Homeschool Day 8 - Food and Tastes

Hari ni nak ajar Hana topik makanan dan rasa makanan so semua aktiviti yang dia akan buat hari ni adalah berkisar makanan. Tapi actually aku belum ajar lagi dia mengenai five senses. Maybe next time aku cover. Aku still tengah cuba cari flow lagi hehe...

By the way, 4 tahun lepas, aku lahirkan seorang anak perempuan dan aku namakan dia sebagai Hana Sofia. Hari ni nama dia dah bertukar jadi Hamna wkwkwkwk






Warming up dulu dengan pen dan kertas bagi buat tracing.



Buku yang aku gunakan hari ni. Tema buku ni pun memang pasal makanan. Aku beli one set di Shopee. Search je "Buku Kumon". Seperti mana yang korang boleh tengok kat cover buku, buku tu untuk 2 tahun ke atas. Apa maksudnya kawan2? Ya, maksudnya, sila bagi anak anda main dengan gunting once dia dah umur 2 tahun supaya dia cepat cekap guna gunting later. Hana ni aku ralat jugak sebab umur 3 tahun baru first time dia pegang gunting. Sekarang ni umur 4 tahun masih terkial2 :(



Gunting pizza dan rearrange atas kertas lain, pastu lekatkan untuk dijadikan bentuk pizza.


Ada aiskrim jugak.

Banyak je yang Hana buat (sushi, kek, bun) tapi aku tak tangkap gambar.


Oleh kerana aku ada dua anak maka tidaklah aku mengabaikan yang seorang lagi. Sambil Hana sibuk buat kerja, Lisa jugak aku busykan dengan makanan dan kotak ni untuk dia main cucuk-cucuk straw.


Oleh sebab hari ni tema makanan, maka belajar sambil makan adalah dibenarkan.


Aktiviti seterusnya adalah aktiviti merasa apa itu pahit, masin, manis dan masam. Untuk pahit, aku letak serbuk kopi. Masin, aku letak garam. Manis, aku letak gula dan untuk masam, aku sediakan apple cider.


Ya itu dia. Aku tak sempat bagi Hana rasa lagi, Lisa dah rasmi dulu serbuk kopi! Budak umur 1 tahun 4 bulan dah diberi minum kopi. Bash mak dia yang tak guna itu! wkwkckck


Lepas sesi merasa bahan-bahan eksperimen tadi, Hana kena buat latihan lah. Worksheet aku ambil di:


Sambil Hana buat kerja, Lisa pulak sibuk nak tunjuk bakat dia so aku bagi dia chance la.


Lepas selesai soalan yang ringkas pasal rasa makanan tadi tu, aku suruh dia buat counting dan bulatkan jawapan yang betul. Worksheet ni aku ambil di:




Alhamdulillah, selesai satu hari lagi. Semoga post ini bermanfaat pada semua yerp. Cau cin cau!




No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!