Pasta Salmon Mudah


Aku buat untuk Hana waktu dia umur 8 bulan. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Salmon fillet, buang tulang dengan tweezers
- Keju
- Sedikit minyak zaitun
- Susu formula/susu badan (lebih kurang 5 sudu besar)
- Pasta
- Sayur
- leek atau bawang potong dadu



Cara-cara menyediakan masakan:

  1. Masukkan salmon fillet + 2 sudu susu dalam microwave. Masakkan lebih kurang 2 minit.
  2. Masak pasta.
  3. Steam sayur.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan olive oil dan masak leek atau bawang sampai layu. Masukkan susu yang selebihnya dan kemudian masukkan salmon, pasta dan sayur
  5. Grate apa wei dalam bahasa melayu? Aku terbayang kikir je ni. LOL! Grate keju dalam masakan.
  6. Kacau sampai korang rasa dah masak.
  7. Blend/lecek bagi lebih hancur untuk baby makan
Siap!



Shit My Husband Says #12

Aku macam biasa la, bila nak ke mana-mana je, aku jadi buntu, tak tahu nak bawak barang mekap yang mana. Semuanya tetiba rasa macam perlu bawak walaupun aku sendiri tahu last sekali aku cuma akan pakai yang ituuuu aje. Pastu otak pun mula la reka situasi yang menimbulkan persoalan "What if".

Tapi waktu kami sedang bersiap-siap kemas barang untuk bercuti semalam, aku tinggalkan beg mekap aku. Aku cuma bawak 5 benda penting sahaja.

"Ayang, tengok ni. I dah matang okay! I cuma bawak 5 barang mekap saja. Tak payah bawak beg mekap langsung! Amacam? Hebat kan I?"

"Ala Yang, macam lah I tak tahu taktik you..." *Sambil melipat baju masuk beg*

"Apa taktik I? Apa??"

"I have been married to you for 3 years lahhhhh. Nanti ada la alasan you untuk beli barang mekap lain "Ayang ni tak cukup... Ni perlu ni..."


Walaupun tuduhan itu fitnah, tapi boleh tahan berasas jugak.


Apa yang aku akan buat di masa lapang


Seriously, masih ada masa lapang ke?
Kalau diikutkan, 24 jam tu tak cukup untuk aku sebab aku kena handle rumahtangga, anak dan perniagaan. 

Bisnes: Aku ada lebih dari 100 orang ejen dropship, kena update stock inventory, order barang, pack barang, pos barang, ke kastam pungut barang, check barang di kedai, jawab whatsapp ejen dan customers, promote barang, promote website, update Twitter, FB dan Instagram Oomori, check email.

Rumahtangga: masak, kemas rumah sikit2, layan kehendak suami nak bermanja2, berborak, teman makan, teman tengok TV.

Anak: Sediakan makan minum, main bersama, basuh bontot lepas berak, tukar diapers, bawak berjalan2 kalau dia bosan, nyanyikan untuk tido, jadi tempat memanjat.

Masa lapang aku adalah apabila semua perkara di atas at least 80% aku dah buat. So, pada masa lapang aku akan:


  1. Mandi, memerut dan melawa. Ya... bila aku free baru aku buat semua ni, laju2
  2. Tweet benda2 mengarut kacau orang sana sini
  3. main game
  4. google baby's development pastu tak sabar nak tunggu Hana dapat skills baru
  5. google resepi untuk hana
  6. tengok Pin Interest pastu berangan buat itu ini
  7. tengok Netflix/ Netflix tengok aku
  8. dengar bacaan Al-Quran sambil drive kereta sebab tak sempat nak baca, lol
  9. update blog YIHAAA!
Selalunya masa lapang aku adalah ketika Hana tido sekejap. Aku dah buat tido dia sebagai satu rutin dari dia umur 2 bulan dan alhamdulillah, masih kekal rutin ni sampai dia dah umur 9 bulan ni. Pukul 9-10 pagi, 12/1 tengah hari - 3 petang, 6 petang-7/8 malam dan 11 malam sampai esok pagi.

Memula dulu macam agak kucar kacir la jugak sampai aku stress sebab banyak benda aku tak boleh buat tapi lepas shakir sound aku suruh Hana ikut jadual yang aku buat dan bukan aku ikut jadual Hana, baru lah semuanya berjalan lancar. Hebat betul nasihat Shakir tu mana dia tau ntah. Aku nak tuduh dia pernah kawin dan ada anak!



Pancake untuk Hana Banana



Gambar google sebab pancake aku buruk


Nama resepi ni ialah Pancake Hana Banana. Aku yang reka, aku punya suka lah letak nama apa pun kan? Haha


Bahan-bahan:
- Tepung serbaguna
- Cereal beras (lagi bagus kalau brown rice)
- Oat
- Butter tanpa garam/ olive oil
- Esen Vanilla
- Susu badan/ susu formula
- Telur
- Lagi bagus kalau letak pisang yang dilenyek2 macam nak buat cekodok tu


Masukkan semua benda ke dalam mangkuk dan gaulkan. Sukatan? Dah jadi mak dan bapak orang ni rasanya tak perlu bagi sukatan pun dah pandai nak agak sendiri kannnn


Sebatian akan jadi macam rupa nak buat cekodok ni ha. Pastu panaskan kuali, letak minyak sikit (aku tak letak sebab guna non stick pan). Pastu cedok dengan senduk dan masak sampai lempeng tu masak lah.


Itadakimasu!







Banana Muffin untuk Hana Banana



Basically, aku cuma ikut resepi yang aku pernah buat sebelum ni di sini:
 MARI MEMBUAT MUFFIN

Cuma memandangkan aku nak buat untuk Hana Banana, oleh itu sudah pasti ada bahan-bahan yang tidak perlu disertakan bersama iaitu:

Gula. NO SUGAR OKAY! Cukuplah gula dalam pisang tu.

Aku jugak menukar butter kepada butter jenis tidak bergaram

Lepas tu aku ada tambah susu formula 4-5 scoops 



Hana  sabar menanti aku di dapur. Tak lama pun semua ni, tak sampai 20 minit. So boleh lah dia bersabar HAHAHA!


Once masuk dalam oven, boleh rileks main2 dengan Hana sambil tunggu muffin dia masak

SELAMAT MENCUBA!


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-Tiga!

22 Disember 2015 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami untuk tahun ketiga!

Tak sambut sangat pun sebab dah bertiga... sibuk! penat! kalut! haha!

Pagi2 lagi Shakir seperti biasa, bangun awal untuk buat sarapan. Cuma hari ni special, so dia bawak naik ke bilik la.. makan lah kami bersama2 sambil cakap perlahan2 sebab tak nak Hana terbangun. 


Hadiah? Aku belikan Shakir Top Gear merchandise dan 2 helai tshirt.


Shakir plak belikan aku ...



O yeah.... come to Mummy!

Nintendo 3DS XL yang Shakir beli untuk birthday aku 2013 dah dicuri orang.. Kebetulan cartridge game ni ada dalam console tu so babai lah jugak. Memandangkan aku nak beli N3DS XL, dia belikan aku game ni lah sebab either way, aku akan beli jugak sebab aku rindu gila nak main game ni!

Tu je rumusan untuk hari itu. LOL!

Impian aku nak dinner kat hotel makan wagyu tak kesampaian sebab malam tu aku tido awal kepenatan jaga Hana di siang hari haha!


Dengan kedatangan insan ketiga, memang rasa malas dah nak buat benda2 lain. Rasa tak perlu, tak penting. Tapi syukur lah selain dari tu, takde apa yang berubah. Kasih sayang masih utuh mekar di taman hati macam mula2 kawin dulu. Syukurlah benda2 yang romantik dan sweet itu tidaklah cuma lakonan semata2. 

Semoga tahun depan akan lebih membawa makna dan sejuta pengertian. Amin...





Shit My Husband Says #11

Hari tu aku sibuk nak keluar rumah sebab nak ke pejabat pos untuk pos barang2 customers. Kelam kabut aku cari kunci rumah tak jumpe so aku pun of course la tanya shakir yang merangkap housemate aku. Mana la tahu dia ada nampak di mana2.

Dekat 20 minit lepas aku LINE dia, dia pun reply...



n,bdfgjkfhBSjklijZdnjk

Daging Kisar dan Sayur

Dah bosan bagi Hana makan benda yang sama, so aku buat resepi baru untuk Hana.



Nama resepi ini ialah Daging Kisar dan Sayur. Haha




Bahan-bahan
- Sedikit minyak zaitun untuk tumis
- Daging kisar (beli yang premium, so lemak kurang)
- Lobak
- Kentang
- Stok ayam
- Bawang besar



Cara memasak
1. Potong dadu lobak, kentang dan bawang. Dadu yang sangat halus
2. Panaskan minyak, masukkan bawang dan goreng sampai layu.
3. Masukkan daging kisar dan stok ayam.
4. Masukkan kentang dan lobak. Kacau
5. Biarkan atas api lebih kurang 20 minit sampai kentang dan daging dah lembut.


Hana dah sedia nak makan. Om nom nom

So Many Things to do, So Little Time


Salam semua!

Lagi beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru, tahun 2016. Tahun 2015 ni merupakan tahun yang paling aku sibuk. Basically sibuk sebab ada Hana dan sibuk sebab Oomori.my makin maju dengan ejen dropship yang sudah melebihi 100 orang. Barang jualan jugak aku dah letak di 2 kedai. 1 di Quill City Mall, KL. 1 lagi di Times Square Bintulu. Alhamdulillah, so far so good.


Kerja rumah Alhamdulillah, banyak Shakir yang tolong buat. Basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, simpan baju. Kemas rumah, mandikan dan bagi pakai Hana... Tapi sejak dua menjak ni dia pun sibuk takde masa nak buat semua ni so dah start panggil orang datang kemas rumah every 2 weeks. Aku dah nak pengsan letih jaga Hana and malam selalunya aku tido awal sebab dah hilang tenaga. Baru anak sorang dah macam ni, kalau anak ramai? Walaoweh! Aku memang bukan superwoman langsung macam mak aku.
Tahun 2016, banyak benda aku nak capai so kena allocate masa dan wang ringgit untuk achieve them. Antara benda yang aku berangan adalah:

  • Host birthday party Hana. Nak serve healthy food for the kids yang datang. No stupid jajan.
  • Jalan2 di luar negara. Belum tahu nak pegi mana tapi yang pasti negara 4 musim
  • Simpan at least RM1000 sebulan
  • Generate more income
  • Print out semua activities pendidikan Hana di rumah
  • Update entry resepi makanan untuk baby di blog ni





Okay nanti aku update lagi list ni.