Homemade Pizza!

Serioushit, senang gile kalau ikut resepi ni. Newbie yang tak pernah buat pizza pun boleh ikut resepi ni dan hasilnya adalah sangat superb!

Apa yang bestnye dengan resepi ni?
- Tak perlu tunggu doh kembang
- Prepare 10 minit, bakar 20 minit, total 30 minit je dah siap boleh makan!


Ni adalah resepi untuk 2 orang makan, kalau nak buat besar sikit, doublekan sukatan untuk semua benda di bawah ni:

  • 2 g active dry yeast
  • 1 g white sugar
  • 60 ml warm water (110 degrees F/45 degrees C)
  • 85 g bread flour (pizza flour lagi bagus tapi tepung serbaguna pun boleh)
  • 8 ml olive oil
  • 2 g salt

  1. Panaskan oven 230c (aku buat 30 minit sebab sambil2 tunggu dia memanaskan diri dia, aku buat doh) 
  2. Dalam mangkuk saiz medium, larutkan yeast dan gula dalam air suam yang 60ml tu. Biarkan lebih kurang 10 minit. Air tu akan jadi macam baerkelodak.  
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung, garam dan olive oil. Gaul2 pastu tinggalkan selama 5 minit. 
  4. Pastu campurkan air yeast tadi dalam tepung. Uli sampai jadi doh. Kalau rasa cam melekat sangat kat tangan tu, sprinkle2 lah tepung sikit. Pindahkan doh tu dalam kuali pizza yang dah di gris dengan minyak or yang dah ditabur tepung jagung sikit. Spread toppings ikut suka citarasa sendiri dan bakar selama 15-20 minit / sampai crust jadi warna kecoklatan. 
  5. Biarkan pizza tu sejuk sikit selama 5 minit sebelum dimakan. 



Aku tak guna pizza pan. By the way, itu adalah pizza yang aku saja cuba try test sebab aku tak pernah buat pizza. Memandangkan ianya menjadi, pasni kalau nak buat, aku nak letak capsicum or olive or bebola daging or apa2 lagi la bagi meriah! 

Selamat mencuba!

Updated 2015!

Hasil selepas menggunakan oven yang senonoh, dan bukan lagi oven toaster!







Romantik Cara Orang Miskin

Romantik...

Geli tak mendengarnya? Kahkahkah.. Laki yang bajet2 rock kental ni seboleh2 la taknak ngaku dia romantik dengan awek dia sebab nanti orang cakap "ada bunga dalam taman", "jiwang", "leleh" and lain2...Padahal kalau takde bunga dalam taman, takde la ko berawek kan? No woman no cry ma... So kalau korang ada awek atau bini, takyah la nak buat2 kental.. naluri untuk bercinta tu adalah NORMAL okek.. takyah la bajet diri tu cool bila takde bunga dalam taman sebab itu menunjukkan yang korang tu ada masalah jiwa.

Pompuan lak kalau tanya dia 20 ciri-ciri laki idaman, mesti ada nye tersentil perkataan "romantik" sebab naluri pompuan ni memang nak disayangi, nak dimanja dan dipelai2...

Bagi aku, suami aku romantik sebab dia mampu buat hati aku cair dengan perbuatan and kata-katanye...So bagi aku, romantik tu adalah sejenis perlakuan yang MENCAIRKAN HATI. So bila bercakap tentang perbuatan yang mampu mencairkan hati, lain orang, lain lah cara hati dia leh cair kan? Apa-apa pun, bottom line nye adalah CAIR atau dalam bahasa inggeris kapiaq laknat nye adalah FLATTER.

Dear lelaki yang tak tau nak hargai awek/bini sendiri...
Bila bercakap pasal romantik ni, aku serius xpaham nape orang selalu kaitkan ROMANTIK dengan DUIT. Kalau ada duit, baru leh romantik. WTF? Dah kalau ada duit je baru leh romantik, time takde duit korang nak layan awek/bini korang cam sampah? Dah la miskin, perangai buruk lak tu..kan? Go die please...

Kalau gitu lah cara konsep ni diapply, takyah ada hubungan dengan orang miskin lah kan? Sebab orang miskin ni takde duit. Bila takde duit, takleh nak romantik2. Kan??

Itu la jadinye banyak sangat tengok movie cinta orang2 kaya ni..Asal romantik je nak kena mkn kat restoran berputar..Asal romantik je nak kena bagi bunga sejambak... Asal romantik je nak kena bagi hadiah teddy bear... Asal romantik je nak kena bagi hadiah coklat ngan barang kemas.LOLOL!

Dear lelaki yang tak tau nak hargai awek/bini sendiri...
Cara nak bagi hati cair tu xsemestinya dengan duit je...Romantik tak semestinya digabungkan dengan wang ringgit.. romantik cara org miskin xde duit pun boleh gak. Cuba bukak minda tu skit. Tak susah pun nak please pompuan.. unless awek/bini korang tu memang bimbo gile la. Kalau dapat awek/bini camtu baik gi buang dia dalam gaung je.

Ni aku senaraikan benda-benda yang korang leh wat untuk menjadi romantik dengan kadar seminima yang boleh.
   1) Tulis puisi. Tak tau tulis puisi? Cilok la mana2 kat google. Benda tu pun aku nak kena ajar ke?

   2) Cook a romantic dinner. Percayalah, kalau BF aku masak ikan bilis makan dengan nasi and kicap pun aku takde hal.

   3) Give a full-body massage.Ni kalau untuk bini korang la. Nak buat kat awek korang pun xde hal.. tapi risiko lain tu tanggung sendiri lah ye.

   4) Picnic. Berkelah je la kat mana2 bodoh2 pun.. taman bunga banyak kat mana2. Makan benda bodoh pun takde hal. Asal nampak cam berkelah dah lah.

   5) Pick wildflowers on the way home. Bunga yang majlis perbandaran tanam pun leh tahan banyak jenisnye.. petik la satu wat bagi awek/bini korang.

   6) Burn a CD with love songs. Rokok leh beli, takkan satu CD kosong pun tak mampu beli ye dak?

   7) Tengok hujan. Takyah wat pe2.. lepak je tengok hujan sambil pegang tangan and borak2.. auw.. so romantic..

   8) Leave little love notes everywhere. Modal kertas surat kabar bungkus nasi lemak pun takde hal. Nak lagi best, tulis la nota tu kat mana2 page buku yang dia dok baca ke...

   9) Send a love email every day. Mengadap FB leh berjam2... twitter berjam2.. takkan nak hantar satu email cinta yang diplagiat dari google pun takleh? Bukan ko nak kena gi post office pun!

   10) Take a moonlit walk on the beach. Hoyeah... romantisnya...

   11) Take a bath together (use bubbles!).

   12) Bring home good coffee or a decadent sweet. Oh yeah..i'm a coffee lover and pastinya akan menghargai tindakan ini.

   13) Take a walk down memory lane — visit some of the special places from your early days of dating. Gi mengimbau kenangan antara kau dan aku. Oh~~

   14) Make a scrapbook with photos, mementos, and little notes from you lives together/know each other. Seriushit, benda ni perlu kan determination and persistance.

   15)Kiss in the rain. Nyumnyumnyumnyum.

   16) Bring home great take-out, and light some candles.

   17) Fix something or fix up the house just to make your partner happy.

   18) Slow dance to romantic music.

   19) Take a nap together.

   20) Make a list of everything you love about him or her. Sehari tulis satu..lama2 jadi beribu..oyeahh...

   21) Write a love letter. Zaman sekarang dah jarang orang dapat surat kan? Kalau dapat 1, mesti berbunga2 riang.

   22) Clip or email things that make you think of him or her, every day.

   23) Take some quiet time and talk about your day. Hati ke hati...

   24) Write little notes, one for each way she drives you crazy.

   25) Create a little box with a bunch of your partner’s favorite things inside.

   26) Give a little token to your partner to wear, and say it’s to remind him or her all day that you love them.

   27) Sing a favorite song to him or her. Only do this if you can sing fairly well. Kalau suara oktaf 7 macam ehem2, takyah wat. Aku rasa nak terajang kuar tingkap ada la.

   28) Have dinner on the roof or outside of the house...open space.. biar nampak bintang gitu :">

   29) Hold hands, and walk somewhere with lots of pretty lights... shah alam ada i-city.. alor setar ada i-citaq.

   30) Say I love you. In a different way, every day.
  

You see, kebanyakan benda ni takde la menuntut uang ringgit yang banyak.. malah ada yang takyah kuar modal duit pun.. yang korang perlukan sebenarnya adalah MASA and EFFORT.

Percayalah, awek/bini korang mesti akan cair punya lah.. kalau tak cair gak, bagitau aku... aku hantar bounty hunter. Adios amigos berambus.

Mari membuat Muffin!

Aku masih lagi gila membakar...

Percubaan pertama aku membuat muffin, adalah gagal segagal-gagalnya. Lihat gambar di bawah...



Naik sekejap pastu jatuh balik. Tak ghupe muffin. Jadi seketul mampat macam kek tak jadi.

Semalam, selepas mendapat petua dari followers aku kat Twitter yang bijaksana belaka, aku BERJAYA buat muffin. Percubaan kedua yang berjaya, siapa tak hepi beb!





Beza bebeno gambar first dengan second. LOL! Seriushit, rasa dia macam muffin yang aku selalu makan kat Mrs.Elizabeth Muffin!! 

Sebelum aku bagitau tips yang membuatkan muffin aku berjaya, aku kongsi resepi dulu k.


Banana Crumb Muffins
Original recipe makes 10 muffins.
 1 1/2 cups all-purpose flour <-- tak perlu ayak
 1 teaspoon baking soda 
<-- tak perlu ayak
 1 teaspoon baking powder 
<-- tak perlu ayak
 1/2 teaspoon salt 
<-- tak perlu ayak
 3 bananas, mashed <-- aku lenyek siap2 dlm bekas lain berserta gula
 3/4 cup white sugar <-- aku kurgkan kuantiti and aku blend bg halus sblm lecek bersama2 pisang
 1 egg, lightly beaten <-- aku pecahkan dlm mug and pukul pakai garfu skit
 1/3 cup butter, melted <-- potong butter tu siap2 pastu lebur dlm microwave
 1/3 cup packed brown sugar
 2 tablespoons all-purpose flour
 1/8 teaspoon ground cinnamon <-- aku tak letak
 1 tablespoon butter

Directions
Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
 
In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt. 
In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter. 
Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened. Spoon batter into prepared muffin cups. 
In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal. Sprinkle topping over muffins. 
Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.
Boleh tengok cawan ke gram conversions kat sini: http://allrecipes.com/howto/cup-to-gram-conversions/

Petua time buat muffin:

Jangan campur bahan basah dengan bahan kering. 
Kalau tengok resepi kat atas, aku sepatutnya pakai 3 mangkuk. Mangkuk pertama untuk satukan tepung, baking soda, baking powder dan garam. Mangkuk kedua aku guna untuk satukan butter, telur, gula dan pisang. Mangkuk ketiga untuk aku buat topping yang kemudian akan direnjis atas muffin dalam cup sebelum dibakar.

Jangan terlebih pukul.
Memang takde pukul pun. Lebih kepada gaul bagi semuanya menjadi satu (Aku pakai spatula silikon je). Tak boleh kacau sebatian terlalu kerap macam nak buat kek untuk mengelakkan gluten dari dalam tepung semakin terbentuk. Aku gaul lebih kurang 15 kali je bagi bahan kering dan bahan basah tu bersatu. Ada lumps kecik2 yang macam tepung tak larut tu, takpe. Biarkan. (Hasil sebatian sebelum muffin tu masuk oven nanti macam cekodok pisang punya sebatian).

Gaulkan kismis atau apa2 penyedap bersama tepung.
Masa tepung belum disatukan dengan bahan2 basah, masukkan kismis ke, kacang ke, coklat chip ke or apa2 lah (mengikut resepi yang korang buat). Gaul dengan tepung tu sebelum adunkan dengan bahan basah. Why? Untuk mengelakkan kismis korang tu tenggelam ke dasar muffin.

Basically, itu je petua yang aku dapat semalam and dengan petua2 tu, muffin aku dah jadi. hehehe. Senang kan? Try lah :D


Gadget baru

Almost tiap2 bulan aku beli gadget baru. Dah macam Rosmah plak rasanya. Kadang tu, sebulan beli 2-3 gadget. Syukurlah walaupun aku tak join MLM kencing orang, aku masih ada duit untuk beli itu ini hasil perniagaan HALAL menjual barang di www.stufffromjepun.com.

Kali ni, aku beli toaster oven. Mula-mula Shakir-san memang tak setuju dengan proposal aku untuk beli toaster oven. Dia suruh aku pikir panjang2 dulu. Tak buat keputusan terburu2. Logik la dia pikir camtu sebab asal aku terdetik nak beli apa2 je, minggu depannya aku beli lah. Contoh macam mesin jahit. Aku beli online tak kabo ke dia pun... tau2 je dah sampai opis dia. Wkwkwk

Oleh kerana tempoh hari aku telah diganggu oleh seorang lelaki Jepun yang aku tak pasti apa fetish beliau, Shakir-san sms aku "Belilah toaster oven yang you cakap nak beli tu".... Hari tu jugak, terus aku gi Sekichu, beli! :D





Aku cuba cari oven yang sebenar... ala.. macam oven kat Malaysia tu. Jenis simple ada suhu je. Tapi takde. Aku tak nak beli microwave oven sebab harganya yang mahal lagipun kat rumah memang dah ada microwave.

Selepas buat research, aku mendapati bahawa di Jepun, memang oven adalah sangat rare untuk dijumpai. Why? Orang kat sini tak banyak baking macam omputih. Mereka jugak tak sambut hari Thanksgiving dan tak perlu nak bakar ayam belanda besar macam Mr Bean bakar. Malah, mereka selalunya takde masa nak memasak pun kat rumah. Sebab tu lah kat luar bersepah2 kedai kek and kedai2 pencuci mulut yang lain. Bila nak makan, lepak je cake house.

Lagi satu, rumah orang Jepun selalunya kecik. So dapur pun of  course lah sangat kecik. Untuk menjimatkan ruang, toaster dan oven disatukan kepada 1 iaitu oven toaster. Kompak tapi ada banyak fungsi.

Berdasarkan pada namanya sebagai 'toaster oven',  jelas yang dia ada 2 fungsi utama iaitu sebagai toaster roti dan jugak oven. Toaster oven yang bagus ada kipas kat dalam untuk circulate udara panas. Aku punya takde, tapi takpe sebab aku beli yang ada 4 heating rods. 2 atas, 2 bawah. So insyaallah pembakaran akan sempurna.

Dah beli, tergedik2 lah aku buat kek... Tapi sayangnya, kek aku dah ghupe kek yang terlibat dalam kebakaran hutan.




Tu dalam aku pakai tepung segera yang cuma perlu tambah telur and susu tu dah ghupe camtu. Shakir-san makan je tak komplen. Aku simpati dengan nasib beliau. Lepas tangkap gambar kek tu, aku buang dalam tong sampah.

Mungkin aku takde nasib yang baik dalam membakar kek (walaupun kalau ikut pada perkataan 'membakar kek', aku memang dah berjaya buat kek bakar secara literally k)... so aku pun beralih kepada muffin.

Muffin yang aku try ni basic punya resepi aku amik kat website kanak-kanak.




Pun gagal... kek aku tak naik, muffin pun sama! Dalam dok amik kat website kanak-kanak yang basic pun, tak jadi. Hina betei aku ni. Pas tangkap gambar muffin ni, pas Shakir-san dipaksa makan sesuap, aku buang dalam tong sampah.

Last... aku cuba buat biskut. Sambil dok adun bahan2 dia, aku dok berleter cakap kat Shakir-san, kalau buat biskut tak jadi jugak, aku nak jual toaster oven tu! Aku dah terlalu sedih! Shakir-san cuma gelak dengar aku cakap camtu. 

Aku amik resepi kat blog ni..  http://mylovelyfamily-ana.blogspot.jp/2012/03/resepi-biskut-famous-amos.html

Tapi aku tak letak chocolate chips sebab aku malas pi kedai. Aku blend je kacang almond untuk gantikan chocolate chips. Aku jugak letak tepung and tepung jagung lebih banyak dari sukatan yang dia bagi sebab aku tengok sebatian aku tu sangatlah lembik dan tak ghupe macam yang dia letak atas tray pun.




Bawah ni plak time biskut sedang terbakar. Oh ye, aku degil, tak panaskan toaster oven dulu pun seperti yang disarankan sebab.... takde sebab. Maybe aku noob tak tau apa yang pentingnya dengan memanaskan toaster oven terlebih dahulu.



Selepas 15 minit membakar dengan suhu 160c, siap! Dan yang paling best adalah, menjadi! MIAHAHAHAH! Rangup, manis, berlemak, macam famous amos punya biskut. Makasih lah pada penulis resepi itu.



Terus aku pesan kat Shakir-san suruh bawak gi opis KESEMUANYA sekali sebab aku cuma nak bakar biskut je, bukan nak makan. Aku tak nak gemuk okek!

Walaupun jodoh aku bukan dengan kek, tapi aku takkan putus asa dari terus cuba membakar kek sampai berjaya! Biarlah sudah berkilo2 tepung yang sudah terbuang, aku akan terus berusaha. Sebab..


Pada zaman dahulu, sewaktu Intan ingin memujuk suaminya supaya approve ideanya untuk beli toaster oven, dia berjanji akan buatkan kek pisang untuk suaminya. Kini, Intan kena tunaikan janji palsunya itu pada suaminya.. kita tunggu dan lihat hasilnya nanti. Semoga Tuhan membantu hambaNya yang di dalam kesulitan untuk membakar kek demi suaminya yang tercinta.

Sekian, terima kasih.

Membeli belah barang2 'eksotik' di Jepun

Mujurlah aku stay di Yokohama. Tak susah nak cari makanan halal. Dekat area apartment aku je ada 2 kedai eksotik ni. Satu kedai orang Filipina, satu lagi Bangladesh. Tapi yang aku nak tulis ni, special sikit sebab kedainye berada di tempat yang lebih gempak iaitu Yokohama Porta. 

Seperti mana rakan-rakan Twitter ku tahu, semalam aku kena 'tahan' dengan sorang lelaki Jepun yang ada masalah mental seboleh-boleh nak ajak aku makan sama dan minum teh dengan dia di bawah hujan renyai2  selama sejam walaupun aku cakap aku dah kawin dan aku nak cepat naik train. Selepas aku berjaya melepaskan diri, aku terus ke Yokohama Porta untuk menenangkan diri. Ye, aku ni pesen orang kaya. Kalau stress, kena membeli belah.

Kedai ni special sikit sebab ianya mempunyai lebih banyak pilihan dan tidak tertumpu kepada makanan Asia sahaja. Italy, Australia, US, Canada, semua ada.


Pocket Mart Yokohama
Jika diperhatikan pada gambar di atas, boleh kita tengok betapa orang Jepun pakai sopan walaupun TAK BERTUDUNG. Kalau kat Malaysia, semua dah jadi 1 Malaysia, tak kira agama bangsa apa dah...suma ghope sama saja.

Di bawah ni adalah pandangan dari depan kedai...



Kedai dia takde la besar mana pun tapi yang bestnye ada banyak barang makanan dan masakan yang sangat menarik dan tak berhabuk macam kat kedai Filipina dengan Bangladesh tu.


Macam2 flavour syrup ada... hamagad. 

Aku nak beli vanilla syrup...Tapi... aku salah beli! Time aku bukak plastik sebab nak tunjuk kat Shakir sambil riak nak cakap "I beli vanilla syrup!!" time tu jugak lah aku nampak aku terbeli caramel syrup rupa-rupanya T_T

Antara makanan Asia Tenggara yang ada di sini adalah:


Mee Sedappppp~~ semua suka... jelas terasa sedapnya~~Mee Sedap jelas terasa sedapnya!


Kaya
Yang ni pun aku beli sebab aku pun nak jugak rasa nasi goreng Indonesia! Siap ada tanda halal Majelis Ulama Indonesia lagiew.
Aku beli Tortillas jugak feeling2 orang Sepanyol.
Dengan Tortillas yang aku beli semalam, keinginan aku nak makan KFC Twister kesampaian juga akhirnya bila sarapan pagi hari ni aku buat Chicken Burrito.  Lemau la hari2 nak makan makanan Jepun dengan Malaysia je kan? Mihmih


Chicken Burrito. Ni bukan mencarut. K bai!
Aku cukup menyampah update blog nak kena attach gambar sebab banyak keje kena buat. Pasni, aku malas nak upload banyak gambar sangat! Sekian, terima kasih. Kirim salam sayangku pada Abang Najib Razak tercinta.

Selepas 5 bulan berkahwin

Ohaiyo gozaimasu!

Hari ni dijangka mendung sampai petang sebelum hujan lebat beserta kilat sekitar jam 5. Dok sini hari2 kena tengok weather forecast untuk memudahkan kerja harian. Dok Malaysia dulu, tak peduli plak. Haha! So sebagai seorang surirumah, cepat2 basuh baju dan sidai dengan harapan, cuaca mendung dan suhu 24c itu masih dapat mengeringkan pakaian2 yang di ampaian.

Kejap lagi nak berbasikal ke Isezaki Mall untuk beli barang2 yang dah diorder customers. Kalau takde order pun aku still kena ke sana untuk beli groceries. Ada kedai jual groceries kat sini tapi mahal skit. Mahal dalam 20-40 yen (60sen - RM1.20) berbanding kat kedai yang aku selalu beli sebelum pindah ke Yamashitacho ni. 

Dah 5 bulan tinggal di sini..sekejapnye lah masa berlalu. To be honest, aku sangat tenang, damai, seronok, girang, ceria dan gembira berada di sini dan kalau boleh, memanglah aku tak nak balik Malaysia langsung. Nak kemana2 tak risau dengan peragut, perompak or pencuri...orang pun tak sibuk amik tau pasal hal orang lain...Nilai toleransi yang tinggi... takde yang nak mengumpat mengeji apa yang kita pakai... layanan dari pekedai semuanya tip top dan tak menyakitkan hati. Hati rasa sangat tenang...no wonder la orang kat sini umur panjang. Otak pikir positif je memanjang kan.

Sekarang ni aku busy buat bisnes dari rumah selain dari sibuk memenuhi tuntutan seorang isteri (sebut tuntutan teringat Tok Ali memenuhi TUNTUTAN tugasnya). Aku jugak masih aktif bertweeting, main game, berkebun skit2 sebab balkoni kat belakang rumah adalah bapak besar (besar separuh ganda rumah kami) dan pasni insyaallah menjahit memandangkan tadi pagi aku dah beli mesin jahit tanpa pengetahuan suami aku. Takpe lah, pasni dia tau la bila mesin jahit tu sampai kat opis dia.

Memasak... susahnye lah nak kena masak hari2. Aku suka memasak tapi aku dah kehabisan idea nak masak apa. Sangat tension sebenarnya bila pikir ni baru 5 bulan kawin and belum ada anak. Kalau dah puluh2 tahun nanti, apa aku nak masak  ek? wkwkwk

Ok bye. Nanti aku usahakan tulis sambil selit2 gambar kat sini. Ja ne!

Review: Suhada Shizuku Pack Gel

Suhada Shizuku pack gel adalah salah satu produk kegemaran aku dan bakal menggantikan Skilabo Collagen Aqua Gel once aku dah habis guna. 


Kenapa aku nak stop pakai Skilabo Collagen Aqua Gel? Well, dia takde salah dengan aku cuma susah nak dapat stok je. Tak semua drug store ada jual. So ianya adalah sangat menyusahkan aku. Then aku terjumpa mengenai Suhada Shizuku Pack Gel dalam website http://www.fujisankei.com/ dan rasa sangat teruja nak mencubanya.



Sejak dari pertama kali aku cuba testernye di salah sebuah drugstore, aku terus jatuh cinta! Berkenan habis! Letak sikit je atas tangan, secalit je, pastu gosokkan dengan jari dan macam magik, gel tu jadi banyak pastu cam ada mask effect. Macam ada satu layer lain yang wujud atas kulit. Tak tahu macam mana nak explain T_T



Tapi di bawah ni aku tunjukkan beza tangan kiri dan tangan kanan aku. 


Tangan kiri yang pakai Suhada Shizuku Pack Gel, tangan kanan tak pakai apa-apa.



Blerghh! Gambar jadi auto rotate plak dah..  Atas pakai Suhada Shizuku, bawah tak pakai. Lompong2 tu apo? Itu meh aku tunjuk close up dekat2 sebab kalau tengok gambar camni je korang tak nampak bezanya :)

Nampak kan bezanya? Ketara gile okay! Yang sebelum tu, tangan kanan yang aku tak letak apa2. Kulit sangat kering.. siap boleh nampak merekah2 macam tanah tandus yang gersang T_T

Bahagian 'selepas' pulak adalah keadaan kulit pada tangan kiri aku selepas aku sapu Suhada Shizuku Pack Gel tu. Rasa kulit sangat halus... memang nampak beza yang ketara pun!

Produk ni ada 4 fungsi dalam 1. Sesuai sangat untuk orang pemalas cam aku ni. Suhada Shizuku Pack Gel berfungsi sebagai:
- Skin toning lotion
- Milky lotion
- Serum
- Moisturizing cream


Memandangkan ianya mengandungi serum, aku rasa ianya sangat bagus untuk merawat parut2 pada muka dan memandangkan ianya adalah berasaskan air, maka ianya bagus untuk orang yang kulit berminyak.

So, bagi sape2 yang nak cuba benda ni, boleh dapatkan di Stuff From Japan dan tolong bagitau pengalaman korang selepas menggunakannya sebab aku sendiri tak boleh cuba lagi memandangkan Skilabo aku belum habis :(

Review: Just Bitten Kissable dan Canmake Candy Wrap Lip



Hoyeah!

Gambar menunjukkan barang mekap yang aku dah beli semalam. Dari kiri, eyeliner, Revlon 'Just Bitten Kissable' Balm Stain, Canmake 'Candy Wrap Lip', Canmake Lash Care Essence, dan Canmake Powder Cheeks.

Dalam post ni, aku nak review dua benda je iaitu Just Bitten Kissable dan Canmake Candy Wrap Lip :)

Revlon Just Bitten Kissable

Pertama kali aku terpandang lip balm ni pada rak, aku tengah sibuk mencari lip gloss. Aku tengok cam aneh je rupa parasnya sebab badannye macam besar.. macam crayon. Orang tua2 cakap, tak kenal maka tak cinta aite? So aku try tester sebatang. Rasa sangat sangat puas hati dengan resultnye... terus aku sambar sebatang! Perlu beli!



Rupa paras luaran

Ini bukan crayon


Selepas penutupnya dibuka. Macam crayon kan? 

Tolong ye adik, jangan kaler buku mari mewarna dengan lip balm ni okay.!

Macam mana cara pakai?

Aku? Aku sapukan garisan luar bibir aku dengannye,  aku jugak sapukan ia pada bibir dalam, atas dan bawah. Aku 'lukis' atas garisan luar bibir aku dengan lip balm ni memandangkan lip line aku adalah mendung warnanya.

Aku bukan seorang yang reti pakai lip liner...so aku guna lip balm ni sebagai ganti lip liner. Boleh?

Time sapu, rasa macam ada efek menthol pada bibir. Bau pun bau menthol. (Apa yang aku perhatikan, sampai malam bibir aku kekal 'berwarna' dan yang paling penting, garisan luar bibir aku tetap tak nampak hitam seperti asalnya).

So, 

Selepas tu? Apa yang aku lakukan seterusnya adalah, mengisi ruangan 'kosong' bibir dengan Canmake Candy Wrap Lip. 


Canmake Candy Wrap Lip


Rupa paras luaran

Berusnye sangat lembut!
Bahagian kiri: Canmake Candy Wrap Lip
Bahagian kanan: Revlon Just Bitten Kissable
Lip Gloss Canmake tu, aku sangat suka macam mana dia terhampar atas bibir aku. Eceh.. terhampar gittew. Tak tau lah aku kedekut ke, or memang aku titik skit2 je atas bibir, kemam2 skit, dah cun berkilat bibir. Even kalau tak pakai lipstick or lipbalm ni pun, pakai lip gloss ni aje dah cun dah kalernye atas bibir. Aku jual ye Canmake Candy Wrap Lip tu kat www.facebook.com/StuffFromJapan dengan harga RM45 termasuk postage :)


Pasni aku nak beli lagi lipbalm tu..tapi aku nak beli kat Malaysia sebab kat Malaysia lebih murah! RM30 je.. kat Jepun aku beli harga almost RM50! Lenkali nak beli kaler lain pulak yang lebih lembut warnanya. Hehehe. Ada banyak kaler... di bawah ni baru separuh dari koleksi warna yang ada...




Siap! Boleh keluar berjalan2 sekarang!




The most awesome travel partner I have!

Kenapa suami aku adalah seorang travel partner aku yang paling hebat di dunia! (Aku sebagai seorang yang sangat tak sistematik, adalah sangat teruja dengan kesistematikan beliau). Terima kasih Tuhan. He completes me. 



Setiap pagi...


Berjalan2 di Odaiba.

Sepatutnya pergi Odaiba hari Ahad tapi tak jadi pegi. So Isnin esoknya kami pergi. Kebetulan Shakir cuti hari tu sebab Jepun sambut Hari Dewasa untuk remaja2 diorang yang umur 20 tahun.

Hari Ahad sebelum tu, semuanya indah je... walaupun suhu dingin sekitar 6 darjah Celcius, tapi takde la salji ke apa. Just dingin. Kira molek sangat lah kalau kami keluar kelmarin. Shakir pun cakap kat Yokohama susah nak turun salji sebab tepi laut. Tup2, hari Isnin kami nak kuar tu, bukan setakat salji...tapi ribut salji!

Oleh sebab dah 2 hari aku dok umah time weekend, aku nak gak kuar hari tu. So kami pun kuar lah berbekalkan senjata tambahan, iaitu payung. Aku lelaju spray ubat kalis air kat winter boots aku gak.


Gambar ni diambil dari tingkap apartment kami sewaktu kami bersiap2 nak keluar
Ni pulak suasana sebenar di luar selepas kami keluar dari lobi lif. Holy shit!
Hujan salji yang lebat okek. Boleh basah oi...
Banyak jugak la train yang tergendala sebab salji ni...
Tengok lah keadaan kat Shimbashi Station...
Siap ada yang pakwe dia dukung awek dia lah sebab awek dia takleh jalan sebab pakai kasut tinggi. Muahahah! Aku? Too bad, aku terlebih muatan manakala suami aku lak mempunyai sepasang kaki zirafah yang lansing. Takleh la nak angkat aku cam Winter Sonata. So sad.



Destinasi pertama kami adalah Decks. Dekat jugak la dengan train station. Rasa jauh sebab kena menapak dalam salji yang basah dengan berhati2 sebab takut tergolek. Kat dalam Decks tu ada Legoland, Madame Tussauds tempat patung2 lilin tu, rumah hantu, muzium takoyaki, Tokyo Trick Art Museum dan macam2 lagi lah.

Destinasi pertama kami

Kat dalam tu aku dengan Shakir pakat bercamwhore tak kira malu dah. Orang memang ramai dalam muzium tu tapi memasing nak tangkap gambar jugaklah. Kalau tak tangkap gambar, sia2 je masuk dalam tempat tu sebab orang jaga tempat tu sendiri suruh tangkap gambar bebanyak. Haha.

Waktu kami berposing untuk tangkap gambar, sila tahu bahawa ada orang lain yang sedang melihat serta menunggu giliran mereka pula untuk bergambar di tempat yang sama.

Memula bergambar memalu la... wkwkwkw
Shakir melawan kuasa graviti.

Main kasar ni tarik2 baju aku lak...

Aku punyalah berat sampai melengkung lukisan kerusi tu.



Selepas puas bergelak ketawa berpeluh2 buat pelbagai aksi, kami makan takoyaki, main tembak2 tin (nasib baik tak menang. Kalau tak, harom tu harom). Pastu berjalan kaki ke Diver City. Time kami pergi tu, memang tengah ribut. Angin kuat gile siap ada tv reporter lagi tengah wat liputan.




Wawawa aku kena marah dengan suami aku sebab sibuk nak record video padahal angin tengah kuat gile, aku lak hampir terjatuh. Dia punya imaginasi time tu: Dia terjatuh pastu meluncur terus ke tengah jalan raya pastu kena langgar kete. Habis tragik okek! Hahaha

Ok..kesimpulannya, Odaiba best. Banyak lagi tempat kami tak pergi tapi akan pergi lagi nanti. Gambar2 kat dalam telefon Shakir pun ada tapi lenkali je upload. Gambar2 kat dalam phone dia rata2 kat patung Gundam gergasi, Cat Cafe and lelain.

Adios amigos.