Kaching! Kaching!


Celik mata, mengadap laptop upload barang2 kat websitewww.macamcomel.com. Dari pagi buta sampailah ke tengah malam tido pukul 1-2 pagi. Makan minum pun dah macam orang dalam penjara, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebab takde masa...asyik buat kerja. Kena buat sekarang jugak supaya bila dah di malaysia nanti, boleh tumpu pada website baru pula. Kali ni nak jual apparels and accessories (akan tumpu pada kaum lelaki).

So, nanti akan ada 3 website. Yang jual mekap dan penjagaan diri, yang jual barang2 comel, dan yang jual pakaian serta aksesori. Tak kisahlah duduk depan laptop berbelas jam pun sehari, aku buat benda yang aku suka. Selama ni aku dok main game, tulis blog dengan tweeting pun ngadap belas jam sehari jugak kan.

Indah sungguh buat kerja sendiri, yang tak menipu orang. Yerp, aku tak menipu. Syukur jugak ada suami merangkap penasihat yang amanah dan jujur. Kalau kena refund duit, aku refund. Kalau barang nampak cacat, aku tak jual/bagitau customers/sedekah. Kalau kualiti kurang memuaskan, aku turunkan harga and bagitau customers.

Bagi aku, rezeki tu dari Allah. Kalau dah jujur, customers tak jadi beli, takpelah. Itu bukan rezeki aku. Dari menipu customers puji produk pong pang pong pang macam ye ye je padahal takde la tara mana pun, pastu makan duit haram, jadi darah daging. Kaya pun nanti hidup tak tenang.

Terasa? Well, sape suruh makan cili. Dah tau tak boleh tahan pedas, jangan lewww makan cili. Ahaks.


Kaching! Kaching!

New Year New Me, again

Aloha!

Tahun kedua berada di Jepun.

Tahun kedua masih kawin dengan bukan orang Jepun.

Tapi umur aku tahun ni bukan 2 tahun, tapi akan masuk 30 tahun! 

Ya benar...23/10 tahun ni umur aku mencecah 30 tahun.

Dulu2 masa kat sekolah, dengar orang umur 25 tahun pun aku rasa macam orang tu dah tua bangka kot. So kalau umur 30 tahun tu selayaknya dah digelar warga emas la bagi aku time tu. Tapi ni bila diri sendiri dah umur 30 tahun, baru lah aku paham apa perasaannya menjadi seorang intan yang berusia 30 tahun.

Apa rasanya?

Rasa pelik macam... aih? Kejap je dah 30 tahun? BAHAHAHAHAHAH


Susah jugak orang macam aku ni. Hati tak rasa tua. Tergedik2 lagi dengan Shakir macam remaja bercinta. Terhegeh2 lagi pakai barang2 comel pinky2 macam Hello Kitty tu. Tak kekok lagi ajak Shakir buat kerja gila (contohnya jalan2 kat Akihabara pakai topeng Darth Vader yang boleh tukar suara tu). Tapi dia tak nak join aku la.. Pastu aku cakap dia no fun.

Ni kalau aku mati kena langgar ke, bila orang baca dalam berita umur 30 tahun pun orang takkan cakap "Sian, muda lagi.."

Kira macam normal la jugak umur 30 tahun meninggal.

Ada satu je yang berubah rasanya tahun ni. Aku dah tak peduli nak cerahkan kulit aku. Ye ke? Otak aku kata ye sekarang ni. Harap2 dia tak jadi scumbag brain.

Aku sekarang nak memerangi kedut di wajah! Bukanlah sebab dah berkedut, tapi sebab aku yakin sekarang aku dah tak perlu gusar lagi tentang warna kulit kerana yang perlu diperangi habis2an mulai sekarang adalah kedut yang bakal nampak 2-3 tahun akan datang nanti.

Berdasarkan muka mak aku sekarang yang umur 53 tahun tapi still tak nampak macam nenek (walaupun faktanya memang beliau masih belum nenek siapa2 lagi, tak, kami tak mandul, dah terbukti), dan berdasarkan muka mak mertua aku pun yang masih nampak muda trang tang tang, aku yakin aku dan shakir insyaallah akan nampak awet muda walaupun umur dah cecah 50 tahun, kalau umur dipanjangkan la.

Beauty products yang aku pakai sekarang ni jugak kalau tak ada kolagen, ada serum. Pelembap tu, wajib! Bila kulit muka rasa kering, secara automatik aku rasa macam aku tengah buat dosa besar.

 For the time being (bermula dari tahun lepas sebenarnya) aku pakai benda2 ni:




Lebih kurang la cuma aku punya dia tulis 5000gm collagen and penutup dia warna merah

Mask muka wajib! Tapi memandangkan sekarang ni winter, malas pakai mask boleh? Dah la sekarang tengah sejuk, bila pakai mask kat muka, sejuknya berganda2! So tunggu balik Malaysia nanti lah, hari2 aku pakai mask. Mask yang aku rajin pakai adalah:

Mask ni sangat murah so boleh pakai hari2 tanpa ragu2

Bila rasa kaya macam Rosmah sikit, sekali sekala aku pakai mask ni:

And sekali sekala bila teringat, aku amik jugak la collagen serbuk walaupun aku tau kalau collagen masuk badan, dia jadi asid amino! Ni collagen faveret aku:



By the way, yang Shiseido collagen jenis air dalam botol tu tak halal ye, ada babi. Sebab tu aku amik yang serbuk. Memula dulu tak tau, hari2 aku beli sebotol sebab farmasi kat sini jual air collagen dalam botol macam botol Livita ngan Red Bull tu. So kalau tak mampu beli 8 botol satu set sekaligus, boleh je beli 1-1 bebila mampu. Kolagen Shiseido yang serbuk ni aku tengok dah, buat dari sisik ikan :)

Obsession terbaru aku sekarang adalah 


Mist ni sangat berguna terutamanya kalau orang tu kerja dalam tempat berhawa dingin, kurang minum air, kulit kering. Bila kulit kering, tu yang jadi cepat berkedut tu. So as I said, sekarang ni winter. Sejuk dan sangat dry. Itu membuatkan aku jadi panik dan sentiasa nak spray kulit aku dengan collagen mist ni yang mana bila dah habis mist tu nanti (walaupun aku tau dia akan tahan berbulan2), aku nak refill botol tu dengan 

Trust me, benda ni best gila. Aku jual kot! Balik Malaysia nanti pun aku tak nak beli kat Malaysia sebab MAHAL! Baik beli kat Jepun, aku sanggup bayar kos shipping. Lulz

By the way, last year time aku pergi Italy, aku jatuh cinta dengan Kiko Cosmetics. Bapak murah (relatively). Memandangkan Shakir kat Italy jugak sekarang ni, aku dah pesan kat dia beberapa barang dari Kiko Cosmetics. Walaupun Kiko Cosmetics tu SYURGA BARANG MEKAP, tapi bukan make up yang aku nak beli kali ni. Nanti aku tulis post baru pasal barang2 tu. 

Cau cin cau!

p/s: aku jual semuaaaaaa barang2 yang aku senaraikan di atas. Ada yang boleh dapat di www.oomori.my. Tapi ada gak yang aku malas letak kat kedai sebab aku sorang je nak pakai. Lulz. Aku jual sebab aku dah pakai and aku akui diorang memang best! THORBAIK!