Jenama Skin Care Terbaik untuk Wanita


Semua orang nak cantik, kan? Ada yang memilih jalan singkat untuk cantik iaitu dengan menggunakan barang solekan tapi personally bagi aku, kulit yang cantik adalah kunci utama untuk kelihatan cantik. Kulit yang cantik akan membuatkan solekan di muka nampak lebih menyerlah. Soal penjagaan kulit merupakan perkara yang amat penting dan harus diambil berat oleh semua individu dari semua jantina baik lelaki mahupun wanita. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kini terdapat pelbagai jenama produk pengeluar produk penjagaan kulit atau skin care product yang boleh anda temui di pasaran. Baik jenama antarabangsa atau pun jenama tempatan, masing-masing mempunyai kebaikan yang tersendiri dan ia bergantung kepada bahan asas dan teknologi yang digunakan oleh jenama-jenama itu sendiri. Pokoknya, produk skin care yang terbaik adalah tidak memudaratkan kondisi kulit si pemakai dan menyelesaikan masalah yang ada pada kulit. 

Secara amnya, untuk mengetahui apakah jenama skin care terbaik untuk korang, pertama sekali korang harus tahu keadaan kulit korang sendiri. Adakah korang mempunyai jenis kulit berminyak atau mungkin kering? Dan seterusnya kenalpasti jika korang mempunyai sebarang alergi kepada bahan tertentu. Untuk membantu korang membuat pilihan yang tepat, berikut merupakan 4 jenama skin care terbaik yang dipersetujui oleh ramai wanita dan korang boleh beli di pasaran negara kita dengan mudah!


L'occitane
Jenama dari Perancis ini sememangnya terkenal dengan product skin care yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan tidak membahayakan kulit anda. 

The Body Shop
Begitu juga dengan jenama The Body Shop yang juga terkenal dengan tawaran harga produk yang cukup berpatutan.


SK-II
Bagi keremajaan yang berpanjangan pula, ramai bersetuju bahawa penggunaan SK-II adalah pilihan yang paling tepat! Walaupun harganya agak mahal, tapi insyaallah, berbaloi-baloi!

SimplySiti

Dan tidak terkecuali produk tempatan yang juga mempunyai kualiti setanding produk antarabangsa iaitu SimplySiti!
LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon