Review Autumnz - 2 in 1 Baby Food Processor (Steam & Blend)

Salam semua!

Hana sekarang dah umur 5 bulan. Aku start bagi solid food waktu umur dia 4 bulan (atas saranan Paediatrician) . Memandangkan sekarang dah nak masuk 6 bulan maka aku fikir maybe aku patut beli food processor agar aku dapat bagi makanan solid pada dia secara serius. Selama ni aku cuma bagi nestum beras Gerber tu. Tu pun ikut suka aku, time aku rajin.

Sebelum aku membuat keputusan untuk membeli food processor ini, aku dah try puree Heinz pada Hana untuk uji samada dia gemar makan puree atau tak. Kalau tak gemar, membazio je beli food processor. Memang ada baby yang tak suka makan puree tau. Ada yang nak makan nestum saja.

Aku pun buat la kajian brand apa yang patut aku ambil. Memandangkan Hana akan makan benda lembik2 ni sekejap cuma, aku fikir tak perlulah aku spend banyak sangat duit nak beli natang tu. Kaji punya kaji, aku terjumpa Autumnz - 2 in 1 Baby Food Processor (Steam & Blend) ni. Brand ni sangat familiar pada kaum mak-mak tapi Autumnz - 2 in 1 Baby Food Processor (Steam & Blend) ni baru lagi di pasaran. Aku google review, seketul habuk pun takde orang buat review lagi. Oleh itu, marilah aku membuat review natang ini..

 

Jemput lihat label bahagian food processor ni. Food bowlnya diperbuat dari plastik, bukan kaca.



Hensem tak? Padan la dengan harga dia okay...


Saiz dia bila di tangan aku. Tak besar, tak kecil. Just nice.


Dekat tapak dia ada kaki getah untuk grip permukaan kita letak food processor ni so takde lah senang terbalik dan tertumpah.

Ruang untuk masukkan air untuk steam makanan


Bilah pisau dia ada atas bawah tau.

Masa maksimum untuk steam makanan adalah 30 minit. Kalau nak blend, kena anti clockwise knob tu dari Off-Blend

Hasil akhir aku test carrot puree untuk Hana. Ni aku steam 10 minit je and pastu blend. Nak lagi halus, steam lagi lama.





Bunyi dia takde la annoying pun. Macam blender biasa kan?

So overall, aku rasa Autumnz - 2 in 1 Baby Food Processor (Steam & Blend) adalah antara benda berfaedah yang aku pernah beli sepanjang aku terlibat dalam arena ibu muda-nafsu serakah-semua benda nak beli-untuk anak pertama.

Harga murah, kualiti bagus, ada warranty setahun okay! Korang boleh beli online di:

www.oomori.my


Terima kasih!

p/s: Lantak kome lah kalau nak cilok gambar2 kat post ni. Aku takde kuasa nak buat watermark.






24 comments

  1. bestnya ada fsteam+blend sekaligus! rasanya lepas si hana tu dah besar, pun still boleh guna lagi buat cincang bawang ke halia ke. macam mini food processor lah. lol

    ReplyDelete
  2. mmg puas mencari review product ni...jumpa u saje yg buat..thanks ye...ok...nak beli jugak..tq very much...

    ReplyDelete
  3. saye sebagai bapa berterima kasih atas review anda ....saye pun blur nak beli mane satu yg avent & Beaba mahal wooo

    ReplyDelete
  4. terima kaseh atas review... byt u nie kelakar kan?

    ReplyDelete
  5. Selain buah n sayur. Ikan,ayam n daging boleh steam dalam steamer tu x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh. Kalau daging, better cincang2 bagi kecik skit baru steam

      Delete
  6. Selain buah n sayur. Ikan,ayam n daging boleh steam dalam steamer tu x?

    ReplyDelete
  7. tq so much for ur review dear...disebabkan ur review sy dpt anar customer mcm mn nak guna this thing. sb sy sendri x pnh study cara guna blender ni...tq!

    ReplyDelete
  8. Tq kak..sy br beli bby food processor autumz ni juga tp tak tau nak guna blender tu macam mana..lepas baca review ni,baru la tau..tenkiu sis..

    ReplyDelete
  9. Selamat mlm. Nak tnya kak, msa nak steam buah2an tu, alat pengisar nya tak pyh nak buka.trus saja kat situ? Situ bunyi beep teus blend?

    ReplyDelete
  10. Mula2 nk beli puree heinz tu. Tp sekali tgk xde halal la pulak. Tu yg x berani nak beli.

    Kalau di malaysia ni. Masih byk lg makanan yg halal. Baik kita pastikan label tu betul2 sebelum beli.

    ReplyDelete
  11. nk steam beras blend yang dah dsangai tu dpt tak?pernah try tak berjaya pulak..maybe sebab salah cara=(

    ReplyDelete
  12. Kalau steam beras utk buat bubur terus boleh ke? Rasa2 mcm nak beli jugak food processor autumnz ni..

    ReplyDelete
  13. Thanks for the good review. Mmg tgh cri food processor utk bby. Tp nk tnya kalau nk bt bubur nasi blh terus guna food processor ni ke?mcm beaba blh msk nasi n pasta. Yg model autumnz ni pn blh ke?

    ReplyDelete
  14. Saya pun nak tahu..ada yg boleh kongsi pengalaman

    ReplyDelete
  15. Boleh ke buat bubur nasi ke? letak air lebih dan beras? Atau pun letak beras yg disangai..ada yg pernah cuba? Tolong kongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  16. saya de beli tpi cam xley gne je..lampu pon xnyala . pening la pkai bnde nii

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!