Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang Kedua!


Hari ni anni perkahwinan aku dan shakir yang ke 2. Kenal dah 4 tahun tapi masih bercinta macam baru bersama. Masih menggedik dan mengada2 di mana saja dan di mana jua. Strangers masih bertanya samada kami ni baru kawin ke. Aku lak masih teruja tiap2 kali dia balik kerja wiggle ekor (kalau ada) depan pintu rumah tengok kereta dia masuk ke laman. Merajuk masih dipujuk. Sembahyang masih kerap berjemaah. Salam peluk cium masih berlaku setiap kali nak berpisah walaupun ke tempat kerja. Makan masih bersuap. Jalan masih berpimpin. Lawak lame dia pun masih aku sambut dengan gelak tawa lulz.


Banyak susah senang yang kami dah lalui bersama2 dari sebelum kawin sampailah sekarang. Gelak sama, nangis sama, pujuk bersama2. Alhamdulillah, semakin banyak dugaan yang kami lalui, semakin kuat dan rapat jugak hubungan kami. Shakir adalah musuh dalam selimut bagi aku (literally and metaphorically) and aku pulak adalah devil's advocate dia...and the best part is, kami berdua adalah realist.

Semoga semua ni berpanjangan sampai akhir hayat aku. Hayat aku k. Hayat aku. Aku kena la pentingkan diri sendiri. Kalau pas akhir hayat aku dia nak kawin lain ke apa dulik la kan. HAHAHAH!

Semua ni hanya pinjaman. Harap Allah pinjamkan dia lama2 dalam hidup aku, hopefully lebih lama dari pinjaman hutang PTPTN yang aku belum langsaikan lagi. haha

Amin...

Shit My Husband Says #9

Shakir gi US aritu selama 2 minggu so aku gunakan kesempatan tu untuk online shopping kat website sana and post ke hotel tempat dia menginap. Salah satu barang yang aku beli adalah seutas jam tangan berjenama yang takde la mahal mana tapi mahal la bagi seorang surirumah macam aku ni.

Time dia dah balik Malaysia, kat rumah kami unpack barang2, aku tak sabar la nak tengok jam tangan tu. Time aku pegang je kotak tu, Shakir cakap "Cantik kan.. I bayar tau".

Aku macam..."Seriously you nak bayar jam ni?"..dengan mata yang bersinar2 sebab kalau ye, save duit aku banyak. HAHAHAH

Dia cakap "Tak lah, bukan bayar jam, tapi bayar kad yang I tambah ni:



Setakat bayar kad ucapan je aku pun bolehhhhhhh!!!!

Aku rasa tertipu bagaikan scene Mr Bean bagi hadiah kat awek dia pastu awek dia ingatkan cincin tapi rupa2nya tempat sangkut frame gambar