Shit My Husband Says #5

Seperti biasa, aku memang suka kacau Shakir kalau dia tengah sibuk buat sesuatu dan tak suka dia ngade-ngade dengan aku dan jual mahal dan buat derk je kalau dia perlukan perhatian sebab ianya terjadi secara automatis...atau mungkin aku sebenarnya seekor kucing jadian. Kucing kan macam tu, kalau kita usap2 dia, belai2 dia, dia malas nak layan tapi kalau kita wat derk je, tak lama datang lettew mengiau2. Aher aher aher...

So pada weekend itu, ketika Shakir sedang sibuk baring2 atas karpet baru beli kat ruang tamu sambil baca 9gag kat phone dia, mode kucing jadian aku telah teractivate secara automatis.

"Ayang!"

"Hmmm.." Sambil mata pandang phone.

"AyaAaAaAng.."

"Iye..." cubaan buat2 bagi perhatian kat aku, dia usap2 rambut kat kepala aku padahal mata dok tengok skrin phone lagi sambil sengih2 baca 9gag

"AyAaAaaAAaaAAAng.."

*krik krik krik*

"Ayang ayang ayang ayang ayang ayanggggg!"

"Iye.."

"K fine, ko tak layan aku, aku nak tido atas perut ko!" 

"Tido lah, tak heran" sambil baca 9gag lagi.

Lelaju aku landing atas perut dia pastu tido. Sebenarnya memang aku ngantuk pun. BAHAHA!

60 minit kemudian...

"Fuyyo dah sejam I tido?"

"Haah"

"Padan muka you I dah tido atas perut you sampai sejam. Lepas ni nak abaikan I lagi tak? Kalau abaikan I lagi, I tido lagi atas perut you lama2!"

Shakir yang rupa2nya dari tadi tak habih2 lagi baca 9gag, duduk dan berkata:

"That was the best 60 minutes of my life! LOLOLOLOLOLOLOL!"


Shit My Husband Says #4

Aku sentiasa ada masalah kurang kasih sayang. Dah dapat kasih sayang melimpah ruah pun aku still rasa tak cukup. So maybe sebab tu lah sampai sekarang Allah bagi kami hidup berdua je sebab kalau bertiga nanti lagi la aku rasa kurang kasih sayang sebab nak kena berebut dengan orang ketiga. Hew hew hew

Scene ini terjadi ketika Shakir duduk berehat2 di ruang tamu selepas pulang kerja sambil aku baring atas riba dia.

"Ayangggggg"

"Ye Sayang..."

"I rasa kurang kasih sayaaaaaaaaaaaang"

"Apa tak cukup lagi ke KASIH dan SAYANG I bagi ni.."

"Tak cukup!!"

"Tengok betapa kasihnya I pada you, I balik awal hari ni"

Dengar dia cakap camtu, aku bingkas bangun, pandang mata dia sambil mata aku bersinar2...

"Maksudnya kawan2 you semua balik lambat, you balik awal lah? Time you balik tadi diorang kat office lagi tengah kerja ke?" 


"I balik awal... sebab diorang pun balik awal jugak. WAWAWAWA"