Shit My Husband Says #15

Hujung tahun ni Shakir akan ambik cuti lama pastu aku dah arrange la nak ke mana sepanjang kami bercuti nanti. Mostly tempat yang kami tak pernah pergi la. Time dia tengah basuh pinggan kat dapur, aku pun cakap la sesuatu kat dia...

"Ayang, bulan 12 ni I kena pegi KL jugak la walaupun sehari dua..."

"Sebab?"

"Sebab nak girls day out la" (buat muka sedih)

"Diorang takleh keluar ke kalau you takde?" (sambil terus basuh pinggan)

"Boleh tu boleh tapi nanti tak happening la I takde."

Shakir dengan nada geli hati sambil basuh pinggan mangkuk terus berkata

"Happening? You tu yang tak happening. You, going to KL, is not happening". 

Aku dapat bayangkan dia bersorak kegirangan selepas dapat cakap camtu kat aku




Shit My Husband Says #14

Semalam Shakir balik keje pukul 8.45 malam tak bawak makanan. Selalunya kalau balik lewat, opis sediakan makanan untuk diorang. 

"Aik, kenapa malam ni takde makanan? Bukan ke kalau korang balik lewat, dapat makanan? I tak masak".

"Diorang ada bagi tapi malam ni ramai pulak yang kerja so tak cukup lah. I bagi makanan I kat Along. Dia memula tak nak ambik, pastu tau tak I cakap apa kat dia?"
"Cakap pe?"

"Along, baik ko ambik makanan ni, I HAVE A WIFE!"

*Bini Along kat semenanjung*

"Tapi wife you tak masak!"

"Well, technically I was telling the truth. I have a wife. I tak cakap pun wife I masak".



Lipstick Ditahan Kastam dan Jabatan Farmasi

      

Aku sedih ni sebab lipstick brand US yang aku order secara berjemaah (168 batang semuanya) telah ditahan kastam dan jabatan farmasi kat airport dan insyaallah akan menyebabkan aku kerugian almost RM3000...


Seminggu aku down, SEMINGGU weih! Makan tak lalu, tidor tak lena, bagaikan sudah tiada suami yang mampu menyara kehidupan aku selepas ni. 

Homemade Nugget untuk Hana Banana



Hana tak suka makan nasik. Hari-hari makan roti, roti, roti. Aku sampai dah jemu dah tengok roti. So di hari yang tenang ini (dah pos barang customers yihaaa!), aku berjaya buat nugget ayam laju-laju sementara Hana tengah nap tengah hari.

Bahan-bahan yang diperlukan cukup simple, pimple, nipple and dimple.



- Dada ayam
- Telur
- Bread crumbs (aku tak ingat apa dalam bahasa melayu)
- Tepung gandum

Cara-caranya ialah:



1) Kisar ayam dalam food processor.

Nanti ayam tu akan jadi rupa paras macam di bawah:



2) Gentel jadi bentuk bulat2. Tak lawa pun tak apa sebab aku yakin anak kita tak tahu hargai seni makanan lagi time ni.




3) Pukul telur dalam mangkuk berasingan dan celupkan ayam yang dah digentel tu dalam telur.
4) Celup ayam yang dah dicelup telur tu dalam tepung pulak.
5) Celup ayam yang dah dicelup tepung tu dalam telur sekali lagi.
6) Celup ayam yang dicelup tepung dan telur tu dalam bread crumbs.
7) Susun atas pinggan untuk goreng dalam kuali.

Nampak tak sequence dia?

Ayam -> telur -> tepung -> telur -> bread crumbs -> goreng





Simple, pimple. nipple and dimple kan?

By the way, kalau nak buat nugget bentuk gajah ke, lori ke, basikal ke, buat waktu step terakhir sebelum goreng. Kalau buat bentuk macam-macam sewaktu dalam step 2, takkan jadi. 


Itu saja resepi untuk kali ini. Makasih sudi baca.

Jenama Skin Care Terbaik untuk Wanita


Semua orang nak cantik, kan? Ada yang memilih jalan singkat untuk cantik iaitu dengan menggunakan barang solekan tapi personally bagi aku, kulit yang cantik adalah kunci utama untuk kelihatan cantik. Kulit yang cantik akan membuatkan solekan di muka nampak lebih menyerlah. Soal penjagaan kulit merupakan perkara yang amat penting dan harus diambil berat oleh semua individu dari semua jantina baik lelaki mahupun wanita. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kini terdapat pelbagai jenama produk pengeluar produk penjagaan kulit atau skin care product yang boleh anda temui di pasaran. Baik jenama antarabangsa atau pun jenama tempatan, masing-masing mempunyai kebaikan yang tersendiri dan ia bergantung kepada bahan asas dan teknologi yang digunakan oleh jenama-jenama itu sendiri. Pokoknya, produk skin care yang terbaik adalah tidak memudaratkan kondisi kulit si pemakai dan menyelesaikan masalah yang ada pada kulit. 

Secara amnya, untuk mengetahui apakah jenama skin care terbaik untuk korang, pertama sekali korang harus tahu keadaan kulit korang sendiri. Adakah korang mempunyai jenis kulit berminyak atau mungkin kering? Dan seterusnya kenalpasti jika korang mempunyai sebarang alergi kepada bahan tertentu. Untuk membantu korang membuat pilihan yang tepat, berikut merupakan 4 jenama skin care terbaik yang dipersetujui oleh ramai wanita dan korang boleh beli di pasaran negara kita dengan mudah!


L'occitane
Jenama dari Perancis ini sememangnya terkenal dengan product skin care yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan tidak membahayakan kulit anda. 

The Body Shop
Begitu juga dengan jenama The Body Shop yang juga terkenal dengan tawaran harga produk yang cukup berpatutan.


SK-II
Bagi keremajaan yang berpanjangan pula, ramai bersetuju bahawa penggunaan SK-II adalah pilihan yang paling tepat! Walaupun harganya agak mahal, tapi insyaallah, berbaloi-baloi!

SimplySiti

Dan tidak terkecuali produk tempatan yang juga mempunyai kualiti setanding produk antarabangsa iaitu SimplySiti!

Nintendo eShop Cards Malaysia

Aku rasa orang yang buat region US saja boleh guna sebab sebelum ni aku set Canada tapi tak boleh, sampaikan aku terpaksa delete Nintendo Network ID aku untuk buat yang region US punya. 

Ada 2 website yang aku tahu menerima paypal yang link dengan debit card/ credit card Malaysia.

Yang pertama adalah website kegemaran aku sebab ianya pantas dan tuntas:


http://www.pcgamesupply.com/
Ada 4 jenis...semuanya akan dihantar melalui email:

Lepas beli, tak sampai beberapa minit, terus dapat email yang mengandungi code:


Website kedua pula ialah:


Ada banyak pilihan tapi jangan terpilih yang "in stores only" pulak


Beli dengan Target ni lembab sikit sebab diorang akan verify payment dulu lepas tu proses order plak akan ambil masa lebih kurang 2 jam -.-

Tak tahu la pulak kalau korang beli kejap je dia proceed kan. Tapi apa-apa pun, kedua-dua website ni adalah penyelamat manusia sejagat.

Sekian terima kasih





Mi Bolognese untuk Hana Banana

Dah lama aku beli benda ni tapi aku tak tahu nak masak apa. So pagi ni aku dapat idea, iaitu Mi Bolognese.



Bahan-bahan yang diperlukan:
Bawang Merah, cincang
Bawang Putih, cincang
Lobak Merah, diparut
Puri Tomato - 1/2 sudu besar
Daging Kisar
Minyak zaitun - 1 sudu besar
Mi Heinz untuk bayi


Cara-cara menyediakan masakan:
1) Panaskan minyak zaitun dalam kuali. 
2) Masukkan bawang merah, bawang putih dan lobak merah.




3) Goreng sampai layu di tasik madu.


4) Masukkan daging kisar dan goreng sampai warna jadi kelabu.

5) Masukkan puri tomato


6) Sementara nak tunggu bolognese ni masak, rebus mi.


7) Kacau-kacau kuali and lepas 5-6 minit, taraaa! Siap!


Itadakimasu!






Sedikit info tambahan




Shit My Husband Says #13

Sebagai seorang isteri yang solehah seperti isteri orang lain dalam cerita Melayu, mesti lah lepas masak aku akan tunggu suami aku balik rumah pastu baru makan sama-sama kan? Pastu kalau suami balik lambat, baru la macam Cerekarama, isteri tertido tunggu suami balik keje, lauk bawah tudung dah sejuk... tenenene....

Tapi oleh sebab aku tak dapat tahan lagi dah kelaparan yang melanda dan oleh kerana usia perkahwinan kami pun dah makin meningkat, jadi aku rasa lakonan Cerekarama ini harus dihentikan serta merta. AKU LAPAR! TAK KIRA! NAK MAKAN JUGAK DULU! SAPE SURUH BALIK LAMBAT!

So aku pun mesej lah Shakir...

"Ayang, I dah masak. I lapar. You lambat lagi ke balik? Boleh tak I makan dulu?"

Tak lama kemudian dia pun reply...

"Makanlah dulu. Makan dulu sebelum suami balik tu tak berdosa tapi kalau tak dengar cakap suami tu baru berdosa".