42 hari lagi...

Alhamdulillah, sesungguhnya, pada usia 28 tahun ni aku hampir berjaya mencapai cita-cita hidup aku iaitu menjadi seorang isteri dan suri rumah. 42 hari lagi...Insyaallah.

Last week, 2 November 2012, adalah merupakan hari terakhir aku bekerja di Albukhary International University selepas menghantar surat letak jawatan pada bulan Ogos. Lepas hantar surat tu, hari-hari pergi keje takde mood siak. Dalam otak pikir nak berenti keje cepat dan nak kawin. Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati aku bila akhirnya 2 Nov tiba jugak! MIAHAHAHH! Insyaallah, itu adalah kampeni terakhir aku bekerja dan kalau pasni aku keje pun, aku adalah bosnye. Insyaallah :)

So sekarang aku berada di rumah tokwan tercinta ku bersama-sama keluarga tercinta untuk enjoy dan memanjakan diri ku dengan mereka sebelum menjadi seorang isteri orang. Heaven siot...

Persiapan kawin? Ada.. tapi slow. Slow sebab majlis tak besar mana pun. Nak jemput around 500 orang je. Takde sanding sebab aku bukan agama Hindu. Photographer pun nak shoot and burn je sebab aku tak nampak di manakah kaitan antara gambar perkahwinan yang gempak dengan keharmonian rumah tangga aku kelak. Baju nikah pun tempah jahit tempat biasa-biasa je dan guna kain yang tak mahal pun. Just cukup nak bagi nampak ghupe pengantin cukup lah. Hantaran pun biasa-biasa je sebab tak rasa teringin nak try produk2 baru pun. Apa yang aku biasa pakai dan akan pakai, itu la yang aku letak atas dulang. Takde maknanya aku nak menunjuk2 kat orang betapa gahnya barang2 hantaran aku tapi pastu tak pakai.

42 hari lagi nak kawin tapi kad kawin sok baru leh gi tengok and finalize pastu baru diorang akan print out 500 keping.. Btw, kad kawin pun aku wat yang murah je (bwh 50sen walaupun untuk 500 keping termasuk sampul) sebab aku tau last sekali kad kawin aku tu akan ke tong sampah jugak dan kalau orang tu baik hati, dia buang dalam recyle bin. Tapi takde la daif bebeno kad aku tu sampai macam fotostet atas kertas warna je kan. Kalau cenggitu gayanya, baik aku wat sendiri je kat rumah. Dapat gak aku design lawa2. 

Perhubungan jarak jauh sebanyak 5173km antara aku dengan bakal suami aku juga menyebabkan persiapan kawin kami sangat slow. Slow, tapi bergerak lancar lah. Setiap kali dia balik Malaysia, time tu la dia pergi buat HIV test, pastu isi borang kebenaran nikah, gi mintak sign, gi beli barang hantaran, beli cincin and memana yang sempat lah dalam masa beberapa hari. Syukur Alhamdulillah, semuanya bergerak sangat lancar sampaikan HIV test yang selalunya dapat result dalam 2 minggu pun dia leh dapat on the spot sebab kebetulan stock kit HIV test baru sampai. Semuanya dilakukan dalam masa 3 hari. Bayangkan. LOL! Pastu dia balik Jepun semula. Baju nikah dengan samping dia pun aku carikan sendiri kat sini.

Excited tak? Hmm... setakat ni tak excited mana pun sebab aku rasa cam lambat lagi. Maybe kalau tinggal lagi beberapa hari sebelum kawin, baru aku rasa kot. Or maybe aku sebenarnya excited nak jadi isteri orang tapi tak excited pun nak melaram pada hari perkahwinan. Maybe. Ye ah, aku kan takde dream wedding. Aku cuma ada dream marriage je. Bagus gak la bila takde dream wedding ni. Nak beli kain wat baju ke, nak beli barang hantaran ke, nak buat majlis ke, semuanya aku tak pikir lebih-lebih pun. Asalkan majlis berjalan sudah... yang penting, akad nikah.

Aku bersyukur lah ada family yang simple tak sibuk nak suruh wat majlis bertunang siap hantaran bagai. Kalau ikutkan aku, aku nak wat kenduri kesyukuran je. 20 dulang pun takde masalah. Mak aku on aje.  Aku bersyukur jugak bakal family mertua pun tak terlalu mengikut adat yang bukan2. Aku bersyukur jugak sebab bakal suami aku pun tak banyak kerenah. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah.  




Mok Mok Mok

Sahaja aku menulis entry ini ketika waktu kerja tunai...

Kalau yang pernah baca blog aku ni tahun lepas, ada entry aku tengah berusaha untuk turunkan berat badan. Baca kat sini oi

Ketika entry itu ditulis (September 2011) berat aku adalah 70kg. Setelah setahun aku melakukan diet on off, gi gym on off, jaga makan on off, tanggal 22 Oktober ni berat aku adalah 60kg. So dalam sehari aku kurang around 25gram lah. 

Memandangkan aku dah nak kawin tak lama lagi, aku pun mula la berdiet secara tak sihat. Makan time sarapan je and malam bila lapar, minum lah air nestum... 

Aku still gi keje jalan kaki. 

Gi Giant yang jaraknya around 500m jalan kaki. 

Nak masuk office naik pakai tangga, tak guna lif.

Aku quit makan nasi (kecuali smlm sbb balik kampung mkn nasi lemak spjg hari total 3 pinggan. Fine mama...fine)

Pagi2 kadang2 aku buat jus epal sebab orang cakap baik untuk turunkan berat badan.

Aku tak minum air bergula... minum air masak lebih dari 1.5liter sehari...kadang2 minum green tea.

Aku tahan kelaparan aku dengan bantuan Acai Berry (perut tak lapar tapi nafsu makan still ada).

Ni gambo aku yang aku ada upload kat FB and Twitter. Baju saiz S yang dah lama aku tak pakai. Mihmihmih.



Setakat ni baju kurung aku saiz S dah muat.. Semoga bulan 12 nanti sebelum 23hb, aku dah berjaya kurangkan at least 5kg lagi.

Amin....

Twitterjaya di Museum of Science and Nature, Ueno, Japan

(Sambungan post tadi)

Pastu I gi Museum of Science and Nature.

Museum dia ramai orang sebab interactive. Leh bawak budak2.



Ni lagi besar, so 600 yen.

Dia ada Japan Section and International.

Yang ni Japan. Dia cite apa ada kat Japan, jenis hidupan dia...



Yang best, suma ada sample. Takde la tengok gambar je.



Ada video-video gak.

(Dah nama pun muzium sayang, mesti la ada yang dipamerkan. Hahaha)

What I mean is, very minor photos. 


Sume sample.

(Owh oce)



Macam pokok ni. Dia label bape tahun. 

Kalau you zoom gambar tu, nampak sampai umur 1600 tahun.

And Jepun banyak fosil.



I tak sure ni replica or real bones.

I suka cara dia buat museum dia. Bukan setakat pameran.

Macam ni. Nak cite batuan apa ada kat Jepun, kat mana, dia wat camni. 



Cool siot. Pakai actual rocks.

Pastu dia ada wat presentation camne orang dia berevolusi.

Ni kira caveman kot.




Ni dah reti pakai baju.

(Bulu burung tak banyak beza dengan bulu burung diorang sekarang. Bagus2)

Burung je tengok, sex maniac betul.






Ni lepas tu...





Ni seterusnya...


Ni zaman Samurai kot. Tengok, dia ada globe lagi. 



Pastu I gi section lain.

I jumpa kawan Noreena. (untuk pengetahuan korang, Noreena ni adik aku. Dia pernah accident langgar babi)



Tak sure yang mana. Diorang cakap Noreena pernah langgar diorang. Pastu diorang jadi kawan.

I jumpe adik Aizad Fahmy gak.



Ni sape ntah tapi dia kenal you so I tangkap gambar.


Pastu dia ada pamer barang teknologi diorang. Camne diorang advanced. Agak bosan.




Pastu I jumpe Twitterjaya.

Ni ha.


Memacam jenis ada. Suma dalam bekas akuarium ni and sume rasa cambest padahal terkurung.







Suma tengok dunia ikut screen tapi diorang pikir diorang sangat best and tahu memacam.




(Ko setan! Aku akan blogkan suma ni!)

Pengalaman di Museum of Modern Art, Ueno, Japan

Pengalaman ini diceritakan oleh Shakiaq dan aku rasa eloklah aku share je kat korang kot-kot la tergerak hati nak pergi sana jugak :)
(Ayat-ayat yang digunakan adalah dalam bentuk conversation memandangkan aku copy paste dari LINE)

Tadi I gi Ueno. Gi tengok Museum. Mula-mula I masuk Museum of Modern Art.



420 yen.

Dia ada sculpture and paintings.



The Thinker. Bukan Thinker dalam Dota yang leh fire rocket tu. Ni ori punya idea. 

By the way, I tangkap ni sebab I suka.




Ni tak ingat tajuk dia apa tapi yang penting kissing position dia menarik. Nanti kena buat. Muahahahah!

(hahahahahahha bodoh kan you)



Ni Madam Doloroso kot. I ske sebab cara dia wat colour tone tu lawa. Yang veil dia tu.



Ni lak Claude Monet. Dia femes tapi lukisan dia suma style camni. Tak suma orang leh appreciate termasuk lah I. 

Tapi Monet nye painting ni mesti mahal.




Ni nama dia Duckling. I suke dia lukis budak ni. Lawa. Comel.



Ni painter tak femes sangat kot. Tapi I suke sebab dia lukis pakai cat minyak. Tapi kalau tengok dekat, teliti...





Ni close up painting tadi. Oil based painting. Dia macam lukis by pixel.



Ni lak abstract apa ntah tapi lawa. I suka gak.



Ni Picasso. Level-level Monet tadi. Tajuk dia women apa ntah. 

Arca ni I terpaling suka

I teringat you.

(Ye la, I gemuk itam)

Banyak suclpture kekadang propotion badan lari sket tapi yang ni cam kene gile. Btw tu je Museum of Modern Art.

....sambung Musieum of Science and Nature lak post seterusnya.

Apa itu Aerogram






Waktu aku sekolah menengah dulu, aku ada kawan kat luar negara. Aku selalu hantar surat kat diorang guna aerogram. Mak aku yang ajar pakai benda alah tu sebab masa mak aku sekolah menengah dulu, mak aku ada kawan kat luar negara jugak. So mak aku pakai benda alah tu untuk kontek kawan2nya di luar negara juga. 

Sekarang dah tahun 2012... time aku godek2 laman web posmalaysia, ternampak kewujudan makhluk terancam ini. Nampak tak berapa lama aerogram ni dah wujud?

Aku jamin ramai budak-budak zaman sekarang yang pesen dapat kad raya setahun sekali pun tak tentu, so mesti ramai tak tau apa kejadahnya itu aerogram. 

Aerogram ni bentuknye macam sampul surat yang tak digam. Ko tulis kat bahagian dalam nye, pastu gam keliling framenye dan jadikan bentuk sampul. Pastu ko boleh pos terus tanpa stamp. Walaupun hantar aerogram tu ke luar negara, ko still bayar 50sen je utk harga aerogramme tu :) Murah kan?

Lagi satu, tak boleh ada apa2 kertas tambahan kat dalam sebab nanti akan dikira sebagai surat biasa dan kena bayar harga stamp ikut destinasi negara...ok?

Cara nak beli, gi pejabat pos, buat muka kerek, mintak beli aerogram. Makasih.

StickyGram...apa tu?

Bagi kekorang yang hangat bercinta, tak kira lah dah nikah ke, dah beranak ke, dah bercucu ke, baru tunang ke, baru kapel ke dan sedang mencari hadiah untuk pasangan korang, korang leh hadiahkan kepada mereka (atau diri sendiri) fridge magnet yang gambar-gambarnya diambil dari Instagram korang!


Gerek what gambar-gambar dari Instagram korang diconvertkan kepada fridge magnet?

Satu set mengandungi 9 keping gambar (yang akan jadi fridge magnet). Free shipping WORLDWIDE okek! 

Harga nya satu set $14.99 dan korang boleh dapat diskaun $2 kalau korang masukkan code promo ini: 
FRIEND9IFL

Semua kad kredit major diterima. Paypal pun boleh.  (Untuk KAWAN-KAWAN aku yang nak mintak tolong pakai Paypal aku, leh kontek aku kat Twitter, FB, Whatsapp or LINE).

Bayangkan betapa coolnya fridge rumah korang, rumah si dia, atau pun workstation korang kalau ada benda ni. Perghh.. gerek seh.

Apa? Gambar-gambar Instagram korang tak menarik untuk dijadikan fridge magnet? Kenapa? Sebab ada muka koooo je memanjang bercamwhore? Or sebab ada gambar makanan je memanjang? Tak berbaloi untuk bayar $14.99 untuk gambar-gambar bebukan tu ke? 

Now you know betapa 'berharganya' gambar yang korang Instagramkan. Mentang-mentang la free, segala mak nenek gambar membosankan tahap Gaban pun korang upload kan? Bila kena bayar, tau pun tak sanggup nak bayar sekeping $1.6. Tu pun ada hati lagi nak suruh orang beli, letak kat Instacanvas. Waaaaawawawawawawa!

Cara-cara download Gameboy Emulator dalam Android Phones/tabs

Aku dah bosan orang tanya aku soklan yang sama...so aku tulis entry ni bagi 7 keturunan Mahsuri boleh baca termasuk puak Taliban, Hizbullah dan Yahudi.

Cara yang pertama, pergi ke: http://slideme.org/application/slideme-marketplace  dengan henpon atau tab android anda yang ohsem ittew

Atau download beliau di sini:























Selepas itu, masuk dalam SlideME Marketplace tersebut dan search "GameBoid"


Sila install beliau. Itu pun nak kena cakap kah????

Selepas install, tak boleh main lagi. Kena la donlod game dia dulu. Tapi memula kena donlod "DroidEmuROMGet"

Sila cari DroidEmuROMGet sama dengan cara ko donlod GameBoid tadi. 

Lepas donlod, sila buka DroidEmuROMGet.

Korang akan nampak layout camni:

Selepas tu, akan ada banyaaaaaak list game.. Pilih lah mana2 pun sampai lebam...


Pilih salah satu game tu.. pastu tengok sampai naik status leh donlod, baru tekan donlod macam ni:


Pas download, bukak GameBoid, pastu cari ROM dan bukak... (suma game yang dah di donlod akan ada di situ..benda ni set sekali je..pastu dia akan cari sendiri kat situ)


Contoh senarai game yang dah didonlod:


Pilih je terus game tu..tak yah nak extract2... and leh main dengan aman dan damai!!



TAMMAT!


Kenapa Underwear Laki dalam Kotak, Tapi Perempuan Berlipat, Berlonggok, atau Bergantung

Dalam Twitter hari tu, Cik Dara ada tweet pasal underwear lelaki dalam kotak, tapi perempuan tak.. dia rasa tu sejenis diskriminasi. Well, aku takde penjelasan yang lebih logik selain daripada kesimpulan yang aku dapat hasil dari perbincangan dengan buah hati kesayangan aku, Shak.


Kenapa Underwear Laki dalam Kotak, Tapi Perempuan Berlipat, Berlonggok, atau Bergantung?? 


Kenapa???


Jawapannya di sini...