Review: Suhada Shizuku Pack Gel

Suhada Shizuku pack gel adalah salah satu produk kegemaran aku dan bakal menggantikan Skilabo Collagen Aqua Gel once aku dah habis guna. 


Kenapa aku nak stop pakai Skilabo Collagen Aqua Gel? Well, dia takde salah dengan aku cuma susah nak dapat stok je. Tak semua drug store ada jual. So ianya adalah sangat menyusahkan aku. Then aku terjumpa mengenai Suhada Shizuku Pack Gel dalam website http://www.fujisankei.com/ dan rasa sangat teruja nak mencubanya.



Sejak dari pertama kali aku cuba testernye di salah sebuah drugstore, aku terus jatuh cinta! Berkenan habis! Letak sikit je atas tangan, secalit je, pastu gosokkan dengan jari dan macam magik, gel tu jadi banyak pastu cam ada mask effect. Macam ada satu layer lain yang wujud atas kulit. Tak tahu macam mana nak explain T_T



Tapi di bawah ni aku tunjukkan beza tangan kiri dan tangan kanan aku. 


Tangan kiri yang pakai Suhada Shizuku Pack Gel, tangan kanan tak pakai apa-apa.



Blerghh! Gambar jadi auto rotate plak dah..  Atas pakai Suhada Shizuku, bawah tak pakai. Lompong2 tu apo? Itu meh aku tunjuk close up dekat2 sebab kalau tengok gambar camni je korang tak nampak bezanya :)

Nampak kan bezanya? Ketara gile okay! Yang sebelum tu, tangan kanan yang aku tak letak apa2. Kulit sangat kering.. siap boleh nampak merekah2 macam tanah tandus yang gersang T_T

Bahagian 'selepas' pulak adalah keadaan kulit pada tangan kiri aku selepas aku sapu Suhada Shizuku Pack Gel tu. Rasa kulit sangat halus... memang nampak beza yang ketara pun!

Produk ni ada 4 fungsi dalam 1. Sesuai sangat untuk orang pemalas cam aku ni. Suhada Shizuku Pack Gel berfungsi sebagai:
- Skin toning lotion
- Milky lotion
- Serum
- Moisturizing cream


Memandangkan ianya mengandungi serum, aku rasa ianya sangat bagus untuk merawat parut2 pada muka dan memandangkan ianya adalah berasaskan air, maka ianya bagus untuk orang yang kulit berminyak.

So, bagi sape2 yang nak cuba benda ni, boleh dapatkan di Stuff From Japan dan tolong bagitau pengalaman korang selepas menggunakannya sebab aku sendiri tak boleh cuba lagi memandangkan Skilabo aku belum habis :(

Review: Just Bitten Kissable dan Canmake Candy Wrap Lip



Hoyeah!

Gambar menunjukkan barang mekap yang aku dah beli semalam. Dari kiri, eyeliner, Revlon 'Just Bitten Kissable' Balm Stain, Canmake 'Candy Wrap Lip', Canmake Lash Care Essence, dan Canmake Powder Cheeks.

Dalam post ni, aku nak review dua benda je iaitu Just Bitten Kissable dan Canmake Candy Wrap Lip :)

Revlon Just Bitten Kissable

Pertama kali aku terpandang lip balm ni pada rak, aku tengah sibuk mencari lip gloss. Aku tengok cam aneh je rupa parasnya sebab badannye macam besar.. macam crayon. Orang tua2 cakap, tak kenal maka tak cinta aite? So aku try tester sebatang. Rasa sangat sangat puas hati dengan resultnye... terus aku sambar sebatang! Perlu beli!



Rupa paras luaran

Ini bukan crayon


Selepas penutupnya dibuka. Macam crayon kan? 

Tolong ye adik, jangan kaler buku mari mewarna dengan lip balm ni okay.!

Macam mana cara pakai?

Aku? Aku sapukan garisan luar bibir aku dengannye,  aku jugak sapukan ia pada bibir dalam, atas dan bawah. Aku 'lukis' atas garisan luar bibir aku dengan lip balm ni memandangkan lip line aku adalah mendung warnanya.

Aku bukan seorang yang reti pakai lip liner...so aku guna lip balm ni sebagai ganti lip liner. Boleh?

Time sapu, rasa macam ada efek menthol pada bibir. Bau pun bau menthol. (Apa yang aku perhatikan, sampai malam bibir aku kekal 'berwarna' dan yang paling penting, garisan luar bibir aku tetap tak nampak hitam seperti asalnya).

So, 

Selepas tu? Apa yang aku lakukan seterusnya adalah, mengisi ruangan 'kosong' bibir dengan Canmake Candy Wrap Lip. 


Canmake Candy Wrap Lip


Rupa paras luaran

Berusnye sangat lembut!
Bahagian kiri: Canmake Candy Wrap Lip
Bahagian kanan: Revlon Just Bitten Kissable
Lip Gloss Canmake tu, aku sangat suka macam mana dia terhampar atas bibir aku. Eceh.. terhampar gittew. Tak tau lah aku kedekut ke, or memang aku titik skit2 je atas bibir, kemam2 skit, dah cun berkilat bibir. Even kalau tak pakai lipstick or lipbalm ni pun, pakai lip gloss ni aje dah cun dah kalernye atas bibir. Aku jual ye Canmake Candy Wrap Lip tu kat www.facebook.com/StuffFromJapan dengan harga RM45 termasuk postage :)


Pasni aku nak beli lagi lipbalm tu..tapi aku nak beli kat Malaysia sebab kat Malaysia lebih murah! RM30 je.. kat Jepun aku beli harga almost RM50! Lenkali nak beli kaler lain pulak yang lebih lembut warnanya. Hehehe. Ada banyak kaler... di bawah ni baru separuh dari koleksi warna yang ada...




Siap! Boleh keluar berjalan2 sekarang!