Homeschool Day 5 - Parti Buih

Hari ni hari Jumaat, hari yang sendu sebab Shakir takde so aku jadi malas nak buat apa pun so hari ni aku isytiharkan sebagai hari untuk aktiviti kerastangan! wohooo!!

Macam biasa lah, bila kelas nak mula, kita kerah la tenaga budak2 ni untuk angkut kerusi dan meja.




Bahan-bahan yang diperlukan untuk sesi kerastangan hari ini cuma:
1- Semangkuk air 
2- sabun pencuci pinggan
3- pewarna makanan
4- straw
5- kertas lukisan

Lepas aku isi air dan sabun cuci pinggan dalam mangkuk, aku titikkan pewarna makanan dan kemudian bagi straw pada Hana untuk dia tiup buat buih. Kalau pewarna tu macam tak terang sangat, letak je banyak2 sampai kalau termakan tu berak hijau pun takpe.


Kelihatan Lisa menjadi orang pertama yang merasmikan parti buih pada pagi yang sendu ini.


Lepas tiup air sabun tu jadi buih, letakkan kertas lukisan atas buih2 cinta tersebut. Bila dah puas hati dengan result, buang air tu dan ganti dengan bancuhan air sabun yang lain pulak dan letak pewarna makanan yang lain pula. Pastu ulang proses yang sama, letak kertas lukisan tadi atas buih2 cinta tersebut.



Lepas dah settle, kita jemur kertas tu bagi kering.



Sementara nak tunggu kertas lukisan tu kering, aku bagi la Hana main buku sticker. Dapat la jugak dia membunuh waktu dengan perkara yang berfaedah dari dok saja tak buat apa2.


Once dah kering, aku lipat dua je kertas tu untuk dijadikan kad ucapan pada ayah mereka yang tersayang. Aku eja untuk Hana, Hana tulis sendiri perkataan2 tu.


Aku bagi Hana lukis apa2 yang dia nak dalam kad tu and dia membuat keputusan untuk lukis Super Daddy. Haah, memang pun bapak hang super daddy. Aku yang bersilat kat rumah jaga hampa, bagi pelajaran kat hampa, masak makan minum hampa, pak hampa yang dapat gelaran Super Daddy kan #sentap




Macam biasa la, mulut buat kerja lagi banyak dari tangan... wkwkkw


Tara!! Dah siap, kita lekat kat dinding supaya bila bapak hampa balik dari KL nanti dia boleh tengok.

Sekian.






No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!