The most awesome travel partner I have!

Kenapa suami aku adalah seorang travel partner aku yang paling hebat di dunia! (Aku sebagai seorang yang sangat tak sistematik, adalah sangat teruja dengan kesistematikan beliau). Terima kasih Tuhan. He completes me. 



Setiap pagi...


Berjalan2 di Odaiba.

Sepatutnya pergi Odaiba hari Ahad tapi tak jadi pegi. So Isnin esoknya kami pergi. Kebetulan Shakir cuti hari tu sebab Jepun sambut Hari Dewasa untuk remaja2 diorang yang umur 20 tahun.

Hari Ahad sebelum tu, semuanya indah je... walaupun suhu dingin sekitar 6 darjah Celcius, tapi takde la salji ke apa. Just dingin. Kira molek sangat lah kalau kami keluar kelmarin. Shakir pun cakap kat Yokohama susah nak turun salji sebab tepi laut. Tup2, hari Isnin kami nak kuar tu, bukan setakat salji...tapi ribut salji!

Oleh sebab dah 2 hari aku dok umah time weekend, aku nak gak kuar hari tu. So kami pun kuar lah berbekalkan senjata tambahan, iaitu payung. Aku lelaju spray ubat kalis air kat winter boots aku gak.


Gambar ni diambil dari tingkap apartment kami sewaktu kami bersiap2 nak keluar
Ni pulak suasana sebenar di luar selepas kami keluar dari lobi lif. Holy shit!
Hujan salji yang lebat okek. Boleh basah oi...
Banyak jugak la train yang tergendala sebab salji ni...
Tengok lah keadaan kat Shimbashi Station...
Siap ada yang pakwe dia dukung awek dia lah sebab awek dia takleh jalan sebab pakai kasut tinggi. Muahahah! Aku? Too bad, aku terlebih muatan manakala suami aku lak mempunyai sepasang kaki zirafah yang lansing. Takleh la nak angkat aku cam Winter Sonata. So sad.



Destinasi pertama kami adalah Decks. Dekat jugak la dengan train station. Rasa jauh sebab kena menapak dalam salji yang basah dengan berhati2 sebab takut tergolek. Kat dalam Decks tu ada Legoland, Madame Tussauds tempat patung2 lilin tu, rumah hantu, muzium takoyaki, Tokyo Trick Art Museum dan macam2 lagi lah.

Destinasi pertama kami

Kat dalam tu aku dengan Shakir pakat bercamwhore tak kira malu dah. Orang memang ramai dalam muzium tu tapi memasing nak tangkap gambar jugaklah. Kalau tak tangkap gambar, sia2 je masuk dalam tempat tu sebab orang jaga tempat tu sendiri suruh tangkap gambar bebanyak. Haha.

Waktu kami berposing untuk tangkap gambar, sila tahu bahawa ada orang lain yang sedang melihat serta menunggu giliran mereka pula untuk bergambar di tempat yang sama.

Memula bergambar memalu la... wkwkwkw
Shakir melawan kuasa graviti.

Main kasar ni tarik2 baju aku lak...

Aku punyalah berat sampai melengkung lukisan kerusi tu.



Selepas puas bergelak ketawa berpeluh2 buat pelbagai aksi, kami makan takoyaki, main tembak2 tin (nasib baik tak menang. Kalau tak, harom tu harom). Pastu berjalan kaki ke Diver City. Time kami pergi tu, memang tengah ribut. Angin kuat gile siap ada tv reporter lagi tengah wat liputan.




Wawawa aku kena marah dengan suami aku sebab sibuk nak record video padahal angin tengah kuat gile, aku lak hampir terjatuh. Dia punya imaginasi time tu: Dia terjatuh pastu meluncur terus ke tengah jalan raya pastu kena langgar kete. Habis tragik okek! Hahaha

Ok..kesimpulannya, Odaiba best. Banyak lagi tempat kami tak pergi tapi akan pergi lagi nanti. Gambar2 kat dalam telefon Shakir pun ada tapi lenkali je upload. Gambar2 kat dalam phone dia rata2 kat patung Gundam gergasi, Cat Cafe and lelain.

Adios amigos.

Ketandusan Kulit

Sesungguhnya sehari selepas aku menjejakkan kaki di Jepun, aku terus bergelumang dengan salji di Nagano so haruslah menjadi kewajiban pada kulit aku untuk menjadi tandus. 

Pertama, aku dari Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun dan tak sempat nak adapt dengan cuaca kat sini yang semedang DRY tak kira musim apa pun. Kedua, aku selalu berkubang lumpur bendang tapi bila datang sini berkubang salji, ianya bagaikan sejenis culture shock pada kulit aku lalu terjadilah reput frost pada lapisan epidermis kulit aku. 

Lihatlah dunia apa yang cuaca sejuk di sini telah lakukan pada diri ku...


Ni kulit atas tapak tangan aku.
Tu baru sikit tu aku tunjuk wei.. kalau aku tunjuk kat lengan and peha aku, konpom korang tak lalu makan. Dah macam sakit kelamin atas badan dah aku tengok. Kalau tengok dekat2 betul2, leh nampak cam kena kelar dengan pisau cukur halus2 banyak2... memang pedih bila kena air.

Kawan aku suh beli lotion ni untuk rawat masalah aku sebab tahun lepas time winter dia kena gak tapi aku tak jumpak. 



Pas tanya orang yang keje kat farmasi, dia bagi cadangan pakai benda alah ni..


1380 Yen.. around RM46 sahaja
Dapat free 2 garam mandian... nyindir suh aku mandi lettew.  (Mandi sehari sekali je dan tak sabun sejak kulit jadi kering ni).
Ni rupa paras cecair di dalam botol ittew.
Sejurus selepas aku letak lotion ni atas kulit aku, aku rasa cam tanah yang merekah ketandusan disirami air. Macam pokok yang dah lama tak disiram hujan. Macam tekak yang dahaga time puasa pastu dapat minum air tembikai sejuk. Syukur alhamdulillah... kulit aku dapat rasa betapa lotion itu meresap jauh ke dalam kulit ku... Harap2 sok lusa dah ok la. 

Tu je aku nak bebel hari ni.

Oh, baidewei, hari ni first time aku tengok escalator yang melengkung. Kat dalam Landmark Plaza, Yokohama.



Ok bye.

A visit to Baticrom Halal Food

Last night, out of curiosity,  my husband and I went to Akabaneminami to pay a 'special visit' to Batricom Halal Food store. Most of the Muslim communities in Japan must have heard about it from the internet/other Muslim friends that you can order halal food and products through its website and your order will be delivered on your door step on the next day - and that's for almost all of Japan. 

We took the train from Sakuragicho and stop at Akabane Station. The train we took was a local service, hence it stops at every station which is about 25 stations. 

First of all, please know that the map shown on the website is WRONG. 



Their (kejap it kejap they, hentam sajalah) address is Diamond Building, 2-16-11 Akabane Minami, Kita ku, 115-0044, Japan....so they should be in Akabane Minami... 

Minami (kanji 南, hiragana みなみ) is a Japanese word meaning "south" so it should be at the South part of Akabane.

So my dear friends, this is how their map should look like. 


A is the location of Baticrom and B is Akabane Station. Can you see the yellow Japanese guy on the map? I mean, this guy:



Okay, drag that guy to point A and he will take you to see all the buildings around point A through 360-degree street-level imagery...and you can see this...

TARAAAAAAA!


We told the shopkeeper that the direction on the map is incorrect and apparently he didn't aware of that because the company hired other people to do the website for them. Okay... foine..

Anyway, these are among the things I've seen there. Please know that they bought and own the whole 3-storey (or 4?) building. And yes, the mamak restaurant beside Baticrom is theirs too. 



Things that I bought last night:


Pandan Leaves to make Nasi Lemak.

Curry leaves, Bunga Kantan (Ginger Flower/Torch Ginger Bud) to make laksa, beef patties and minced meat.

Atta Flour  and Ghee to make Chapati, Kuah Pajeri and also obviously, fried chicken flour. 
My advice to you, better buy online unless you are staying near Akabane and if the total cost of the train tickets to go there are less than 1200 Yen (as their delivery charge is 1200 Yen).

Sekian, terima kasih.

Weird Advertisements I Found on Shinkansen

First of all, let me remind you that the ticket price to ride on a shinkansen is expensive. If you are not in a rush, I suggest you better take the express bus to go to your desired places. Canggih I tell you their express bus. Cam naik flight business class. Cuma takde pramugari lah. Boleh cuba try test tengok kat Willer Express untuk tengok jenis2 bas yang diorang ada termasuk fees pe suma. Anyway, kalau nak naik shinkansen jugak untuk pengalaman sekali seumur hidup, takde masalah pun.. cuma bayar harga tiket cam naik flight lah. Pastu time nak bayar tu sila nangis darah kejap.


Jenis-jenis seat bas kat Willer Express mengikut kelas

Aku ke Nagano dengan shinkansen bebaru ni dan actually takde la teruja mana pun. Ia bergerak laju (You don't say!) Tu je. Cam naik KTM, KTM tu laju. LOL! Since aku dah pernah naik bas ke Kyoto sebelum ni, kali ni try lah keretapi peluru pula. Memula tu cam hadap la jugak tengok pemandangan kat luar kan. Lama-lama, bosan menjelma. Lalu katalog yang terselit pada hadapan ruang duduk diambil dan dibuka. Lalu terlihatlah aku iklan-iklan yang sungguh mencuit hati.

Antaranya ialah...


Duck Face sebenar
Cuba teka apakah binatang ini?
...
...
...
Ya... pengorek telinga. Sila lihat gambar sebelum ini sekali lagi untuk melihat hasil tuaian.
Harith Iskandar boleh jugak pakai topi ni untuk memberi kejutan kepada peminat2 beliau


Tanyalah UAI: Apakah hukumnya menggunakan alat ini ketika duduk di antara dua sujud? 
Manusia bertamadun tidak berak merata2 tetapi membawa jamban merata2.
Ini bukan baju angkasawan tapi baju tebal untuk memanaskan badan ketika musim salju. LOL!


Sekian, terima kasih. 

1/1/2013

Everything happened so fast in two weeks, at least for me. Penat dari persiapan seminggu sebelum nikah, majlis bertandang, senyum depan photographer yang siksa kami berjam2 posing untuk gambar yang ntah hape2, pergi Penang 2 kali untuk urusan visa (plus terperangkap BERJAM2 dalam jam kat tengah hiway), bergegas ke KLIA untuk hantar suami balik Jepun dulu, mengunjungi kedai2 nasi kandar SETIAP HARI selepas kawin and now, here I am! I'm in Japan! Finally! With my husband! Just the two of us! YIHAAAAA!!!

I arrived in Japan last night before New Year and today, 1/1/2013 is my first day, officially as a wife of Mohd Shakir! Nothing do to actually.  No real house chores, yet. I made Nasi Goreng Bodoh as breakfast for two. Nasi Goreng Bodoh itu memang adalah nama sebenar beliau memandangkan nasi goreng tu takde apa2 melainkan nasi putih, bawang putih, dan ikan bilis. Bahan2 lain takde memandangkan suami aku nak beli groceries sama2 nanti and kedai2 kat sini pulak ditutup at least 2 hari sebab tahun baru. Great. 

Penat belum habis, selepas sarapan kami ke Tokyo untuk beli tiket Shinkansen. Nagano telah terpilih sebagai tempat untuk kami berbulan madu memandangkan itu je tempat bersalji yang paling dekat dengan Tokyo yang orang boleh main ski and snowboard. In fact, Winter Olympics diadakan di situ pada tahun 1998...Tapi, one best thing about Nagano yang membuatkan aku sangat teruja nak pergi ialah, ada monyet berendam dalam onsen! Macam yang aku selalu tengok kat Animal Planet!!


Japanese Macaques bathing in Jigokudani Snow Monkey Park hot springs

Monyet-monyet sekalian, wait for me okek!