Shit My Husband Says #12

Aku macam biasa la, bila nak ke mana-mana je, aku jadi buntu, tak tahu nak bawak barang mekap yang mana. Semuanya tetiba rasa macam perlu bawak walaupun aku sendiri tahu last sekali aku cuma akan pakai yang ituuuu aje. Pastu otak pun mula la reka situasi yang menimbulkan persoalan "What if".

Tapi waktu kami sedang bersiap-siap kemas barang untuk bercuti semalam, aku tinggalkan beg mekap aku. Aku cuma bawak 5 benda penting sahaja.

"Ayang, tengok ni. I dah matang okay! I cuma bawak 5 barang mekap saja. Tak payah bawak beg mekap langsung! Amacam? Hebat kan I?"

"Ala Yang, macam lah I tak tahu taktik you..." *Sambil melipat baju masuk beg*

"Apa taktik I? Apa??"

"I have been married to you for 3 years lahhhhh. Nanti ada la alasan you untuk beli barang mekap lain "Ayang ni tak cukup... Ni perlu ni..."


Walaupun tuduhan itu fitnah, tapi boleh tahan berasas jugak.


LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon