje. Aku ucapkan selamat berpuasa kat semua and jangan la ponteng2. Semayang terawikh tak yah lah wat kalau rasa2 yang wajib pun liat nak penuh. Kahkahkah! Adios amigos berambus.


AKU TAK PERLUKAN KOMEN USTARD SEPERTI DI BAWAH:


Ko jangan gebang la xpernah mengelat time ko kecik2 dulu. Apa ko ingat hati ko tu dah dibelah dan disucikan dengan air zam2 ke? Ko jangan nak tunjuk baik la dengan aku. Orang yang baik ni tak perlu tunjuk2 baik..org leh nampak sendiri. 

Aku cerita bukan nak bangga la bodoh..tapi benda tu just nak share SEBAGAI MANUSIA NORMAL..bukan zuhud macam ko. Ko tak yah masuk blog aku lagi ok. Aku allergic ngan ustard. Ko nak ceramah agama, boleh gi zaharudin.net. Makasih.

40 comments

  1. Aku dulu kena pergi Kuantan ngan boss aku. So on the way, dia (yg sedang drive) singgah kat McD drive thru. Lantas dia beli makanan untuk 4 orang padahal kitorang berdua je dalam kereta.
    Lepas je tol kat gombak tu, dia pun makan sambil ajak aku.

    "Boss, saya puasa." kata aku.
    "Makan je la. Aku dah beli untuk ko ni" kata dia.
    "Takpela boss" kata aku lagi.

    "Hmm. Membazir amalan SYAITAN, ponteng puasa amalan MANUSIA. Ikut ko lah" kata dia.

    Logic jugak.

    Maka aku pun tak puasa pada hari tu.

    ReplyDelete
  2. ohh kenangan zaman kanak-kanak, mmg mengusik jiwa halus mulus aku ni...kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. Bangga? WTF. Jgn ckp ko kecik2 xpernah mengelat time puasa. Boleh buat aku terberak darah.

    ReplyDelete
  4. awak, tak elok buat macam tu... tak baik untuk budak-budak tengok... jangan buat macam tu lagi ya...

    ini bulan puasa, adalah afdal untuk berbuat baik.

    get my point? kahkahkahkah....

    ReplyDelete
  5. Dia tak pernah tak puasa. Sejak celik mata ke dunia, dia telah belajar ilmu agama yang lengkap, dan juga dikurniakan akal untuk membezakan yang mana baik dan buruk, tanpa perlu menunggu masa baligh

    ReplyDelete
  6. aku start posa darjah 6 ok? ya jahiliah!

    porah la sapa kata dia tak penah curik makan..zuhud amatkah????

    aku dulu siap bukak tudung lauk tok aku lagi, ratah bihun goreng

    pastu kantoi sebab ada daun kucai lekat celah gigi

    bahabi!

    hasilnya aku makan saki baki bihun tu masa lepas isyak..

    bayangkan? hanya dengan sesuap bihun, aku kena tahan lapaq sampai isyak..

    tapi itu bukanlah kali terakhir aku curi makan....esoknya aku buat lagiii..kahkahkah!

    oh time tu aku darjah 5!

    ReplyDelete
  7. peh. aku terperasan ko ngamuk kat twitter. rupanya ada ustard perasan bagus. wahaha.

    malu kat budak2? serious? hahaha. mana la budak ni belajar nak "berdakwah" macam ni? adui la. datang blog orang, pastu ada hati nak bagi ceramah perasan bagus.

    oi fucktard, at least bagi la komen yang berkaitan ngan blog entry. hisy. tak pasal aku pun hangin ngan ustard perasan bagus macam ni. ko punya pasal, aku tanak puasa la hari ni. ni nak beli kfc kat tepi stadium. intan, nak join? hehehe.

    ReplyDelete
  8. JOM!! Nak ayam spicy satu..nyum2.. kita bukak puasa lagi 1 minit sebelum azan.. muahahah!

    ReplyDelete
  9. awal2 da ckp knangan puase time kecik2.. budak kecik mane wjib puase ngeng! xdose lau ponteng pn..ade jugk yg xpaam..hahaha

    ReplyDelete
  10. Pergh. 1 minit sebelum azan? Tu trolling agama nama dia! Wahaha. Paling lmbt aku pernah ponteng ialah kul 630 petang. Ponteng just for the lulz. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. aneh betol ustard2 zaman sekarang.

    haha... tapi aku ingat 1st day aku puasa, iaitu time darjah 1, nangis2 kot sebab tak larat. parents aku siap beli mcd, kfc ngan a&w time 1st day tuh habaq hang.. haha..

    tapi bila aku pikiaq balik, camna sbb tak larat tu sampai aku buleh nanges.

    ReplyDelete
  12. alahai en.zuhair..klako plak aku ngn ko...rmai je blogger len tlis pngalaman diorg, pe kate ko pg tazkirah sorng2...yela pose kn aku tao ko nk cr pahala tmbhan...

    ReplyDelete
  13. aku start puasa rasanya darjah 2/3 kot. darjah 1 dah kena paksa puasa dengan ibu aku, tapi ayah aku kesian bagi duit belanja senyap2. penat bhai masa tu pagi petang sekolah, nasib ada ayah yang memahami. siap pesan, nanti balik buat2 lah penat depan ibu. HAHAHA!

    ReplyDelete
  14. haha teringat zaman kecik2 dulu..thanks for the entry

    ReplyDelete
  15. Yo fren selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan jugak..

    Aku selalu fikir, kalo nak kena bayar balik puasa2 temberang dan penuh lakonan aku tahun2 dahulu tu...cam ko cakap minum air tu semua... tak tahu la berapa tahun haha.

    Tapi takpe, pengajaran hidup hehe.

    ReplyDelete
  16. Aku siap berenang dalam kolah lagi pukul 12 tengah hari..

    jangan cerita laa berapa gelen air masuk dalam mulut..

    koh koh koh

    ReplyDelete
  17. yg si zuhair tu x tau ke kalau org pompuan yg sesetengah je x sengaja ponteng puasa maksud sy yg kaum wanita shj lah,hu3 dia ni mmg x tau pasal hal ehwal wanita kot,hahahahaha

    ReplyDelete
  18. aku tak puas hati dgn ko anum,
    apsal ko delete komen ustaz zuhair!!!

    dia tu Imam Muda Zuhair!! I LIke!

    ReplyDelete
  19. aku suka 1st komen dan aku quote, "Hmm. Membazir amalan SYAITAN, ponteng puasa amalan MANUSIA...

    papepun, sume orang ada kenangan puasa dan di bulan puasa semua orang jadi baik-baik sebab setan takde n kalau jahat gak, maka dia mungkin setan yang terlepas? ouh tidak. worst than setan kot..

    ReplyDelete
  20. qada kepala keldai ko tak baligh mana wajib posa bodo.

    kalau dah baligh yg tggl tu, org lain pun bljr agama gak. Diorg nak wat ke tak, tu urusan diorg. Ko xpayah susah payah nak tunjuk ko tu berilmu kat sini. Aku xske ah org tunjuk alim ulamak kat page aku ni sebab page aku ni bkn utk org2 mcm ko. Drpd ko sibuk nak baca blog ni, baik ko gi baca quran. Nak2 lak skrg bln remdan kan.. ko pun tau la kan pahalanya berlipat ganda time2 ni kan? Ohh...lupa..ko ibadat sbb ikhlas.. ko kan dah tahap wali. kk. sorry ustard. Komen anda di delete lagi.

    berambus.

    makasih.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Kinda funny because all of you kinda mad coz his opinion.Is something wrong??LOL

    ReplyDelete
  23. he was trying to PREACH.. preaching is not sharing opinion -.-

    ReplyDelete
  24. But,we still need to be positif with what he has said

    ReplyDelete
  25. You wanna take it positively, just take it. Not me. I hate ustard. tq.

    ReplyDelete
  26. dulu2 mmg byk kenangan masa posa...dah besaq2 ni macam biasa je..dah xda cerita2 dah =p=p=p


    pasal komen ustaz tu..just take it ja..ok aper bila ada org tlg meriahkan ruangan komen blog kita =p=p=p

    ReplyDelete
  27. demn la. aku lambat. aku nak bace gak komen ustard. jap aku nak ganti dia.

    di bulan pose ni kite kene zuhud. jap. zuhud tuh ape? takpelah. kite berpuasa sebab kite dah kenyang sahur. tak baik bangga2 sebab puasa dan bersahur. aku yg tak pernah sahur nih pun ingin menyatakan kebenaran. huk aloh.

    aku dulu kecik2 suke minum air paip kat luar umah. jiran slalu nampak aku minum air paip di bulan pose, lalu komplen kat makcik aku yg tolong jage aku dulu2 mase kecik. bile mak bapak aku balik je. makcik2 aku kabo kat mak bapak aku. maka aku kene rotan serta dikurung dalam bilik air dimana aku minum air paip lagi skali. burp! lepas tuh bapak aku tuka strategi. kurung aku dlm store yg mane aku dah sorok cikedis 2 hari sebelumnye. nyeheheheheh! ini cerita benar.

    paling best aku rase mase mak aku marah sebab tak buat homework dan tutup tv di bulan pose. aku terus pegi dapur minum air oren sebagai tanda memberontak tak dpt tengok tv. lepas tuh kene rotan laaaaa... bapak aku balik. dia tampar aku sesedap hati. yeah! tahun selepas tuh aku x ponteng dah. sebab aku rase aku dah matured enuf untuk puasa penuh. hahahahaha! upenye x mature lagi.

    ReplyDelete
  28. hahaha... best kenangan puasa u.. buat saya gelak guling2 je..

    ReplyDelete
  29. banyak pengampu la dalam ini blog. kasi kipas sama dia..blan pose kan panas

    saje troll. bosan buat pahala. nak gak cari dosa bang 3-4 kerat. buat dosa bukan eksklusif utk org cam hangpa ja

    ReplyDelete
  30. oh mamat zuhair ni. dia pon ada merapu dalam blog aku. haihhh.

    ReplyDelete
  31. ko ade tulis tak yang ko webcam aku sambil menunjuk2 air coke mekdi yang ko minum tengah ari di ofis dlu??? ahhaha... dems..

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!