Shit My Husband Says #6

Rutin kami sekarang sejak tinggal di Bintulu, adalah macam orang yang dah lama kawin... stok mak-pak kita.. sebab setiap kali hujung minggu kami akan bangun awal dan bersiap2 untuk bersarapan di luar dan kedai kegemaran kami adalah Refah. Kat Refah ni macam2 ada! Mee Kolok, Megi Goreng, Tomyam, Roti Canai, Nasi Goreng, Nasi Lemak, semua makanan kat dunia ni ada walaupun pada ketika itu adalah waktu sarapan! Heaven gilaaaaa

Tabiat Shakir plak, asal lepas makan sarapan je, dia nak kena memerut. Bila datang je waktu dia rasa nak memerut, dia akan bertukar dari seorang lelaki yang soleh, lemah lembut, tenang, menjadi persis penjenayah. Asal bawak kereta macam tokwan2, tetiba je dia boleh jadi Michael Schumacher.

Pada suatu hari, lepas makan di Refah, aku ajak dia pergi kedai perabot dekat2 situ. Nak cari rak untuk letak barang jualan aku dalam bilik bisnes. Tengah tengok2, tetiba usus besar dia tersentap. Pastu kami pun bergegas ke kereta nak balik rumah. Jarak dari situ ke rumah ada la dalam 15 minit. 

Dalam kereta aku dok ngusik dia.. aku cakap dia bawak kereta macam dalam cite usop pelam. Siap bunyi tayar siot time keluar simpang. EEeeEEettttt! Perghh.. macam dalam Gerak Khas. Dia wat tak layan je dengan aku. Pastu aku bagi tips opah aku kat dia. Kalau nak berak sangat, boleh baca jampi "Kepala bontot kepala bontot kepala bontot" Ulang sampai lupa rasa nak berak. Dia wat derk jugak. Muka serius driving.

Sampai la satu time aku dah mula down sebab dia tak layan aku.. aku tanya la dia "Kenapa you tak layan I? Why... why..."

Lepas berulang kali aku tanya dengan wajah yang sayu, baru dia balas...



"Sayang, I bukan tak nak layan you.. but I can only tolerate with one asshole at a time".






LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

7 comments

Dylla Fadzil
AUTHOR
Friday, May 30, 2014 at 6:49:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

WE WANT MORE OF Shit My Husband Says...! HAHHAHA so funneh i #mudahterhibur

avatar
deaf-angel
AUTHOR
Saturday, May 31, 2014 at 8:39:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

definitely this is the humour of the week for me. Maybe for this month.
thank you.

avatar
Anonymous
AUTHOR
Thursday, June 26, 2014 at 2:28:00 AM GMT+8 Reply Delete Delete

Weh intan... Lama x dgr kabar... Aku ni apam86 tc... Kalao ko masih igt lg r... Hihi... Kawen da ko ek... :-D

avatar
LoveShak
AUTHOR
Thursday, July 17, 2014 at 3:12:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

Aku dah kawin dari tahun 2012 lagi. Ko amacam? takde FB ke?

avatar

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon