Baking with Hana di Good Times DIY & Lifestyle Cafe

Sejak dari dulu lagi kalau aku balik Semenanjung, aku mesti akan atur aktiviti yang aku boleh buat sebanyak yang mungkin untuk compensate masa aku kat Bintulu yang 90% adalah dok dalam rumah sahaja. Nak2 pulak bila ada anak2 ni, memang berderet lah aktiviti yang aku dah atur untuk diorang. 

Ada aktiviti yang aku dah atur siap2 sebelum bercuti lagi tapi ada jugak yang ad hoc. Contohnya macam hari ni, aku ke MyTown untuk ke Spotlight, pastu tetiba dah kat Good Times DIY & Lifestyle Cafe, bakar biskut dengan Hana. HAHAHA!




Good Times DIY & Lifestyle Cafe ni bagi yang tak tahu, ada kat tingkat L2, bertentangan dengan Toy R Us. Asalnya aku tak perasan tau cafe tu, aku ingatkan macam ada jual barang baking. Pastu aku perasan macam ada kelas sedang berlangsung. Pastu aku pun saja je la masuk dalam and tanya. Aku ingatkan dia macam kena register bagai macam nak enroll kelas kat memana la kan tapi rupa2nya boleh walk in macam tu je. 



Aku tengok menu yang ada kat situ, umur budak seawal 2 tahun dah boleh join and setiap sesi baking kat situ RM65. Kira satu resepi RM65 la senang cite. Aku belek lagi menu kat situ, makanan apa yang tak perlu buat lama2 sampai 2 jam, or tak terlalu cepat siap (ada resepi 15 minit je) and makanan apa yang sedap untuk aku makan bila dah siap? Ya, semestinya biskut coklat HAHAHAH! 


Lepas bayar, baru aku tau yang parents pun kena involve time baking tu. Aku ingatkan ada cikgu yang akan ajar anak2, mak pak pulak tengok saja kat sebelah. Bukan. Diorang akan bagi resepi kat ipad, pastu ha pepandai lah ko anak beranak prepare bahan2 yang nak digunakan and buat sendiri ikut steps dalam resepi tu.


  Korang bayangkan la aku buat benda ni sambil gendong Lisa dalam Ergo LOL!


Alhamdulillah, Lisa tak meragam (seperti kebiasaan bila keluar dengan mak dia saja), so Hana dapat beraktivitas dengan aku dalam suasana aman damai. Tapi oleh sebab aku gendong Lisa, ada benda yang kena guna dua tangan dengan teliti, aku tak dapat buat so cikgu kat situ tolong.



Banyak kali jugak aku mintak maaf sebab susahkan diorang. Aku cakap aku tak tau yang parents kena involve and tu first time aku kat situ. Aku pomish pasni aku tak buat lagi camtu. Lenkali aku bawak Shakir sekali untuk jagakan Lisa wkwkwkw!

Sumpah dapur kat cafe tu best gila. Dari peralatan yang digunakan, sampailah cara diorang organize barang2 yang nak digunakan. Cafe tu dah bagi aku inspirasi camne nak organize pantry kat dapur. Macam butter, diorang dah potong siap2 dalam saiz 10g satu kiub and 20g satu kiub. Pastu diorang balut kiub tu dengan plastik filem. Pastu dah bahagi siap2 antara salted dengan unsalted. Telur plak diorang dah siap campur dalam botol, tinggal nak tuang je ikut berat telur macam dalam resepi. Kagum okay! Persekitaran pun bersih. Lantai bersih. Barang2 tersusun. Ada locker untuk simpan beg dan barang berharga. Siap ada stool untuk budak berdiri sambil buat kek/biskut. Bagus lah!








Resepi dia pulak bagi aku, mudah, walaupun aku ni takde la pandai baking pun. Sangat straightforward so walaupun takde cikgu untuk guide setiap masa, kita boleh buat sendiri. 


Bagi aku aktiviti kat cafe macam ni bagus lah as bonding time antara Hana dengan aku and bagi Hana belajar benda yang dia tak dapat kat rumah sebab aku memang tak kuasa nak mengemas lepas baking. Time nak baking tu memang seronok tapi lepas tu, malasnya hoi wkwkwkkw!

Bagi korang yang nak pegi, silalah pergi tapi cikgu2 kat situ cakap time weekend ramai orang tau so try lah pergi weekdays hehe. Aku rasa pengalaman hari ni sangat bermakna and aku akan pergi lagi ke situ nanti jika umur panjang (tapi kali ni Lisa ada orang jaga la wkwkwk).













No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!