BLOG BERPINDAH

Hai korang semua!


Dengan sukacita dimaklumkan bahawa aku berpindah blog dari Blogger ke Wordpress, dengan membawa nama yang baru juga.


Semua orang bolehlah berkunjung ke 



Terima kasih semua!!!

Homeschool - Subtraction dan FREE PRINTABLE WORKSHEETS

Salam semua!

Aku dah start ajar Hana Subtraction selepas sekian lama dia asyik buat soalan tambah je bila buat Matematik. Sesungguhnya aku dah nak muntah tengok soalan2 tersebut tapi apakan daya, practice makes perfect. Nak tak nak, Hana kena jugak buat latihan matematik bab penambahan tu sampai tepu, sampai dia cekap. Cuma aku pikir, lepas ajar tolak ni, ada la variety skit ketika menjawab soalan wkwkwk. Camtu pun boleh...

Bagi korang yang follow aku di Instagram, aku ada upload video aku mengajar Hana bab Subtraction ni for the first time everrrr. Ya, itu adalah video genuine, macam mana aku mula ajar Hana setiap kali masuk bab baru. Selama ni aku tak pernah rakam camne aku mengajar sebab ye lah, aku ni bukannya mak yang penyabar sangat. Bebila je aku boleh bertukar jadi Hulk. Nanti netizen tengok, habislah reputasi aku plak ye dak wkwkckckc.