Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang Kedua!



Hari ni anni perkahwinan aku dan shakir yang ke 2. Kenal dah 4 tahun tapi masih bercinta macam baru bersama. Masih menggedik dan mengada2 di mana saja dan di mana jua. Strangers masih bertanya samada kami ni baru kawin ke. Aku lak masih teruja tiap2 kali dia balik kerja wiggle ekor (kalau ada) depan pintu rumah tengok kereta dia masuk ke laman. Merajuk masih dipujuk. Sembahyang masih kerap berjemaah. Salam peluk cium masih berlaku setiap kali nak berpisah walaupun ke tempat kerja. Makan masih bersuap. Jalan masih berpimpin. Lawak lame dia pun masih aku sambut dengan gelak tawa lulz.


Banyak susah senang yang kami dah lalui bersama2 dari sebelum kawin sampailah sekarang. Gelak sama, nangis sama, pujuk bersama2. Alhamdulillah, semakin banyak dugaan yang kami lalui, semakin kuat dan rapat jugak hubungan kami. Shakir adalah musuh dalam selimut bagi aku (literally and metaphorically) and aku pulak adalah devil's advocate dia...and the best part is, kami berdua adalah realist.

Semoga semua ni berpanjangan sampai akhir hayat aku. Hayat aku k. Hayat aku. Aku kena la pentingkan diri sendiri. Kalau pas akhir hayat aku dia nak kawin lain ke apa dulik la kan. HAHAHAH!

Semua ni hanya pinjaman. Harap Allah pinjamkan dia lama2 dalam hidup aku, hopefully lebih lama dari pinjaman hutang PTPTN yang aku belum langsaikan lagi. haha

Amin...
LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

2 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon