Shit My Husband Says #7

Yay! Finally aku dah ada lesen. Aku dah boleh bawak kereta secara halal. Senang jugak untuk aku lari dari rumah time gaduh.

Memandangkan kami cuma ada 1 je kereta dan kat Bintulu ni susah nak gerak kalau takde kereta, so kena la beli kereta baru. Kami dalam dilema nak angkat Myvi SE ke, nak beli Iriz. Iriz punya safety features memang gempak tapi memandangkan dia keluaran Proton, ada sedikit gentar di situ.

Selepas test drive kedua2 kereta, setelah 3-4 minggu pikir, setelah nyaris2 booking Myvi SE tapi kebetulan seller tak reply whatsapp Shakir, Shakir book Iriz.

Atas kereta, selepas pulang dari Proton, aku sembang dengan Shakir.

"Rugi kan salesman Perodua tu tak reply whatsapp you. Sedangkan kalau dia reply semalam, you dah booking dah Myvi tu."

"Takde rezeki dia. I pikir kalau dia reply whatsapp I time tu, takde diskaun banyak pun I ambik je la."

"Tapi I'm glad that we booked Iriz. Kita dua kan lebih berat ke Iriz berbanding Myvi. Dah bosan la tengok Myvi. Di mana2 ada Myvi."

" Kalau ikutkan I, the safer choice is Myvi tapi bila I pikir-pikir, why not take the risk to try Iriz? Bukan besar mana pun risikonye dalam life I. Talking about high risk, I MARRIED YOU KOT!"

Terngiang2 di telingaku..

High risk... I MARRIED YOU KOT

HIGH RISK..





5 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!