Homeschool Day 6 - Arab Baidhun, Jawi "Ba"

Selamat hari Isnin. Selalunya hari ni adalah hari yang aku paling malas nak drive Hana pegi sekolah sebab baru lepas cuti weekend, diikuti dengan hari Jumaat sebab esoknya weekend LOL! So selalunya Hana akan dipontengkan sekolah pada hari Jumaat dan Isnin #maktakguna.

Tapi, sejak belajar di rumah, tiada lagi istilah malas drive sebab walaupun berkemban daun pisang, pelajaran masih boleh berjalan seperti biasa.

Pada pagi yang indah ini, kelas dimulakan dengan lagu Let's Star Jump. Tapi hari ni takde kaitan pun pembelajaran dengan jump mahupun star. Saja je nak bagi dorang bergembira sebelum kelas penderitaan bermula.






Hari ni Hana belajar huruf Ba dan Bahasa Arab, Baidhun, telur dan Baab, pintu. Flash card ni aku beli kat Popular. 


Macam biasa lah, aku nak bagi dia ingat huruf Ba tu dengan berkesan, aku suruh dia uli buat bentuk huruf Ba. 




Lepas buat huruf Ba dengan clay, latihan menulis Ba sejuta kali.


Untuk mengelakkan gangguan makhluk halus bernama Lisa, aku bagi dia main pompom ni. Jadilah beliau makcik karipap, makcik jual kuih buah melaka or whatever yang dia nak.


Lepas habis huruf Ba, Hana kena buat Matematik dekat website kesayangan aku, www.education.com. 

Some people nak guna pendekatan tradisional je pada anak dia, iaitu kertas, buku dan pensil. Aku tak. Aku guna semua cara di dunia ni yang aku tau. Aku taknak tolak teknologi yang boleh bawak kebaikan hanya semata-mata sebab ianya ada keburukan. Apa pun kat dunia ni, kalau berlebihan akan bawak keburukan hatta ubat. So aku sebagai mak, mestilah kena pandai kawal anak ye dak? Unless aku tak reti nak kawal la. Kalau camtu, yes, aku agree, tak patut introduce pun teknologi macam ni kat anak. Hehe.


Sambil Hana mengadap PC main game Matematik, aku gi buat keje rumah la. Tunggu apa lagi ye dak wkwkwkwk!

Last activity, connect the dots. 











No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!