Shit My Husband Says #13

Sebagai seorang isteri yang solehah seperti isteri orang lain dalam cerita Melayu, mesti lah lepas masak aku akan tunggu suami aku balik rumah pastu baru makan sama-sama kan? Pastu kalau suami balik lambat, baru la macam Cerekarama, isteri tertido tunggu suami balik keje, lauk bawah tudung dah sejuk... tenenene....

Tapi oleh sebab aku tak dapat tahan lagi dah kelaparan yang melanda dan oleh kerana usia perkahwinan kami pun dah makin meningkat, jadi aku rasa lakonan Cerekarama ini harus dihentikan serta merta. AKU LAPAR! TAK KIRA! NAK MAKAN JUGAK DULU! SAPE SURUH BALIK LAMBAT!

So aku pun mesej lah Shakir...

"Ayang, I dah masak. I lapar. You lambat lagi ke balik? Boleh tak I makan dulu?"

Tak lama kemudian dia pun reply...

"Makanlah dulu. Makan dulu sebelum suami balik tu tak berdosa tapi kalau tak dengar cakap suami tu baru berdosa".




LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

2 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon