Mari membuat Muffin!

Aku masih lagi gila membakar...

Percubaan pertama aku membuat muffin, adalah gagal segagal-gagalnya. Lihat gambar di bawah...



Naik sekejap pastu jatuh balik. Tak ghupe muffin. Jadi seketul mampat macam kek tak jadi.

Semalam, selepas mendapat petua dari followers aku kat Twitter yang bijaksana belaka, aku BERJAYA buat muffin. Percubaan kedua yang berjaya, siapa tak hepi beb!





Beza bebeno gambar first dengan second. LOL! Seriushit, rasa dia macam muffin yang aku selalu makan kat Mrs.Elizabeth Muffin!! 

Sebelum aku bagitau tips yang membuatkan muffin aku berjaya, aku kongsi resepi dulu k.


Banana Crumb Muffins
Original recipe makes 10 muffins.
 1 1/2 cups all-purpose flour <-- tak perlu ayak
 1 teaspoon baking soda 
<-- tak perlu ayak
 1 teaspoon baking powder 
<-- tak perlu ayak
 1/2 teaspoon salt 
<-- tak perlu ayak
 3 bananas, mashed <-- aku lenyek siap2 dlm bekas lain berserta gula
 3/4 cup white sugar <-- aku kurgkan kuantiti and aku blend bg halus sblm lecek bersama2 pisang
 1 egg, lightly beaten <-- aku pecahkan dlm mug and pukul pakai garfu skit
 1/3 cup butter, melted <-- potong butter tu siap2 pastu lebur dlm microwave
 1/3 cup packed brown sugar
 2 tablespoons all-purpose flour
 1/8 teaspoon ground cinnamon <-- aku tak letak
 1 tablespoon butter

Directions
Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
 
In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt. 
In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter. 
Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened. Spoon batter into prepared muffin cups. 
In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal. Sprinkle topping over muffins. 
Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.
Boleh tengok cawan ke gram conversions kat sini: http://allrecipes.com/howto/cup-to-gram-conversions/

Petua time buat muffin:

Jangan campur bahan basah dengan bahan kering. 
Kalau tengok resepi kat atas, aku sepatutnya pakai 3 mangkuk. Mangkuk pertama untuk satukan tepung, baking soda, baking powder dan garam. Mangkuk kedua aku guna untuk satukan butter, telur, gula dan pisang. Mangkuk ketiga untuk aku buat topping yang kemudian akan direnjis atas muffin dalam cup sebelum dibakar.

Jangan terlebih pukul.
Memang takde pukul pun. Lebih kepada gaul bagi semuanya menjadi satu (Aku pakai spatula silikon je). Tak boleh kacau sebatian terlalu kerap macam nak buat kek untuk mengelakkan gluten dari dalam tepung semakin terbentuk. Aku gaul lebih kurang 15 kali je bagi bahan kering dan bahan basah tu bersatu. Ada lumps kecik2 yang macam tepung tak larut tu, takpe. Biarkan. (Hasil sebatian sebelum muffin tu masuk oven nanti macam cekodok pisang punya sebatian).

Gaulkan kismis atau apa2 penyedap bersama tepung.
Masa tepung belum disatukan dengan bahan2 basah, masukkan kismis ke, kacang ke, coklat chip ke or apa2 lah (mengikut resepi yang korang buat). Gaul dengan tepung tu sebelum adunkan dengan bahan basah. Why? Untuk mengelakkan kismis korang tu tenggelam ke dasar muffin.

Basically, itu je petua yang aku dapat semalam and dengan petua2 tu, muffin aku dah jadi. hehehe. Senang kan? Try lah :D


9 comments

  1. best! bole try~ share laa resepi bread pudding. slalu yg kuah tu mesti tak jadi T_T

    ReplyDelete
  2. Baiklah.. next entry! @shee <-- reply ala2 twitter

    ReplyDelete
  3. I have to tell you this. Ask your friend who can understand Japanese to translate it to you,personally. And you can delete this comment immediately. アシウラ ラン ランの成分、配合 コラーゲンは豚由来です。証拠は、会社に電話してください。

    ReplyDelete
  4. Macam mana life you kat Japon. Ada best ka. Ada jumpa Maria.

    ReplyDelete
  5. Pandainyaaaa hg buat kek intan.. aku ni tgn kayu la bab buat kek..menyedihkan btoi!

    ReplyDelete
  6. Try la wei safiyyah.. try resepi bawah ni, senang! serius! aku pun kayu jugak!

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!