Selepas 5 bulan berkahwin

Ohaiyo gozaimasu!

Hari ni dijangka mendung sampai petang sebelum hujan lebat beserta kilat sekitar jam 5. Dok sini hari2 kena tengok weather forecast untuk memudahkan kerja harian. Dok Malaysia dulu, tak peduli plak. Haha! So sebagai seorang surirumah, cepat2 basuh baju dan sidai dengan harapan, cuaca mendung dan suhu 24c itu masih dapat mengeringkan pakaian2 yang di ampaian.

Kejap lagi nak berbasikal ke Isezaki Mall untuk beli barang2 yang dah diorder customers. Kalau takde order pun aku still kena ke sana untuk beli groceries. Ada kedai jual groceries kat sini tapi mahal skit. Mahal dalam 20-40 yen (60sen - RM1.20) berbanding kat kedai yang aku selalu beli sebelum pindah ke Yamashitacho ni. 

Dah 5 bulan tinggal di sini..sekejapnye lah masa berlalu. To be honest, aku sangat tenang, damai, seronok, girang, ceria dan gembira berada di sini dan kalau boleh, memanglah aku tak nak balik Malaysia langsung. Nak kemana2 tak risau dengan peragut, perompak or pencuri...orang pun tak sibuk amik tau pasal hal orang lain...Nilai toleransi yang tinggi... takde yang nak mengumpat mengeji apa yang kita pakai... layanan dari pekedai semuanya tip top dan tak menyakitkan hati. Hati rasa sangat tenang...no wonder la orang kat sini umur panjang. Otak pikir positif je memanjang kan.

Sekarang ni aku busy buat bisnes dari rumah selain dari sibuk memenuhi tuntutan seorang isteri (sebut tuntutan teringat Tok Ali memenuhi TUNTUTAN tugasnya). Aku jugak masih aktif bertweeting, main game, berkebun skit2 sebab balkoni kat belakang rumah adalah bapak besar (besar separuh ganda rumah kami) dan pasni insyaallah menjahit memandangkan tadi pagi aku dah beli mesin jahit tanpa pengetahuan suami aku. Takpe lah, pasni dia tau la bila mesin jahit tu sampai kat opis dia.

Memasak... susahnye lah nak kena masak hari2. Aku suka memasak tapi aku dah kehabisan idea nak masak apa. Sangat tension sebenarnya bila pikir ni baru 5 bulan kawin and belum ada anak. Kalau dah puluh2 tahun nanti, apa aku nak masak  ek? wkwkwk

Ok bye. Nanti aku usahakan tulis sambil selit2 gambar kat sini. Ja ne!