Pengalaman aku untuk berjaya menyusukan Lisa






Walaupun Lisa lahir pada 29hb Mac, sesungguhnya cuma pada malam 12 April aku baru berjaya menyusukan dia secara betul. Sebelum tu macam2 cara aku buat sampai luka and trauma sebab teknik latching yang tak betul. Berat badan Lisa tak naik. Kuning tak nampak tanda nak hilang walaupun dah umur seminggu. Panggil 2 orang pengawas nenen KKM datang rumah ajar latch tapi tetap tak berjaya. Balik-balik dorg suruh dekatkan badan baby pada kita, pastu sua nipple. Cara masuk macam mana, tak tau nak ajar. Cara pegang baby time menyusu pun nak kena ikut cara diorang padahal aku tak selesa macam tu. Tapi apa2 pun aku tetap berterima kasih pada dorang sebab sudi datang dan cuba ajar.






Sepanjang tempoh aku tak tau menyusu direct tu, aku tak bagi susu yang aku pam melalui botol sebab takut dia confuse dengan nipple so aku guna cawan and syringe. Tapi still tak cukup lah sebab bukan semua masuk perut dia pun. Ada yang tumpah mengalir keluar meleleh tepi mulut. Last2 aku nekad jugak pam pastu curi-curi suap Lisa dengan botol (curi2 suap dengan botol sebab takut Shakir judge aku padahal dia tak peduli pun macam mana anak dia makan as long as makan). Time tu aku pikir, as long as kuning dia hilang, aku redha je lah kalau dia confuse pun nanti. Kesihatan dia lebih penting dari prinsip aku. Alhamdulillah, kuning Lisa turun dengan drastik lepas tu sebab dia dah start kencing dan berak sebab dah cukup makan minum.

Alhamdulillah jugak just at the time aku dah nekad nak exclusive pumping (pam dan bg lisa minum melalui botol semata2), @hudaluna call aku bagi kata2 semangat memandangkan dia pernah melalui pengalaman yang sama macam aku. Dia tanya aku betul ke aku nak pam sampai 2 tahun. Sanggup ke aku pam tiap2 dua jam. Pikir punya pikir, aku nekad nak try direct jugak. Alhamdulillah jugak malam 12hb tu Allah temukan aku dengan satu video youtube yang sangat berguna and lepas aku tengok je, aku terus tau nak buat camne. Selama ni setiap kali aku tengok video teknik menyusu kat Youtube, semua tak berguna untuk aku. Dah la guna patung. Puik!

Punca utama kenapa aku nak beranak normal ialah sebab aku ingatkan csect punca aku tak berjaya BF Hana. Yelah, dengan sakit luka lagi, nak letak baby atas perut pun rasa tak selesa. Nak mengiring baring pun siksa. So bila dah berjaya normal pun aku still tak mampu nak BF Lisa, aku break down and rasa nak meroyan sebab rasa useless gila. Syukurlah aku ada suami yang sangat membantu bagi semangat pada aku. Banyak kali dia pujuk aku, ingatkan aku yang dia tak kisah semua tu direct or melalui botol. Pam or formula. Dia cuma nak aku pantang dengan aman damai, anak cukup makan minum. Duit untuk beli susu formula bukan masalah. Banyak kali dia ingatkan aku pasal tu. Malam2 aku pam susu setiap dua jam, dia teman. Belikan stock makanan letak kat bilik. Tolong simpankan susu yang aku dah pam dalam peti ais. Keluarkan susu dari peti ais, reheat and bagi Lisa minum. Bila aku dah berjaya direct feed Lisa pun, Shakir lah tukang susun bantal banyak2 belakang aku supaya aku boleh menyusu dengan selesa. Kadang shakir jugak lah yang jadi dinding aku bersandar sambil susukan Lisa.



Gambar ni adalah pada hari kedua aku berjaya direct feed Lisa. Susu siap mengalir lagi keluar dari mulut sambil dia tertido kekenyangan. Tu lah agaknya hari kedua jugak dia betul2 kenyang makan minum. Selama ni tak cukup makan minum. Sedih sangat bila pikir kenapa lah bodoh sangat aku tak nak bagi melalui botol je dari awal. Takut sangat anak nipple confuse padahal tengah demam kuning. Bagi korang yang anak dah nipple confused, jangan putus asa sebab aku baca, selagi belum umur 6 bln, masih boleh reset and bagi dia direct feeding.


Happy breastfeeding week pada para ibu yang berjaya menyusukan anak dengan susu badan (tak kira la direct atau pam).


Pada yang tak berjaya menyusukan anak dan bagi formula milk, percayalah bahawa you are no less than a mother yang bagi susu badan. Apa yang penting adalah cara didikan dalam membesarkan anak sehingga menjadi insan yang berguna. Hana tu sebulan je susu badan. Pastu formula milk sampai sekarang. Elok je cerdik takde masalah pun. So jgn sedih2 k. Sekurang2nya kita dah cuba yang terbaik :)

UPDATE:


Video youtube ni yang tolong aku. Dari minit 3:15 sampai ke minit 3:27 yang membantu aku. Tapi korang boleh lah tengok the whole video dulu ye pastu baru try




Memandangkan time tu aku pikir bukan aku je yang tak reti, tapi Lisa pun tak reti, so by the time mulut dia nganga je aku guide Lisa dengan tolak kepala and mulut dia ke arah nipple supaya dia terus dapat ngap as much as she can. Nampak macam kasar skit tapi tu yang the best way pun untuk aku dapat tally saat dia bukak mulut luas and ngap. Kadang first try dah dapat. Kadang kena try berkali-kali. Kalau tak betul, ulang balik sampai betul, baru biarkan dia hisap. Confinement lady aku jadi saksi aku struggle ajar Lisa. Siap aku cakap-cakap dgn Lisa “You have to help me to help you. Let’s do this together okay..” 🀣

Masa memula dia ngap tu memang akan sakit skit. Omputih cakap toe curling pain sebab sakit dia tu sampai jari kaki kita mengerekot menahan πŸ˜‚ Tapi sakit tu kejap je. Maybe a few seconds up till 30 seconds camtu pastu hilang. Cuma masalahnya setiap kali nak suap je memang berdebar la sebab tau akan sakit punya masa first ngap πŸ˜‚. Sakit first ngap tu tak lama. Sebulan insyaallah hilang (ni yang aku alami and also dalam forum2 pun cakap yang sama). Time ni aku pikir haruslah aku takyah berangan lagi la nak menyusu sambil mengiring ke apa sebab aku pikir Lisa masih amatur, aku pun sama. So tunggu masing2 dah berpengalaman. Sementara tu just menyusukan Lisa secara duduk sambil disokong bantal keliling badan. Sekarang ni Lisa dah terer, dah takyah guide dia dah. Hulur lah macam mana pun, dia akan pepandai adjust sampai dia dapat isap selesa. Mengiring ke kuak lentang ke, takde masalah. Sakit masa first ngap tu pun memang dah lama tak rasa.

Untuk masalah crack nipple pulak, ni yang the best aku pernah pakai. Medela Tender Care Lanolin. THIS ONE ONLY! Dekat kedai selalunya tak jual, diorang jual jenis lain, yang Purelan tapi tu lambat skit efek dia. Boleh beli kat Lazada, search je nama dia. Tengok kedai paling tinggi rating sebelum beli.



Hopefully video tu dapat tolong korang yang masih tak putus asa nak mencuba. Semua ni aku share berdasarkan pengalaman aku, tak niat pun nak jadi pegawas nenen or tunjuk pandai. Aku cuma share. Kalau sesuai dengan korang, sesuai lah. Kalau tak sesuai, cari lah cara lain. Lain orang lain lah caranya. Takde satu cara yang betul pun yang boleh kita apply pada semua orang😊

1 comment

  1. Thank you for sharing. I am still at the stage of first ngap sakit, wait a few seconds. Hopefully it will pass soon.

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!