Baking with Hana di Good Times DIY & Lifestyle Cafe

Sejak dari dulu lagi kalau aku balik Semenanjung, aku mesti akan atur aktiviti yang aku boleh buat sebanyak yang mungkin untuk compensate masa aku kat Bintulu yang 90% adalah dok dalam rumah sahaja. Nak2 pulak bila ada anak2 ni, memang berderet lah aktiviti yang aku dah atur untuk diorang. 

Ada aktiviti yang aku dah atur siap2 sebelum bercuti lagi tapi ada jugak yang ad hoc. Contohnya macam hari ni, aku ke MyTown untuk ke Spotlight, pastu tetiba dah kat Good Times DIY & Lifestyle Cafe, bakar biskut dengan Hana. HAHAHA!