Shit My Husband Says #1

Setiap kali sebelum Shakir ke tempat kerja, di muka pintu keluar, kami akan berpelukan macam akan berpisah buat selama2nya dan disudahi dengan aku cium sambil salam tangan dia and dia kiss ubun-ubun aku. 

Setiap kali dia peluk aku, dia akan peluk aku lama-lama sebab katanya time peluk tu dia selalu berdoa atau bagi nasihat untuk aku. Doa dan nasihat dia pada aku adalah berubah mengikut hari dan mood dan aku tak pernah tanya pun apa yang dia cakap dalam hati time tu.

Kadang-kadang time dia tengah peluk aku, aku cakap "Ok2. Baiklah. Apa? Nak bagi duit sejuta? Owh boleh je... Amin ye". Mana la tau memang dia tengah doa camtu khen. 

Hari ni hujan renyai2 di luar. Kami dalam syahdu berpelukan seperti biasa sebelum dia ke tempat kerja. Cuma kali ni dia nasihat aku bagi aku dengar. Katanya:

"Jadilah isteri yang solehah ye", pesan dia pada aku sambil cium ubun2.

Aku pun feeling syahdu.. balas dengan suara yang lunak merdu dan lemah lembut "Okay Sayang..."


Pastu dia sambung, "Doa orang2 yang teraniaya sering dimakbulkan Tuhan..."

KOJAQ SUNGGUH!!!!!




LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

5 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon