Homemade Pizza!

Serioushit, senang gile kalau ikut resepi ni. Newbie yang tak pernah buat pizza pun boleh ikut resepi ni dan hasilnya adalah sangat superb!

Apa yang bestnye dengan resepi ni?
- Tak perlu tunggu doh kembang
- Prepare 10 minit, bakar 20 minit, total 30 minit je dah siap boleh makan!


Ni adalah resepi untuk 2 orang makan, kalau nak buat besar sikit, doublekan sukatan untuk semua benda di bawah ni:

  • 2 g active dry yeast
  • 1 g white sugar
  • 60 ml warm water (110 degrees F/45 degrees C)
  • 85 g bread flour (pizza flour lagi bagus tapi tepung serbaguna pun boleh)
  • 8 ml olive oil
  • 2 g salt

  1. Panaskan oven 230c (aku buat 30 minit sebab sambil2 tunggu dia memanaskan diri dia, aku buat doh) 
  2. Dalam mangkuk saiz medium, larutkan yeast dan gula dalam air suam yang 60ml tu. Biarkan lebih kurang 10 minit. Air tu akan jadi macam baerkelodak.  
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung, garam dan olive oil. Gaul2 pastu tinggalkan selama 5 minit. 
  4. Pastu campurkan air yeast tadi dalam tepung. Uli sampai jadi doh. Kalau rasa cam melekat sangat kat tangan tu, sprinkle2 lah tepung sikit. Pindahkan doh tu dalam kuali pizza yang dah di gris dengan minyak or yang dah ditabur tepung jagung sikit. Spread toppings ikut suka citarasa sendiri dan bakar selama 15-20 minit / sampai crust jadi warna kecoklatan. 
  5. Biarkan pizza tu sejuk sikit selama 5 minit sebelum dimakan. 



Aku tak guna pizza pan. By the way, itu adalah pizza yang aku saja cuba try test sebab aku tak pernah buat pizza. Memandangkan ianya menjadi, pasni kalau nak buat, aku nak letak capsicum or olive or bebola daging or apa2 lagi la bagi meriah! 

Selamat mencuba!

Updated 2015!

Hasil selepas menggunakan oven yang senonoh, dan bukan lagi oven toaster!