Membeli belah barang2 'eksotik' di Jepun

Mujurlah aku stay di Yokohama. Tak susah nak cari makanan halal. Dekat area apartment aku je ada 2 kedai eksotik ni. Satu kedai orang Filipina, satu lagi Bangladesh. Tapi yang aku nak tulis ni, special sikit sebab kedainye berada di tempat yang lebih gempak iaitu Yokohama Porta. 

Seperti mana rakan-rakan Twitter ku tahu, semalam aku kena 'tahan' dengan sorang lelaki Jepun yang ada masalah mental seboleh-boleh nak ajak aku makan sama dan minum teh dengan dia di bawah hujan renyai2  selama sejam walaupun aku cakap aku dah kawin dan aku nak cepat naik train. Selepas aku berjaya melepaskan diri, aku terus ke Yokohama Porta untuk menenangkan diri. Ye, aku ni pesen orang kaya. Kalau stress, kena membeli belah.

Kedai ni special sikit sebab ianya mempunyai lebih banyak pilihan dan tidak tertumpu kepada makanan Asia sahaja. Italy, Australia, US, Canada, semua ada.


Pocket Mart Yokohama
Jika diperhatikan pada gambar di atas, boleh kita tengok betapa orang Jepun pakai sopan walaupun TAK BERTUDUNG. Kalau kat Malaysia, semua dah jadi 1 Malaysia, tak kira agama bangsa apa dah...suma ghope sama saja.

Di bawah ni adalah pandangan dari depan kedai...



Kedai dia takde la besar mana pun tapi yang bestnye ada banyak barang makanan dan masakan yang sangat menarik dan tak berhabuk macam kat kedai Filipina dengan Bangladesh tu.


Macam2 flavour syrup ada... hamagad. 

Aku nak beli vanilla syrup...Tapi... aku salah beli! Time aku bukak plastik sebab nak tunjuk kat Shakir sambil riak nak cakap "I beli vanilla syrup!!" time tu jugak lah aku nampak aku terbeli caramel syrup rupa-rupanya T_T

Antara makanan Asia Tenggara yang ada di sini adalah:


Mee Sedappppp~~ semua suka... jelas terasa sedapnya~~Mee Sedap jelas terasa sedapnya!


Kaya
Yang ni pun aku beli sebab aku pun nak jugak rasa nasi goreng Indonesia! Siap ada tanda halal Majelis Ulama Indonesia lagiew.
Aku beli Tortillas jugak feeling2 orang Sepanyol.
Dengan Tortillas yang aku beli semalam, keinginan aku nak makan KFC Twister kesampaian juga akhirnya bila sarapan pagi hari ni aku buat Chicken Burrito.  Lemau la hari2 nak makan makanan Jepun dengan Malaysia je kan? Mihmih


Chicken Burrito. Ni bukan mencarut. K bai!
Aku cukup menyampah update blog nak kena attach gambar sebab banyak keje kena buat. Pasni, aku malas nak upload banyak gambar sangat! Sekian, terima kasih. Kirim salam sayangku pada Abang Najib Razak tercinta.

1 comment

  1. Ya Allah sedap nye tgk Chicken Burrito tu!! blog kak intan makin sweet la... kuikuikui bawak saya pergi jepun pls! hahahaha

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!