Aku, Business, dan Hobi

Kalau ikutkan, dari kecik lagi aku dah suka berniaga. Seawal umur 8 tahun, aku jual barang. Time tu aku buat cincin and gelang manik pastu aku suruh kawan aku merangkap jiran sebelah rumah aku jualkan. 50sen satu. LAKU.

Pastu aku jual askar mainan plastik kecik2 macam kat gambar bawah ni. Murah je, satu seposen... kalau macam cool skit, aku jual 20sen.


Pastu aku dah advance skit seiring dengan usia, time darjah 5 aku jual stickers. Satu unit seposen jugak, kalau besar skit stickernye, aku jual 20sen. Kalau paling besar, 50sen. Kalau korang ingat lagi, sticker tu order saing satu form dengan orang yang order kad nama. Isi borang, letak code mana nak order pastu kalau penuh satu form tu, orang yang edar form tu dapat 1 set kad nama FREE. 


Time sekolah menengah aku tak jual apa2 rasanya...sebab sibuk belajar la kot.

Kat University, aku buat handmade greeting cards dan jual time ada event. Sewa booth or tumpang booth orang dan jual. Aku jual murah je, RM5-Rm10. Kalau custom made baru boleh cecah RM20.  Agak serius jugak la time tu siap pernah masuk magazine and ditemubual wartawan. Hehehe.




Yup, label aku time tu adalah Kekkon. Macam biasa, obses dengan Jepun.. Kekkon tu dalam bahasa Jepun bermaksud Perkahwinan :P

Pastu aku stop sebab aku dah malas nak buat kad. Penat dan bosan.

2013, dah kawin, Shakir bagi idea pada aku untuk jual kosmetik Jepun memandangkan aku gila dengan kosmetik di samping dapat duit poket lebih. Bulan pertama aku berada di Jepun, aku dah bukak Stuff From Jepun dan dapat customers. Mana-mana product yang aku pakai, best, aku jual. Ada jugak yang orang mintak carikan so aku jual jugak sebab ada permintaan. 

Mac 2014, dah setahun 3 bulan aku berniaga dari Jepun ke Malaysia. Aku dah bukak 2 lagi website baru yang jual barang2 lain selain kosmetik dan semuanya bukan sebab aku takde duit, tapi sebab aku yakin hobi dan minat aku adalah berniaga. Aku seronok bila ada orang order.

Aku suka shopping tapi aku tak boleh selalu shopping sebab nanti shakir bising rumah semak (barang mekap aku aje dah penuh 1 beg plastik sampah) so aku "tolong" shoppingkan untuk orang. Kepuasan membeli tu masih sama walaupun bukan barang aku.

Bila dah cakap hobi ni, of course la buat untuk senangkan hati, isi masa lapang. Tapi bila ada customers yang tetiba feeling2 macam dia BOSS aku, aku ni kuli dia, nak tekan2 aku, kacau aku time weekend, desak2 aku suruh cari barang, kat sini aku dah rasa niat utama aku berniaga dah lari. Aku berniaga sebagai HOBI, bukan mata pendapatan utama aku. Duit aku berniaga 100% untuk aku membazir. Shakir sendiri tak suka bila aku tension berniaga. Katanya, kalau rasa2 berniaga tu buat aku stress, baik stop je. Memudaratkan mental, buat apa teruskan ye dak? Bukan aku takde duit. In fact, aku selalu susahkan diri aku untuk cari barang customers. Kadang2 tu RUGI tapi bila rugi, aku niat sedekah je. Barang yang aku pos kalau tak sampai or hilang plak, aku REFUND and selalunya aku ganti barang yang sama FREE.

So sangat kelakar rasanya bila ada customers yang nak tengking2, cakap kurang ajar, and marah2 aku. Ingat aku kebulur sangat duit dia gamaknya. Takat duit ko RM berapa puluh tu aku boleh refund anytime. Lunch aku kat sini pun beratus kot (riak tapi benar). Tak berbaloi sungguh bila maruah diri kena pijak dengan orang kurang ajar yang dia sendiri nak membeli barang aku jual pun kena ikat perut. Orang macam ni aku selalunya mintak dia acc bank je untuk aku pulangkan balik duit dia.. pastu aku banned dia. Malas aku melayan bangsa kurang ajar macam ni. Tak kebuluran pun aku hilang sorang customer dari neraka ni.

Tengok lah nanti kat Bintulu aku nak meniaga lagi ke tak. Kalau ada pun, cuma untuk kawan2 yang aku dah kenal je. Lebih kepada TOLONG diorang untuk diorang terus dapat bekalan penjagaan diri dari Jepun memandangkan aku pun akan terus beli barang direct dari Jepun. Dengan kawan2 ni senang skit sebab diorang tak kurang ajar (sebab tu la diorang kawan aku) and diorang pun takde la nak pk aku nak songlap duit diorang kan sebab diorang tau aku niaga bukan sebab takde duit.

Banyak hobi baru aku nak buat kat Bintulu nanti. Nak join kelas memasak, kelas baking, kelas menjahit, nak pegi gym lagi, nak berkebun..oh indahnya hidup sebagai seorang surirumah! So kalau niaga tu buat aku stress, aku stop je and buat benda2 lain yang boleh buat aku happy!!

Sekian, terima kasih.

LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

8 comments

LynnAiza
AUTHOR
Tuesday, March 4, 2014 at 9:51:00 AM GMT+8 Reply Delete Delete

ahahahah! teringat dulu.. memang beli pon askar ijo tu. motip tah beli benda camtu. may be sebab rege dia seposen kot. mughahhhh

avatar
*Puan Hani*
AUTHOR
Tuesday, March 4, 2014 at 12:58:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

aku kagum dgn ko intan.. aku ni baru nak menjual shaklee, sakan update dkt fb cari customer. doakan rezeki aku murah yeh.

lagi satu, nanti aku nak beli skII yg ko jual tu...nanti aku roger2 k.

avatar
Tuesday, March 4, 2014 at 8:46:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

Aku doakan ko murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan, amin...

avatar
deaf-angel
AUTHOR
Tuesday, March 4, 2014 at 9:34:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

Jadi ko dah takde kat jepun la? Adakah ko akan balik tinggal jepun? Sebab.... sapa tahu kalau lain kali iron maiden main kat jepun, dan aku ada rezeki boleh pergi tapi aku tak reti beli tiket online dari website jepun semuw bahasa dorang, so mintak ko beli physical tiket tu dan post kat aku. Saje je, terfikir senario tu...

avatar
Loveshak
AUTHOR
Thursday, March 6, 2014 at 7:27:00 AM GMT+8 Reply Delete Delete

Aku balik malaysia april ni.. tak pasti akan tinggal di sini semula nanti ke tak. Kalau ada, bukan dalam masa 4 tahun ni. Aku suka jepun tapi aku harap aku dapat tinggal di negara lain pulak lah as long as bukan malaysia. HAHAHHAHAHA. Kalau nak mintak tolong beli tiket online, rasanya boleh tolong lg. Kawan2 aku still ada kat sini sampai hujung tahun ni.

avatar
Anonymous
AUTHOR
Thursday, June 12, 2014 at 1:33:00 AM GMT+8 Reply Delete Delete

baru nak order barang jepun

avatar
myaza
AUTHOR
Thursday, January 15, 2015 at 10:52:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

intan intan. alaa boleh order barang lg tak? shiseido foundation i xmasuk mesia. dulu i beli dkt shinjuku tp mana2 kedai kosmetik ada rasanya.

avatar
ns.
AUTHOR
Monday, January 25, 2016 at 5:29:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

aku tolong hobi hang je la kak eh. beli je lah mana2 bila aku tengok harga kat kak antara harga rendah kat website. semoga terus sukses trimas!

avatar

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon