Homeschool - Membaca Dalam Bahasa Melayu

Hai, lama kita tak bertemu. Assalamualaikum.

Aku tak update sebab aku rasa bosan plak cerita benda yang sama. Takde apa-apa progress yang significant pun bagi aku untuk aku update....or maybe ada, pastu aku pikir nanti je aku tulis bila ada masa, pastu lama-lama rasa macam basi nak tulis, pastu lupa macam tu saja LOL!

Well, post ni adalah post yang penting okay! Sebab aku nak bagitau korang yang aku dah start ajar Hana membaca dalam Bahasa Melayu. Ya, sesungguhnya inginlah aku mengingatkan korang yang Bahasa Melayu Hana adalah pada paras yang amat tidak membanggakan. Kalau dia bangsa lain, aku rasa netizen dah suruh balik negara asal dah. Tapi oleh sebab dia orang Melayu, jadi orang cuma akan mencemuh dia sebab dia bajet bagus sebab speaking je. Kahkah!

Namun demikian, proses ini adalah sangat penting untuk aku dan juga korang sebab ianya akan membuktikan bahawa minah saleh celup juga mampu membaca dalam Bahasa Melayu jika dia diajar bagaimana untuk membacanya! Aku pun tak sabar nak tengok hasilnya nanti wohoo!