Dendam Kesemut pada Makanan

Bulan 4 ni sepatutnya aku dah berada di Bintulu.

Tahun lepas rasa macam sedih nak tinggalkan Jepun. Ye lah, aku suka gila Jepun dari aku tingkatan 3 dek penangan Beach Boys dengan Pride, tup2 13 tahun kemudian Allah kabulkan permintaan aku. Bukan setakat datang Jepun, tapi menetap di Jepun! Amik hang, nak sangat!

Setahun lebih di Jepun merupakan pengalaman yang best dan tak boleh ditukar ganti dengan apa pun walaupun ko kaya jual barang MLM pakai kereta besar (kampeni punya) sekalipun, masih tak boleh lawan dengan pengalaman menetap di tempat orang. 

Aku belajar cara naik train, belajar cara naik teksi di mana pintu teksi buka dan tutup secara automatik (jangan gatal tarik tutup pintu nanti pemandu teksi marah!),  naik shinkansen yang harga tiketnye sama macam naik kapal terbang, bersembang dengan orang tempatan walaupun sorang cakap Itik, sorang lagi cakap Ayam, berbasikal ke pasar, berjalan kaki merayau tanpa hala tuju tanpa rasa penat dan bimbangkan keselamatan diri sebab Jepun antara negara paling selamat di dunia, shopping dan tinggalkan barang di mana2 tanpa risau barang dicuri sebab maruah orang Jepun sangat tinggi, so diorang tak buat keje2 mencuri ni, dan macam-macam lagi lah!

Tapi bermula awal tahun 2014, aku semakin tak sabar pulak nak pindah ke Bintulu. Tak kisah lah hidup aku mungkin akan berakhir dengan tragedi disamun pendatang asing kat sana, or rumah kena pecah masuk dengan orang desperate, or layanan pekedai yang layan aku sebagai customer macam peminta sedekah, or tak kisah jugaklah suhu panas terik! Aku just rasa tak sabar nak tinggal di Bintulu.

Aku tak sabar nak mulakan hidup baru di tempat yang baru. Aku ni orang yang cepat bosan. Kalau takde apa2 yang menarik terjadi dalam tempoh beberapa lama, aku mula la buat perangai. Time aku bujang2 dulu pun aku kerap pindah rumah sebab ni lah. Bosan mengadap benda yang sama. Mujurlah aku tak bosan mengadap suami yang sama. LOL

Sepanjang aku di sini, satu2nya benda yang membuatkan aku rindu pada Malaysia bukan family aku or kawan2 or siapa2 pun. Tapi MAKANAN. Kalau kat sini ada kedai nasi kandar ke, gerai nasik lemak ke, pasembor ke, chicken cornish Secret Recipe ke, or semua lah yang halal, memang aku takkan rindu pun kat Malaysia. BAHAHAH! Mana yang aku boleh masak, macam laksa ke (urat laksa aku guna Udon), nasi daging ke, nasi ayam ke, nasi lemak ke, semua tu takde masalah. Tapi bila nak buat keropok lekor misalnya, mana nak dapat tepung sagu? Nak buat nasik kerabu, mana nak dapat budu?



So hopefully bila dok Bintulu nanti, aku dapat balas dendam pada makanan. Aku nak memasak macam orang gila masak gila punya masak! Aku nak beli breadmaker sebab aku tau roti kat Bintulu tak sedap dan takde roti Gardenia LOL. Aku nak beli BBQ Grill untuk aku buat satay! Aku nak beli microwave oven yang bapak besar memandangkan kat Jepun ni rata-rata orang guna toaster oven yang kalau aku buat cheesecake, tak terbakar kertas lilin tak sah (sbb berlaga dgn rod besi panas kat siling toaster oven) dan macam-macam lagi lah!!

Aku juga tak perlu beli daging beku, daun pandan beku, daun kari beku or apa2 yang beku pastu tetiap kali nak masak, kena defrost dulu time kat Bintulu nanti. Semua boleh beli di supermarket, balik terus siang2 dan masak. Sugoi!!

Hai cepat lah bulan 4!!

LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

2 comments

aida damia
AUTHOR
Thursday, February 13, 2014 at 9:16:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

hahahhahah.. tak tau la.. lepaih ni fb intan post masakan sesaje..

avatar

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon