REVIEW: Susu Tepung Kambing Baby Steps BBs-3

Selamat pagi! Kita mulakan hari ini dengan makanan yang masih berkhasiat tapi mudah untuk disediakan, semudah ABC, Alif Ba Ta dan 1-2-3.... iaitu, cereal! Tapi kali ni ada yang special. Apa yang specialnya? Ya, Lisa makan cereal dengan susu tepung kambing Baby Steps BBs-3!!

Lisa ni tengok kakak dia makan cereal dengan susu, dia pun nak makan jugak dengan susu. Hana aku bagi susu segar je pun takpelah sebab dia dah tua bangka tapi dengan Lisa mestilah kena bagi dia susu yang banyak khasiat jugak.



Kandungan susu ni adalah:


Goat Milk Solids (61%), Maltodextrin, Vegetable Oils (Contains Mixed Tocopherols), Galacto-Oligosaccharides (GOS) Powder, Minerals (Calcium, Phosphorous, Magnesium, Iron, Zinc, Iodine), Docosahexaenoic acid (DHA) Powder [Contains DHA from Fish Oil, Mixed Tocopherols, Emulsifiers (Mono-diglycerides, Soy Lecithin)],Vitamins (C, E, B3, D3, A, B6, B1, B12, B2, Folic acid).


Lisa still breastfeed ye cuma aku tak kuasa la nak memerah dalam mangkuk semata2 sebab dia nak makan cereal macam akak dia. Baik aku cedok je 4 scoops susu kambing ni pastu masukkan dalam air 200ml, kacau2 and tuang dalam mangkuk cereal ye dak, easy peasy.

Aku jugak takdelah rasa bersalah sebab susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu. Susu kambing juga lebih mudah dicernakan berbanding susu lembu (kerana globula lemak susu kambing 1/3 saiz daripada susu lembu), tinggi kalsium, kandungan DHA yang teramat tinggi (115mg untuk 100g serbuk susu)…and banyak lagi la google please.


Muka judging dari Lisa. Ni first time dia rasa susu kambing, seriushit dia tak pernah lagi rasa
sebelum ni hahahah!


Masa suapan pertama Lisa, aku berdoa supaya Lisa boleh terima susu kambing ni sebab aku tak makan kambing tau. I kenot!!!Aku takleh blah dengan rasa kambing. Kalau aku tergigit seketul daging kambing, rasa macam terjilat satu badan kambing LOL!



Okay weih nampaknya Lisa suka, Alhamdulillah. Dia siap nak hirup lagi susu tu lepas kenyang makan. Aku hulur straw la untuk dia minum sebab takut tumpah, nanti jadi satu kerja plak untuk aku mengemas LOL!



Pendapat peribadi aku, serbuk susu kambing Baby Steps BBs-3 ni tak berbau tapi once dah bancuh, susu dia ada rasa kambing (sebab dah memang susu kambing kan). Pastu aku suka tin dia sebab takde sharp edges lepas tanggal aluminium foil dia. Siap ada tempat nak buang susu lebih dari sudu lagi kat tepi tin. Btw, susu ni made in New Zealand tau and yang menariknya, instead of kambing-kambing untuk susu ni diternak kat ladang besar, dorang diternak di ladang-ladang kecik yang terkawal. So, insyaallah quality susu ni tip top.


Kalau korang rasa nak try susu kambing Baby Steps BBs-3 ni atau bertukar dari susu kambing jenama lain, korang boleh beli susu kambing Baby Steps BBs-3 ni di:

Ben's Independent Grocer
City Grocer
De Market
Jaya Grocer
Selections
Sogo
Urbanfresh Marketplace
Village Grocer
Isetan

No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!