Homemade Nugget untuk Hana Banana



Hana tak suka makan nasik. Hari-hari makan roti, roti, roti. Aku sampai dah jemu dah tengok roti. So di hari yang tenang ini (dah pos barang customers yihaaa!), aku berjaya buat nugget ayam laju-laju sementara Hana tengah nap tengah hari.

Bahan-bahan yang diperlukan cukup simple, pimple, nipple and dimple.



- Dada ayam
- Telur
- Bread crumbs (aku tak ingat apa dalam bahasa melayu)
- Tepung gandum

Cara-caranya ialah:



1) Kisar ayam dalam food processor.

Nanti ayam tu akan jadi rupa paras macam di bawah:



2) Gentel jadi bentuk bulat2. Tak lawa pun tak apa sebab aku yakin anak kita tak tahu hargai seni makanan lagi time ni.




3) Pukul telur dalam mangkuk berasingan dan celupkan ayam yang dah digentel tu dalam telur.
4) Celup ayam yang dah dicelup telur tu dalam tepung pulak.
5) Celup ayam yang dah dicelup tepung tu dalam telur sekali lagi.
6) Celup ayam yang dicelup tepung dan telur tu dalam bread crumbs.
7) Susun atas pinggan untuk goreng dalam kuali.

Nampak tak sequence dia?

Ayam -> telur -> tepung -> telur -> bread crumbs -> goreng





Simple, pimple. nipple and dimple kan?

By the way, kalau nak buat nugget bentuk gajah ke, lori ke, basikal ke, buat waktu step terakhir sebelum goreng. Kalau buat bentuk macam-macam sewaktu dalam step 2, takkan jadi. 


Itu saja resepi untuk kali ini. Makasih sudi baca.

LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon