Homeschool Day 1 - The Beginning

Selama Hana hidup ni, memang aku dah selalu ajar dia di rumah cuma masalahnya aku tak ikut jadual yang tetap. Aku buat bila aku free yang mana selalunya mesti la aku busy main game, online, buat kerja rumah dan tengok tv wkwkwkwk. Tapi kali ni aku nekad la. Aku risau sebab dia dah 4 tahun. Tak lama dah nak masuk sekolah. Aku kena prepare dia siap2 untuk hari mendatang LOL.

Aku bangun tido awal hari ni. Kebetulan. Pukul 4.30 pagi bangun, main game sampai pukul 6, semayang subuh, pastu tengok pokok. Pukul 8 shakir sediakan breakfast. Semua sarapan bersama-sama. Pukul 8.45 lepas Shakir pegi keje, semua mandi dan dimandikan. Pukul 9.30 dah start sesi pagi. Hana Lisa aku panggil duduk depan. Pastu aku bacakan buku. Sambil baca buku, aku akan tanya soalan2 and dorang akan bagi respond la berdasarkan soalan aku. Contohnya bila aku cakap jangan main benda tajam, aku tanyalah apa contoh benda tajam. Hana jawab brooch hahaha. Lisa tak peduli, dia cuma sibuk nak tekan buku yang keluar bunyi wkwkwk. Tapi overall bagus la dua2 orang terkawal dengar kata hahaha!

Lepas sesi baca buku, Lisa time ni aku bagi dia main bunny and rumah miniature. Aku bagi Hana buat aktiviti dengan sticker and mewarna.



Lepas Lisa bosan main bunny, aku bacakan buku untuk Lisa. A-Z sambil ajar objek apa mula dengan huruf-huruf tu lah. Aku tak ajar alphabet sebenarnya tapi aku ajar phonics dengan harapan nanti dia mudah nak belajar membaca. Aku menyesal ajar Hana abjad dulu so aku tak nak buat kesilapan yang sama haha.

Pukul 10.30 pagi Lisa dah start nak tido pagi. So aku bagi Hana buat tracing/writing numbers memandangkan dia tak cekap lagi tulis nombor. Hari ni dia start menulis dengan 1-4. By the time Lisa tido, aku assist Hana buat aktiviti matching nombor dengan gambar.



Pukul 11.15, aku bagi Hana rehat sebab aku nak kena masak lunch. Dia nak tengok Max and Ruby so aku pikir, why not la kan. Rupa2nya lepas pasang tv, tak tengok pun. Dia sibuk main clay depan tv. Saja la tu nak bagi rumah meriah.



Aku buat masak udang + broccoli untuk Hana Lisa dan nasik goreng udang untuk aku. Pukul 11.45 siap masak. Lisa belum bangun so aku lunch dulu dengan aman damai berbekalkan satu mug milo panas sesuatu yang jarang berlaku, unless shakir ada kat rumah ahhahaha.


Hana main roleplay birthday party sementara tunggu turn dia dengan Lisa lunch. Pukul 1 Lisa bangun, dorang lunch sama. (Bantal banyak2 dalam gambar tu, kononnya hadiah besday dia. Dia tak bagi bukak LOL).

I guess that's all for today. Esok aku cuba buat yang lebih baik. Insyaallah.

2 comments

  1. Assalam. How do you actually decide on what to teach the kids? Or maybe they are the ones who tell you what they want to learn? Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ada lesson plan sebagai guidance di internet yang kita boleh ikut. Tapi apa2 pun ia berbalik pada kita dan anak kita. Kita lebih arif kat mana kekurangan anak kita and part mana kita kena focus pada anak kita :)

      Delete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!