Bertambah lagi barang kecantikan aku ..oh God..

Setelah sekian lama berhibernasi di rumah, tak nak keluar berjalan2 di shopping complex untuk mengelakkan diri dari berbelanja benda yang tak perlu, hari ni aku terpaksa jugak keluar sebab aku kena beli stock untuk customer aku. 

Dan seperti yang ku jangka terjadi.... sebab setiap kali aku pergi drugstore, mesti aku akan beli macam-macam untuk diri aku jugak.

So tadi aku TERBELI benda-benda ni:




Hair Color Chalk, 6 colours

Dah lama dah nak beli tapi tak beli-beli tapi tadi dah terbeli. Sesuai sangat la untuk orang yang takut nak kaler rambut dengan warna-warna yang berani terutamanya nanti nak balik kampung mengadap mak mertua kan. Hahahaha. So time period (sebab tak perlu mandi junub and wuduk) boleh la melaram sakan 2 minggu. Kaler boleh remove dengan air je, meaning bila syampu rambut time mandi, kaler pun hilang...


Cure Miel Golden PoroPoro Rose Gel, 120g.

Fungsi dia sejibik macam Babyfoot and Ashiura Ran Run yang aku jual di www.stufffromjepun.com cuma ni dalam bentuk gel/lotion so lepas apply kat tapak kaki yang berkematu, nanti kulit kaki akan mengelupas dan digantikan dengan tapak kaki yang baru dan lembut macam baby. Cuma yang bestnye dia ni berbanding Babyfoot and Ashiura Ran Run, lotion ni 120g and boleh guna berkali2 lah selepas beli. Kalau beli Babyfoot, boleh apply sekali je sebab dia datang dalam bentuk stokin plastik.

Sadly, buat masa sekarang, aku belum jual lagi di www.stufffromjepun.com sebab aku pun tak tahu lagi tahap keberkesanan dia. Kalau ok, baru aku jual.

Smooth Remover Cream, 120g

Sebelum ni aku dah pernah try jenama yang sama ni tapi dalam 2 bentuk berbeza. Bentuk wax and bentuk kertas pasir. Both are okay and they work fine but kali ni aku nak try dalam bentuk cream pulak.

Smooth Away dalam bentuk kertas pasir yang aku jual di www.stufffromjepun.com 




Last but not least, aku beli White Wash Face Brightener yang didatangkan dalam bentuk mousse... yeah, spray atas muka mousse tu and lepas cuci muka, taraaa! lebih cerah dari sebelumnya.. 

Semua2 ni aku kena cuba try test dulu and kalau okay baru aku akan war2kan satu dunia okay!



Dendam Kesemut pada Makanan

Bulan 4 ni sepatutnya aku dah berada di Bintulu.

Tahun lepas rasa macam sedih nak tinggalkan Jepun. Ye lah, aku suka gila Jepun dari aku tingkatan 3 dek penangan Beach Boys dengan Pride, tup2 13 tahun kemudian Allah kabulkan permintaan aku. Bukan setakat datang Jepun, tapi menetap di Jepun! Amik hang, nak sangat!

Setahun lebih di Jepun merupakan pengalaman yang best dan tak boleh ditukar ganti dengan apa pun walaupun ko kaya jual barang MLM pakai kereta besar (kampeni punya) sekalipun, masih tak boleh lawan dengan pengalaman menetap di tempat orang. 

Aku belajar cara naik train, belajar cara naik teksi di mana pintu teksi buka dan tutup secara automatik (jangan gatal tarik tutup pintu nanti pemandu teksi marah!),  naik shinkansen yang harga tiketnye sama macam naik kapal terbang, bersembang dengan orang tempatan walaupun sorang cakap Itik, sorang lagi cakap Ayam, berbasikal ke pasar, berjalan kaki merayau tanpa hala tuju tanpa rasa penat dan bimbangkan keselamatan diri sebab Jepun antara negara paling selamat di dunia, shopping dan tinggalkan barang di mana2 tanpa risau barang dicuri sebab maruah orang Jepun sangat tinggi, so diorang tak buat keje2 mencuri ni, dan macam-macam lagi lah!

Tapi bermula awal tahun 2014, aku semakin tak sabar pulak nak pindah ke Bintulu. Tak kisah lah hidup aku mungkin akan berakhir dengan tragedi disamun pendatang asing kat sana, or rumah kena pecah masuk dengan orang desperate, or layanan pekedai yang layan aku sebagai customer macam peminta sedekah, or tak kisah jugaklah suhu panas terik! Aku just rasa tak sabar nak tinggal di Bintulu.

Aku tak sabar nak mulakan hidup baru di tempat yang baru. Aku ni orang yang cepat bosan. Kalau takde apa2 yang menarik terjadi dalam tempoh beberapa lama, aku mula la buat perangai. Time aku bujang2 dulu pun aku kerap pindah rumah sebab ni lah. Bosan mengadap benda yang sama. Mujurlah aku tak bosan mengadap suami yang sama. LOL

Sepanjang aku di sini, satu2nya benda yang membuatkan aku rindu pada Malaysia bukan family aku or kawan2 or siapa2 pun. Tapi MAKANAN. Kalau kat sini ada kedai nasi kandar ke, gerai nasik lemak ke, pasembor ke, chicken cornish Secret Recipe ke, or semua lah yang halal, memang aku takkan rindu pun kat Malaysia. BAHAHAH! Mana yang aku boleh masak, macam laksa ke (urat laksa aku guna Udon), nasi daging ke, nasi ayam ke, nasi lemak ke, semua tu takde masalah. Tapi bila nak buat keropok lekor misalnya, mana nak dapat tepung sagu? Nak buat nasik kerabu, mana nak dapat budu?



So hopefully bila dok Bintulu nanti, aku dapat balas dendam pada makanan. Aku nak memasak macam orang gila masak gila punya masak! Aku nak beli breadmaker sebab aku tau roti kat Bintulu tak sedap dan takde roti Gardenia LOL. Aku nak beli BBQ Grill untuk aku buat satay! Aku nak beli microwave oven yang bapak besar memandangkan kat Jepun ni rata-rata orang guna toaster oven yang kalau aku buat cheesecake, tak terbakar kertas lilin tak sah (sbb berlaga dgn rod besi panas kat siling toaster oven) dan macam-macam lagi lah!!

Aku juga tak perlu beli daging beku, daun pandan beku, daun kari beku or apa2 yang beku pastu tetiap kali nak masak, kena defrost dulu time kat Bintulu nanti. Semua boleh beli di supermarket, balik terus siang2 dan masak. Sugoi!!

Hai cepat lah bulan 4!!

Ups and Downs



Semua orang ada masa ups and downs masing-masing.


Macam aku, aku pernah aktif tulis blog dan selepas tu aku dah jarang tulis blog sampailah satu time tu aku stop terus tulis blog. Tapi, sebagai orang yang suka bermonolog dan berleter dalam kepala macam aku ni mana la boleh berhenti menulis langsung kan. So aku banyak membebel dalam Twitter pulak. 

Hari ni, selepas 4 tahun 4 bulan aku membebel dalam Twitter aku rasa malas pulak nak tweeting, so aku bukak blog dan tulis post ni. Sekarang aku tengah rasa down lah sangat-sangat dan malas sangat nak update website bisnes jugak. Dah malas promote barang jugak. Takde sebab utama, cuma rasa macam nak slow.


Aku jugak takde sebab utama kenapa aku sibuk nak tulis blog or rant di twitter or update status di FB. Orang boleh cakap aku butuh perhatian tapi kalau takde sape nak peduli, takde apa pun yang jadi kan? Aku mula tulis blog pun sorang-sorang takde siapa pun yang peduli. Dah orang yang nak amik peduli, nak buat camne kan? Aku update link macam biasa, kalau takde siapa pun peduli nak CLICK dan BACA, apa aku boleh buat? So, bukanlah aku tulis sebab butuh perhatian sangat pun cuma aku nak engage dengan manusia yang peduli, yang sekepala dengan aku. 


Ada yang pernah cakap, sejak aku kawin aku dah jarang cakap isu-isu provocative yang mana aku rasa, suka hati aku lah nak cakap pasal apa pun. Selama ni aku cakap pasal apa pun bukan sebab orang suruh or memenuhi apa yang orang nak baca. So kalau ko nak baca, silakan. Tak suka, ada aku kisah? Gittew


Aku rasa sangat down hari ni... takde sebab... just rasa down... tu je lah aku nak kabo sebagai penutup post ni.


Sekian terima kasih.