Seperti mana rakan-rakan Twitter ku tahu, semalam aku kena 'tahan' dengan sorang lelaki Jepun yang ada masalah mental seboleh-boleh nak ajak aku makan sama dan minum teh dengan dia di bawah hujan renyai2 selama sejam walaupun aku cakap aku dah kawin dan aku nak cepat naik train. Selepas aku berjaya melepaskan diri, aku terus ke Yokohama Porta untuk menenangkan diri. Ye, aku ni pesen orang kaya. Kalau stress, kena membeli belah.
Kedai ni special sikit sebab ianya mempunyai lebih banyak pilihan dan tidak tertumpu kepada makanan Asia sahaja. Italy, Australia, US, Canada, semua ada.
Pocket Mart Yokohama |
Di bawah ni adalah pandangan dari depan kedai...
Kedai dia takde la besar mana pun tapi yang bestnye ada banyak barang makanan dan masakan yang sangat menarik dan tak berhabuk macam kat kedai Filipina dengan Bangladesh tu.
Macam2 flavour syrup ada... hamagad. |
Aku nak beli vanilla syrup...Tapi... aku salah beli! Time aku bukak plastik sebab nak tunjuk kat Shakir sambil riak nak cakap "I beli vanilla syrup!!" time tu jugak lah aku nampak aku terbeli caramel syrup rupa-rupanya T_T
Antara makanan Asia Tenggara yang ada di sini adalah:
Mee Sedappppp~~ semua suka... jelas terasa sedapnya~~Mee Sedap jelas terasa sedapnya! |
Kaya |
Yang ni pun aku beli sebab aku pun nak jugak rasa nasi goreng Indonesia! Siap ada tanda halal Majelis Ulama Indonesia lagiew. |
Aku beli Tortillas jugak feeling2 orang Sepanyol. |
Chicken Burrito. Ni bukan mencarut. K bai! |
Ya Allah sedap nye tgk Chicken Burrito tu!! blog kak intan makin sweet la... kuikuikui bawak saya pergi jepun pls! hahahaha
ReplyDelete