Shit My Husband Says #8

Shakir kalau balik kerja, aku akan terkinja2 kat depan pintu rumah macam anjing sambut tuan dia balik rumah. Mujurlah takde ekor nak wiggle2. 

Yang shakir lak sambil bukak pintu pagar, kalau tak bukak pintu pagar sambil cakap "Lapar... lapar... lapar..", dia akan cakap "Hausnye... arghhh haus... haus..." 

Sekali tu aku tak sihat (sejak pregnant ni semedang tak sihat). So time shakir balik aku wat derk je lah baring2 atas sofa. Dia masuk rumah terus cakap kat aku "HAUS.. HAUS.. I HAUS..." Aku bagitau la dia aku demam tapi dah dia cakap dia haus, aku tanya la nak air apa. 

Pastu dia peluk sambil cakap "Hausnye... haus...HAUS your day?" Haus your day pun boleeeee

Shit My Husband Says #7

Yay! Finally aku dah ada lesen. Aku dah boleh bawak kereta secara halal. Senang jugak untuk aku lari dari rumah time gaduh.

Memandangkan kami cuma ada 1 je kereta dan kat Bintulu ni susah nak gerak kalau takde kereta, so kena la beli kereta baru. Kami dalam dilema nak angkat Myvi SE ke, nak beli Iriz. Iriz punya safety features memang gempak tapi memandangkan dia keluaran Proton, ada sedikit gentar di situ.

Selepas test drive kedua2 kereta, setelah 3-4 minggu pikir, setelah nyaris2 booking Myvi SE tapi kebetulan seller tak reply whatsapp Shakir, Shakir book Iriz.

Atas kereta, selepas pulang dari Proton, aku sembang dengan Shakir.

"Rugi kan salesman Perodua tu tak reply whatsapp you. Sedangkan kalau dia reply semalam, you dah booking dah Myvi tu."

"Takde rezeki dia. I pikir kalau dia reply whatsapp I time tu, takde diskaun banyak pun I ambik je la."

"Tapi I'm glad that we booked Iriz. Kita dua kan lebih berat ke Iriz berbanding Myvi. Dah bosan la tengok Myvi. Di mana2 ada Myvi."

" Kalau ikutkan I, the safer choice is Myvi tapi bila I pikir-pikir, why not take the risk to try Iriz? Bukan besar mana pun risikonye dalam life I. Talking about high risk, I MARRIED YOU KOT!"

Terngiang2 di telingaku..

High risk... I MARRIED YOU KOT

HIGH RISK..