Berjalan2 di Odaiba.

Sepatutnya pergi Odaiba hari Ahad tapi tak jadi pegi. So Isnin esoknya kami pergi. Kebetulan Shakir cuti hari tu sebab Jepun sambut Hari Dewasa untuk remaja2 diorang yang umur 20 tahun.

Hari Ahad sebelum tu, semuanya indah je... walaupun suhu dingin sekitar 6 darjah Celcius, tapi takde la salji ke apa. Just dingin. Kira molek sangat lah kalau kami keluar kelmarin. Shakir pun cakap kat Yokohama susah nak turun salji sebab tepi laut. Tup2, hari Isnin kami nak kuar tu, bukan setakat salji...tapi ribut salji!

Oleh sebab dah 2 hari aku dok umah time weekend, aku nak gak kuar hari tu. So kami pun kuar lah berbekalkan senjata tambahan, iaitu payung. Aku lelaju spray ubat kalis air kat winter boots aku gak.


Gambar ni diambil dari tingkap apartment kami sewaktu kami bersiap2 nak keluar
Ni pulak suasana sebenar di luar selepas kami keluar dari lobi lif. Holy shit!
Hujan salji yang lebat okek. Boleh basah oi...
Banyak jugak la train yang tergendala sebab salji ni...
Tengok lah keadaan kat Shimbashi Station...
Siap ada yang pakwe dia dukung awek dia lah sebab awek dia takleh jalan sebab pakai kasut tinggi. Muahahah! Aku? Too bad, aku terlebih muatan manakala suami aku lak mempunyai sepasang kaki zirafah yang lansing. Takleh la nak angkat aku cam Winter Sonata. So sad.



Destinasi pertama kami adalah Decks. Dekat jugak la dengan train station. Rasa jauh sebab kena menapak dalam salji yang basah dengan berhati2 sebab takut tergolek. Kat dalam Decks tu ada Legoland, Madame Tussauds tempat patung2 lilin tu, rumah hantu, muzium takoyaki, Tokyo Trick Art Museum dan macam2 lagi lah.

Destinasi pertama kami

Kat dalam tu aku dengan Shakir pakat bercamwhore tak kira malu dah. Orang memang ramai dalam muzium tu tapi memasing nak tangkap gambar jugaklah. Kalau tak tangkap gambar, sia2 je masuk dalam tempat tu sebab orang jaga tempat tu sendiri suruh tangkap gambar bebanyak. Haha.

Waktu kami berposing untuk tangkap gambar, sila tahu bahawa ada orang lain yang sedang melihat serta menunggu giliran mereka pula untuk bergambar di tempat yang sama.

Memula bergambar memalu la... wkwkwkw
Shakir melawan kuasa graviti.

Main kasar ni tarik2 baju aku lak...

Aku punyalah berat sampai melengkung lukisan kerusi tu.



Selepas puas bergelak ketawa berpeluh2 buat pelbagai aksi, kami makan takoyaki, main tembak2 tin (nasib baik tak menang. Kalau tak, harom tu harom). Pastu berjalan kaki ke Diver City. Time kami pergi tu, memang tengah ribut. Angin kuat gile siap ada tv reporter lagi tengah wat liputan.


video


Wawawa aku kena marah dengan suami aku sebab sibuk nak record video padahal angin tengah kuat gile, aku lak hampir terjatuh. Dia punya imaginasi time tu: Dia terjatuh pastu meluncur terus ke tengah jalan raya pastu kena langgar kete. Habis tragik okek! Hahaha

Ok..kesimpulannya, Odaiba best. Banyak lagi tempat kami tak pergi tapi akan pergi lagi nanti. Gambar2 kat dalam telefon Shakir pun ada tapi lenkali je upload. Gambar2 kat dalam phone dia rata2 kat patung Gundam gergasi, Cat Cafe and lelain.

Adios amigos.

LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

3 comments

ururules
AUTHOR
Sunday, January 20, 2013 at 8:30:00 AM GMT+8 Reply Delete Delete

ahaha! "nanti tergolek pegi tengah jalan" tuh klako. tapi mmg betul pun. aku pernah tergolek licin ais sampai tepi jalan.

avatar

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon