Gadget baru

Almost tiap2 bulan aku beli gadget baru. Dah macam Rosmah plak rasanya. Kadang tu, sebulan beli 2-3 gadget. Syukurlah walaupun aku tak join MLM kencing orang, aku masih ada duit untuk beli itu ini hasil perniagaan HALAL menjual barang di www.stufffromjepun.com.

Kali ni, aku beli toaster oven. Mula-mula Shakir-san memang tak setuju dengan proposal aku untuk beli toaster oven. Dia suruh aku pikir panjang2 dulu. Tak buat keputusan terburu2. Logik la dia pikir camtu sebab asal aku terdetik nak beli apa2 je, minggu depannya aku beli lah. Contoh macam mesin jahit. Aku beli online tak kabo ke dia pun... tau2 je dah sampai opis dia. Wkwkwk

Oleh kerana tempoh hari aku telah diganggu oleh seorang lelaki Jepun yang aku tak pasti apa fetish beliau, Shakir-san sms aku "Belilah toaster oven yang you cakap nak beli tu".... Hari tu jugak, terus aku gi Sekichu, beli! :D





Aku cuba cari oven yang sebenar... ala.. macam oven kat Malaysia tu. Jenis simple ada suhu je. Tapi takde. Aku tak nak beli microwave oven sebab harganya yang mahal lagipun kat rumah memang dah ada microwave.

Selepas buat research, aku mendapati bahawa di Jepun, memang oven adalah sangat rare untuk dijumpai. Why? Orang kat sini tak banyak baking macam omputih. Mereka jugak tak sambut hari Thanksgiving dan tak perlu nak bakar ayam belanda besar macam Mr Bean bakar. Malah, mereka selalunya takde masa nak memasak pun kat rumah. Sebab tu lah kat luar bersepah2 kedai kek and kedai2 pencuci mulut yang lain. Bila nak makan, lepak je cake house.

Lagi satu, rumah orang Jepun selalunya kecik. So dapur pun of  course lah sangat kecik. Untuk menjimatkan ruang, toaster dan oven disatukan kepada 1 iaitu oven toaster. Kompak tapi ada banyak fungsi.

Berdasarkan pada namanya sebagai 'toaster oven',  jelas yang dia ada 2 fungsi utama iaitu sebagai toaster roti dan jugak oven. Toaster oven yang bagus ada kipas kat dalam untuk circulate udara panas. Aku punya takde, tapi takpe sebab aku beli yang ada 4 heating rods. 2 atas, 2 bawah. So insyaallah pembakaran akan sempurna.

Dah beli, tergedik2 lah aku buat kek... Tapi sayangnya, kek aku dah ghupe kek yang terlibat dalam kebakaran hutan.




Tu dalam aku pakai tepung segera yang cuma perlu tambah telur and susu tu dah ghupe camtu. Shakir-san makan je tak komplen. Aku simpati dengan nasib beliau. Lepas tangkap gambar kek tu, aku buang dalam tong sampah.

Mungkin aku takde nasib yang baik dalam membakar kek (walaupun kalau ikut pada perkataan 'membakar kek', aku memang dah berjaya buat kek bakar secara literally k)... so aku pun beralih kepada muffin.

Muffin yang aku try ni basic punya resepi aku amik kat website kanak-kanak.




Pun gagal... kek aku tak naik, muffin pun sama! Dalam dok amik kat website kanak-kanak yang basic pun, tak jadi. Hina betei aku ni. Pas tangkap gambar muffin ni, pas Shakir-san dipaksa makan sesuap, aku buang dalam tong sampah.

Last... aku cuba buat biskut. Sambil dok adun bahan2 dia, aku dok berleter cakap kat Shakir-san, kalau buat biskut tak jadi jugak, aku nak jual toaster oven tu! Aku dah terlalu sedih! Shakir-san cuma gelak dengar aku cakap camtu. 

Aku amik resepi kat blog ni..  http://mylovelyfamily-ana.blogspot.jp/2012/03/resepi-biskut-famous-amos.html

Tapi aku tak letak chocolate chips sebab aku malas pi kedai. Aku blend je kacang almond untuk gantikan chocolate chips. Aku jugak letak tepung and tepung jagung lebih banyak dari sukatan yang dia bagi sebab aku tengok sebatian aku tu sangatlah lembik dan tak ghupe macam yang dia letak atas tray pun.




Bawah ni plak time biskut sedang terbakar. Oh ye, aku degil, tak panaskan toaster oven dulu pun seperti yang disarankan sebab.... takde sebab. Maybe aku noob tak tau apa yang pentingnya dengan memanaskan toaster oven terlebih dahulu.



Selepas 15 minit membakar dengan suhu 160c, siap! Dan yang paling best adalah, menjadi! MIAHAHAHAH! Rangup, manis, berlemak, macam famous amos punya biskut. Makasih lah pada penulis resepi itu.



Terus aku pesan kat Shakir-san suruh bawak gi opis KESEMUANYA sekali sebab aku cuma nak bakar biskut je, bukan nak makan. Aku tak nak gemuk okek!

Walaupun jodoh aku bukan dengan kek, tapi aku takkan putus asa dari terus cuba membakar kek sampai berjaya! Biarlah sudah berkilo2 tepung yang sudah terbuang, aku akan terus berusaha. Sebab..


Pada zaman dahulu, sewaktu Intan ingin memujuk suaminya supaya approve ideanya untuk beli toaster oven, dia berjanji akan buatkan kek pisang untuk suaminya. Kini, Intan kena tunaikan janji palsunya itu pada suaminya.. kita tunggu dan lihat hasilnya nanti. Semoga Tuhan membantu hambaNya yang di dalam kesulitan untuk membakar kek demi suaminya yang tercinta.

Sekian, terima kasih.

10 comments

  1. hahaha...terkekek kekek baca entry intan ni..muahahahaha...

    jap jap bg salam dulu...
    assalam tuan umah....

    ReplyDelete
  2. baru aku tahu intan ni comel sangat :') selalu baca tweet rasa nak tampar guna lemak je sebab puaka tetiba bila baca enty ini alahai comelnya intan :') makasih ya kongsi resipi. aku nak try ! kkakakaka

    ReplyDelete
  3. takkan oven rare kot.. selalu aku bace manga. student2 pompuan slalu bake cookies utk bebudak laki yg derang suke. lol

    alah. kalau rare pun. ko kene sabar sikit je. balik malaysia boleh je beli oven, then bawak balik jepun.

    ReplyDelete
  4. Ururu, yg dlm manga tu depa bake pakai oven toaster. Beki oven kat malaysia xleh pakai kat sini sebab lain voltage.

    ReplyDelete
  5. salam. pergh. ada jual kereta tamiya eh. :D memorable items tu. pasni boleh la bawak masuk transformer dengan gundam. banyak peminat kat malaysia nih.

    ReplyDelete
  6. intan nk tnya awak buat muffin ni bape minit ek sbb kite pun ada microwave oven tp xpenah try ag buat muffin.

    email : odirocketman@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Permisi Admin, saya mau bagiin informasi nih buat pengunjung blog Admin. Saya menjual Box Makanan untuk kebutuhan rumah makan. Gratis biaya cetak desain. Anda dapat mencetak desain dengan suka-suka pada bagian atas ataupun samping.

    ReplyDelete
  8. Terhibur betul baca entry ni. Habis terkekek-kekek berjangkit kat anak-anak. Happy weekend to you and family ^_^

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!