Homeschool Day 2 - Hafazan, Jawi "Alif"


Hari ni aku nak focus hafazan surah dengan Bahasa Arab. Hana takde masalah dengan huruf Alif sampai Ya tapi dia ada masalah nak menulis so hari ni aku mulakan dengan huruf Alif. 



Kelas bermula dengan hafazan. Mula2 sekali of course la kena recall semua surah yang dia dah hafal:

  1. Al- Fatihah
  2. Al- Naas
  3. Al- Falaq
  4. Al- Ikhlas
  5. Al - Masad
  6. Al- Nasr
  7. Al- Kafirun
  8. Al- Kawthar
  9. Al- Asr

Aku mula bagi Hana menghafal pada umur 2 tahun 7 bulan dan surah pertama dia hafal adalah surah Al-Ikhlas. Lepas tu macam aku cakap la, time aku rajin je baru aku ajar. So dah umur 4 tahun pun baru 9 surah dia hafal hahahhaha! #maktakguna


Homeschool Day 1 - The Beginning

Selama Hana hidup ni, memang aku dah selalu ajar dia di rumah cuma masalahnya aku tak ikut jadual yang tetap. Aku buat bila aku free yang mana selalunya mesti la aku busy main game, online, buat kerja rumah dan tengok tv wkwkwkwk. Tapi kali ni aku nekad la. Aku risau sebab dia dah 4 tahun. Tak lama dah nak masuk sekolah. Aku kena prepare dia siap2 untuk hari mendatang LOL.

Aku bangun tido awal hari ni. Kebetulan. Pukul 4.30 pagi bangun, main game sampai pukul 6, semayang subuh, pastu tengok pokok. Pukul 8 shakir sediakan breakfast. Semua sarapan bersama-sama. Pukul 8.45 lepas Shakir pegi keje, semua mandi dan dimandikan. Pukul 9.30 dah start sesi pagi. Hana Lisa aku panggil duduk depan. Pastu aku bacakan buku. Sambil baca buku, aku akan tanya soalan2 and dorang akan bagi respond la berdasarkan soalan aku. Contohnya bila aku cakap jangan main benda tajam, aku tanyalah apa contoh benda tajam. Hana jawab brooch hahaha. Lisa tak peduli, dia cuma sibuk nak tekan buku yang keluar bunyi wkwkwk. Tapi overall bagus la dua2 orang terkawal dengar kata hahaha!

Lepas sesi baca buku, Lisa time ni aku bagi dia main bunny and rumah miniature. Aku bagi Hana buat aktiviti dengan sticker and mewarna.

My Latest New Hobby

Bagi korang yang dah kenal aku lama, mesti tau kan aku ni ada banyak hobi. Pastu bertukar-tukar pulak tu 😂 So my latest hobi sejak dah pindah rumah baru ni (dulu dok rumah dua tingkat, sekarang dok rumah flat berbalkoni) adalah membela kaktus dan succulent. 

Aku rasa aku memang layak bela kaktus dan succulent sebab space di rumah sekarang tak banyak, pastu aku jugak selalu travel so kalau tak siram lama pun pokok akan still hidup aman damai. Aku jugak rasa bela succulent dengan kaktus ni, tak makan banyak space and pot diorang kecik-kecik dan comel-comel hehe.