Tips Untuk Surirumah Berbisnes Secara Online Part 1 - Minat

Tahun ni, genap 5 tahun website www.oomori.my beroperasi. Walaupun macam baru je menceburi bidang perniagaan online ni, tapi sebenarnya aku dah lama dah menjual online. Aku selalu bukak tutup website, macam-macam nama juga dah guna. Maklumlah, ambitious. Dulu pernah nak focus jual skin telefon je, pastu nak focus jual barang-barang comel (macamcomel.com), pastu nak jual barang-barang Jepun je (stufffromjepun.com) and bila dah balik Malaysia ni lah baru aku betul-betul pikir nak jual semua benda yang aku suka di bawah satu nama saja. Maka terlahirlah Oomori.my. Puas hati aku. Time aku tengah gedik nak focus barang baby je, aku jual barang baby je banyak-banyak. Time aku nak focus jual barang mekap dari US, hah aku focus jual barang mekap US je banyak-banyak. Tapi semuanya masih bawah satu nama, Oomori.my. Tapi korang jangan tiru aku pula. Nanti aku bagitau kenapa jangan tiru aku k. Kita focus 1-1 benda k.



Okay. Soalan yang selalu aku dengar orang tanya pada aku adalah, macam mana nak start bisnes. Tak susah pun. Kena minat. Tu je. Kalau kita minat kat orang, mesti kita usaha gigih nak cuba dekat and dapat orang tu kan? Ha camtu la jugak dengan berniaga. Kalau tak minat berniaga, banyak la alasan tak nak berniaga. Busy lah, takde bakat lah, malu lah, takde modal lah. Semua tu alasan je. Cakap je la ko tak minat ye dak?

Namun demikian wahai kawan-kawanku, macam orang jugak la kadang-kadang kita tak minat pun orang tu. Tapi once bila kita kenal hati budi, kita pun jatuh cinta kan! Haaaaa sama la jugak bisnes ni. Kadang-kadang memang kita tak minat, tapi kita cuba dulu. Lepas cuba, siapa tahu tiba-tiba kita jatuh cinta tido tak lena mandi tak basah?

Takut nak cuba? Apa nak takut? Bukan mati pun kalau suruh orang beli barang yang kita jual. Kalau jual dadah ye ar nanti mati di tali gantung ye dak? Cuba. Kalau langsung tak cuba, sampai bila pun tak tahu kita minat ke tak sebenarnya, kita ada bakat ke takde bakat sebenarnya.


Wah, dah macam blog MLM pulak siap ada quote2 ni LOL!

Cakap pasal minat ni, aku memang minat berniaga dari aku kecik lagi. Aku darjah 1 dulu aku dah menjual sticker, jual askar plastik yang beli kat pasar malam tu, buat gelang manik. Orang beli ok! HAHAHA! Pastu time kat Uni, aku buat handmade greeting cards and jual melalui blog and also join event kat Universiti. Event luar yang aku sempat join jual handmade cards adalah Rantai (first Rantai).

Dek minat jugak lah aku jual barang ni bermusim. Hence kenapa aku banyak gila website and tukar-tukar barang jualan -.- Time aku minat buat greeting cards, aku jual greeting cards. Time aku gila gentel clay, aku jual clay. Time gila membeli baju-baju baby kat Hana, aku pun gila jual baju baby. Bukan apa, aku rasa mudah bila jual benda yang aku minat ni sebab bila aku minat, aku akan ambik tahu mengenai bab tu dengan lebih mendalam. Bila aku ada banyak knowledge pasal benda tu, customers tanya apa pun aku reti nak jawab and secara tak langsung akan meyakinkan dorang untuk membeli dari aku. So aku rasa minat tu sangat penting lah.




Sekarang ni alhamdulillah, aku minat duit lebih dari segala benda so sebab tu la apa yang aku nampak boleh jual, aku jual. HAHAHA! 

Ok sekarang korang fikirlah apa yang korang minat nak jual. Kalau rasa takde minat apa-apa, cuba tanya diri sendiri, duit minat tak? Ha kalau minat dengan duit, kena la minat menjual jugak LOL! 

Ok sambung later cau cin cau. 







3 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!