Shit My Husband Says #4

Aku sentiasa ada masalah kurang kasih sayang. Dah dapat kasih sayang melimpah ruah pun aku still rasa tak cukup. So maybe sebab tu lah sampai sekarang Allah bagi kami hidup berdua je sebab kalau bertiga nanti lagi la aku rasa kurang kasih sayang sebab nak kena berebut dengan orang ketiga. Hew hew hew

Scene ini terjadi ketika Shakir duduk berehat2 di ruang tamu selepas pulang kerja sambil aku baring atas riba dia.

"Ayangggggg"

"Ye Sayang..."

"I rasa kurang kasih sayaaaaaaaaaaaang"

"Apa tak cukup lagi ke KASIH dan SAYANG I bagi ni.."

"Tak cukup!!"

"Tengok betapa kasihnya I pada you, I balik awal hari ni"

Dengar dia cakap camtu, aku bingkas bangun, pandang mata dia sambil mata aku bersinar2...

"Maksudnya kawan2 you semua balik lambat, you balik awal lah? Time you balik tadi diorang kat office lagi tengah kerja ke?" 


"I balik awal... sebab diorang pun balik awal jugak. WAWAWAWA"




5 comments

  1. Haha best gila dia melayan je jawab je haha kalau laki lain pegi lantak la kau main henpon lagi best hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab selagi dia tak menjawab, selagi tu la aku panggil2 dia yg mana sama mcm scene kucing mengiau selagi tak diberi perhatian yang mana jika ia tidak dihentikan, boleh mengakibatkan pencemaran bunyi

      Delete
  2. huehueheuheuahuaheu

    kalau dia buat camni jugak pada bulan puasa (gerenti balik awal) just masak nasik dgn kicap je untuk berbuka. Padan muka dia.

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!