Ketandusan Kulit

Sesungguhnya sehari selepas aku menjejakkan kaki di Jepun, aku terus bergelumang dengan salji di Nagano so haruslah menjadi kewajiban pada kulit aku untuk menjadi tandus. 

Pertama, aku dari Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun dan tak sempat nak adapt dengan cuaca kat sini yang semedang DRY tak kira musim apa pun. Kedua, aku selalu berkubang lumpur bendang tapi bila datang sini berkubang salji, ianya bagaikan sejenis culture shock pada kulit aku lalu terjadilah reput frost pada lapisan epidermis kulit aku. 

Lihatlah dunia apa yang cuaca sejuk di sini telah lakukan pada diri ku...


Ni kulit atas tapak tangan aku.
Tu baru sikit tu aku tunjuk wei.. kalau aku tunjuk kat lengan and peha aku, konpom korang tak lalu makan. Dah macam sakit kelamin atas badan dah aku tengok. Kalau tengok dekat2 betul2, leh nampak cam kena kelar dengan pisau cukur halus2 banyak2... memang pedih bila kena air.

Kawan aku suh beli lotion ni untuk rawat masalah aku sebab tahun lepas time winter dia kena gak tapi aku tak jumpak. 



Pas tanya orang yang keje kat farmasi, dia bagi cadangan pakai benda alah ni..


1380 Yen.. around RM46 sahaja
Dapat free 2 garam mandian... nyindir suh aku mandi lettew.  (Mandi sehari sekali je dan tak sabun sejak kulit jadi kering ni).
Ni rupa paras cecair di dalam botol ittew.
Sejurus selepas aku letak lotion ni atas kulit aku, aku rasa cam tanah yang merekah ketandusan disirami air. Macam pokok yang dah lama tak disiram hujan. Macam tekak yang dahaga time puasa pastu dapat minum air tembikai sejuk. Syukur alhamdulillah... kulit aku dapat rasa betapa lotion itu meresap jauh ke dalam kulit ku... Harap2 sok lusa dah ok la. 

Tu je aku nak bebel hari ni.

Oh, baidewei, hari ni first time aku tengok escalator yang melengkung. Kat dalam Landmark Plaza, Yokohama.



Ok bye.

4 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!