Glamping with Hana Lisa

 Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan pada ibu2 bapa2 kakak2 dan abang2 sekalian. Bagaimanakah weekend anda bersama keluarga tercinta? Aku? Shakir ada team building kat Kuching 4 hari, sebelum tu dia pegi KL 2 hari so kami agak lemau di sini tak buat apa2 maka aku membuat keputusan untuk buat something yang memerlukan sedikit effort kali ni, iaitu Glamping, glamorous camping gittew.. wkwkwk


Cite dia, Hana dok sebut banyak kali dah nak camping sebab terpengaruh tengok Peppa Pig. Pastu dia pun fasa suka buat khemah dengan kusyen sekarang ni main dengan Lisa. Aku plak last week masa pegi Mr DIY ada nampak depa jual tent. Gatai mulut plak pi bagitau Hana yang nanti kami beli. Dah hari2 dia berzikir tanya aku bila nak beli khemah bila nak beli khemah bila nak beli khemah sampai nak berdarah telinga aku dengar. Maka pada hari Sabtu, 7 Disember 2019, kami bertiga pun bergeraklah ke Mr DIY.


Hasil tangkapan di Mr DIY. Tak banyak. Satu bakul ni je. Total semua dalam RM120.
Asalnya aku nak beli tent, tapi pikir punya pikir, panas plak pastu tak boleh tengok tv dari dalam khemah. So aku beli la "khemah lut sinar". Kelakar ada orang tanya aku mana aku beli khemah lutsinar ni HAHAHA. Ni bukan khemah lut sinar sayang oi ni nama dia kelambu HAHAHAHA!

Tara! Luas kan khemah lut sinar kami ni. Memang la luas, dah kelambu orang dewasa haha!
Aku beli benda ni untuk bagi macam ada efek2 hutan sikit la kat khemah kami

Lilit lilit macam awak lilit shawl awak
Mana yang Hana boleh tolong, aku bagi dia tolong lah.

Cable tie, memang sangat berguna dalam apa jua keadaan. Aku guna untuk ikat hiasan atas tent and ikat fairy light jugak.
Barang-barang yang diperlukan untuk membuat unggun api. Lampu (guna bateri AA), sticker corak kayu and teras  roll tisu
Aku balut lampu ni dengan plastik merah supaya kaler dia nanti warna merah baru la nampak macam api ye dak.
Ok ni hasil dia. Sekarang cuma perlu susun buat jadi unggun api sahaja.


Sambil-sambil aku hias khemah tu Hana tolong letak comforter, bantal and susun2 dalam khemah. Lisa plak bangun tido terus teruja nampak khemah tengah pasang lampu. Lepas siap pasang semua, aku bagi diorang dinner siap2 pastu mandikan dan pakai baju tido siap2 sebab time glamping nanti kitorang cuma akan makan ringan saja dan pastu tido.

Antara aktiviti kami pada malam itu adalah: 

1. "Bakar" sosej kat unggun api. 

Kawan aku bagi suggestion bakar marshmallow tapi mestilah aku tolak mentah2 sebab benda tu manis muahahha! So aku rebus siap2 sosej petang tu and cucuk2 kat lidi satay pastu boleh lah pura2 bakar kat unggun api.





Lisa takyah berlakon bakar sosej, dia terus ngap je.
2. Story Telling
Ni aku pakai projector bentuk torchlight. Aku beli di Shopee dulu. Korang boleh search kat Shopee ye sebijik macam dalam gambar kat bawah ni. Set dia ada banyak cerita. Semua fairy tales yang common la The Frozen takde k jangan nak mengada2.


Kelihatan aku sedang goreng cerita Little Red Riding Hood

3. Bagi torchlight.
Aku bagi torchlight sorang satu kat depa. Takyah pening nak pikir buat apa sebab otak budak2 ni memang akan pikir nak maaaaainnnnn ja. So depa sendiri akan reka games apa nak buat dengan menggunakan torchlight tu. Macam Hana Lisa ni, memula dorang main suluh2 cari objek. Aku sebut TV, dorang suluh TV. Aku sebut kipas silingg, dorang suluh kipas siling.

Pastu diorang main kejar2 lampu plak. Hana suruh Lisa lompat dalam cahaya atas lantai.  


4. Tengok dokumentari.
Ni sebenarnya adalah mukadimah nak ajak dorang tido wkwkwkw. Tadi dah penat dah main lompat2 bagai, so ni slow2 aku suruh diorang masuk dalam khemah and tengok dokumentari.


5. Tengok Peppa Pig.
Aku bagi Hana Lisa tengok episod Peppa Pig pegi camping sebab episod tu related dengan aktiviti camping kami. So bila diorang tengok episod tu, experience tu akan lebih terkesan la pada memori dorang. Tu je la.


Pukul 9.45 malam, kenyang sudah, dengar cerita sudah, main sudah, tengok dokumentari sudah, tengok kartun pilihan pun sudah, walaupun dorang nampak macam takde gaya pun nak tido tadi, akhirnya dorang tewas juga. Tamatlah sudah episod glamping pada malam itu. 


Syukur alhamdulillah.....

Last but not least, terima kasih pada Bongshak di atas kredit kad beliau yang aku guna untuk beli barang2 di Mr DIY dengan ucapan "Walaupun dikau tiada bersama kami, tapi kami hepi" BAHAHHAHAHA!


No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!