Review: Suhada Shizuku Pack Gel

Suhada Shizuku pack gel adalah salah satu produk kegemaran aku dan bakal menggantikan Skilabo Collagen Aqua Gel once aku dah habis guna. 


Kenapa aku nak stop pakai Skilabo Collagen Aqua Gel? Well, dia takde salah dengan aku cuma susah nak dapat stok je. Tak semua drug store ada jual. So ianya adalah sangat menyusahkan aku. Then aku terjumpa mengenai Suhada Shizuku Pack Gel dalam website http://www.fujisankei.com/ dan rasa sangat teruja nak mencubanya.



Sejak dari pertama kali aku cuba testernye di salah sebuah drugstore, aku terus jatuh cinta! Berkenan habis! Letak sikit je atas tangan, secalit je, pastu gosokkan dengan jari dan macam magik, gel tu jadi banyak pastu cam ada mask effect. Macam ada satu layer lain yang wujud atas kulit. Tak tahu macam mana nak explain T_T



Tapi di bawah ni aku tunjukkan beza tangan kiri dan tangan kanan aku. 


Tangan kiri yang pakai Suhada Shizuku Pack Gel, tangan kanan tak pakai apa-apa.



Blerghh! Gambar jadi auto rotate plak dah..  Atas pakai Suhada Shizuku, bawah tak pakai. Lompong2 tu apo? Itu meh aku tunjuk close up dekat2 sebab kalau tengok gambar camni je korang tak nampak bezanya :)

Nampak kan bezanya? Ketara gile okay! Yang sebelum tu, tangan kanan yang aku tak letak apa2. Kulit sangat kering.. siap boleh nampak merekah2 macam tanah tandus yang gersang T_T

Bahagian 'selepas' pulak adalah keadaan kulit pada tangan kiri aku selepas aku sapu Suhada Shizuku Pack Gel tu. Rasa kulit sangat halus... memang nampak beza yang ketara pun!

Produk ni ada 4 fungsi dalam 1. Sesuai sangat untuk orang pemalas cam aku ni. Suhada Shizuku Pack Gel berfungsi sebagai:
- Skin toning lotion
- Milky lotion
- Serum
- Moisturizing cream


Memandangkan ianya mengandungi serum, aku rasa ianya sangat bagus untuk merawat parut2 pada muka dan memandangkan ianya adalah berasaskan air, maka ianya bagus untuk orang yang kulit berminyak.

So, bagi sape2 yang nak cuba benda ni, boleh dapatkan di Stuff From Japan dan tolong bagitau pengalaman korang selepas menggunakannya sebab aku sendiri tak boleh cuba lagi memandangkan Skilabo aku belum habis :(
LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

1 comments:

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon