Apa yang aku akan buat di masa lapang


Seriously, masih ada masa lapang ke?
Kalau diikutkan, 24 jam tu tak cukup untuk aku sebab aku kena handle rumahtangga, anak dan perniagaan. 

Bisnes: Aku ada lebih dari 100 orang ejen dropship, kena update stock inventory, order barang, pack barang, pos barang, ke kastam pungut barang, check barang di kedai, jawab whatsapp ejen dan customers, promote barang, promote website, update Twitter, FB dan Instagram Oomori, check email.

Rumahtangga: masak, kemas rumah sikit2, layan kehendak suami nak bermanja2, berborak, teman makan, teman tengok TV.

Anak: Sediakan makan minum, main bersama, basuh bontot lepas berak, tukar diapers, bawak berjalan2 kalau dia bosan, nyanyikan untuk tido, jadi tempat memanjat.

Masa lapang aku adalah apabila semua perkara di atas at least 80% aku dah buat. So, pada masa lapang aku akan:


  1. Mandi, memerut dan melawa. Ya... bila aku free baru aku buat semua ni, laju2
  2. Tweet benda2 mengarut kacau orang sana sini
  3. main game
  4. google baby's development pastu tak sabar nak tunggu Hana dapat skills baru
  5. google resepi untuk hana
  6. tengok Pin Interest pastu berangan buat itu ini
  7. tengok Netflix/ Netflix tengok aku
  8. dengar bacaan Al-Quran sambil drive kereta sebab tak sempat nak baca, lol
  9. update blog YIHAAA!
Selalunya masa lapang aku adalah ketika Hana tido sekejap. Aku dah buat tido dia sebagai satu rutin dari dia umur 2 bulan dan alhamdulillah, masih kekal rutin ni sampai dia dah umur 9 bulan ni. Pukul 9-10 pagi, 12/1 tengah hari - 3 petang, 6 petang-7/8 malam dan 11 malam sampai esok pagi.

Memula dulu macam agak kucar kacir la jugak sampai aku stress sebab banyak benda aku tak boleh buat tapi lepas shakir sound aku suruh Hana ikut jadual yang aku buat dan bukan aku ikut jadual Hana, baru lah semuanya berjalan lancar. Hebat betul nasihat Shakir tu mana dia tau ntah. Aku nak tuduh dia pernah kawin dan ada anak!



LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon