Yang biadap disanjung, yang berbudi bahasa buat tak nampak

Ecewah title macam pantun 2 kerat tak berirama Karam Singh Walia. 

Aku dah 4-5 hari tak online sebab internet problem, sejurus aku online, aku tengok orang sibuk borak kat twitter dan FB pasal Kiki dan Uncle Sim. Last time waktu aku online, orang tengah sibuk pasal Felixia Yeap kot!
Apa lagi.... aku sebagai mak joyah, kena la amik tau! Tengok2, owh dah mintak maaf, owh Uncle Sim dah maafkan. Tapi tu la, sampai kesudah aku tak tengok pun video yang orang share2 tu sebab aku tak suka sengaja provoke emosi aku. Aku sukakan kedamaian sekarang ni. Kahkah

Tapi yang menjadi tanda tanya pada aku sekarang ni, kenapa lepas insiden memalukan tu, perempuan itu dijemput ke TV dan Radio? Kenapa bukan Uncle Sim? Bukankah sepatutnya yang disensasikan itu Uncle Sim sebab dia mempunyai KESABARAN dan KESOPANAN yang tinggi? Bukankah itu yang sepatutnya rakyat Malaysia contohi?

Kenapa media tak nak interview Uncle Sim macam mana dia boleh sabar walaupun disengat gengster Kiki berkali-kali? Mana la tau tips tu boleh orang lain pakai. Aku pun nak tau jugak sebab aku pun ada anger management ni, cuma tu lah, aku tak bodoh untuk buat di khalayak ramai. Tapi apakan daiyyaaaa, since Uncle Sim tak dibawa ke hadapan, aku dan rakyat Malaysia yang lain tak tahu apa rahsia kebatinan Uncle Sim itu.

Nampak sangat media sekarang ni sanjung perangai setan dengan alasan "Dia dah belajar dari pengalaman. Kita ni ambil buat sempadan". Apa yang dia dah belajar? Kalau org tau, jadi viral, dicemuh, baru malu? Baru tau salah dan mintak maaf? Kalau takde sesiapa yang rakam? Adakah dia akan CARI pakcik tu sampai ke hujung dunia untuk mintak maaf?


Kalau org tau buat jahat baru malu tu, bukan perkara biasa. Dah lama daaaaaah. Contohnya kalau tak puasa. Mana malu beb. Tapi bila kena cekup, diangkut masuk van jenazah, baru malu kot! So part mana yang luar biasanya dengan "bila dah kantoi baru tau malu" ni?

Pengajaran yang aku dapat dari kes Kiki ialah, kalau marah kita boleh buat APA SAJA sebab lepas kita mintak maaf, jadilah lah 0-0 dan kalau ingin famous, bila nak mengamuk tu silalah buat kat tempat ramai orang, paling strategik adalah di tengah jalan yang boleh menghalang orang lain yang nak lalu lalang sebab lagi ramai orang yang terhalang dari lalu lalang, lebih ramai penonton dan lebih ramai akan merakam aksi kita lalu lebih cepat tersebar.

Lagi satu yang bodoh juga di dalam kes ini ialah bila A bergaduh dengan B, A mintak maaf kat rakyat Malaysia. Sama bodoh macam kes pak guard kena maki (pun dengan perempuan gila) dulu ittew. Dah maki2 pak guard tu, mintak maaf kat rakyat Malaysia. Mulia sungguh perangai itu ye tuan2 dan puan2 sebab ahli Politik Malaysia pun susah kot nak dengar mintak maaf kat rakyat Malaysia!

Aku sudahi tulisan aku ini dengan ucapan selamat hari raya dan Maaf Zahir Batin kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA (takyah salam dengan suami dan mak ayah dah sebab dah mintak maaf dengan rakyat Malaysia).

Sekian, terima kasih.

LoveShak
LoveShak

Previous
Next Post »

8 comments

AMRI
AUTHOR
Thursday, July 17, 2014 at 3:45:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

Indeed... aku si tukang kipas... hahaha

avatar
Qider
AUTHOR
Friday, July 18, 2014 at 9:48:00 AM GMT+8 Reply Delete Delete

phehhh..deep sis,deep..kalau tak paham lagi, tak taulah..

avatar
deaf-angel
AUTHOR
Friday, July 18, 2014 at 2:23:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

Very funny very true.
Kiki kena gi anger management class...belajar bernafas hahaha

avatar
Nimbo King
AUTHOR
Friday, July 18, 2014 at 3:54:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

well said

www.nimboking.blogspot.com

avatar
ns.
AUTHOR
Monday, January 25, 2016 at 5:16:00 PM GMT+8 Reply Delete Delete

betul. nasib baik kiwi tu dah senyap.

avatar

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!
EmoticonEmoticon