Homeschool - Membaca Dalam Bahasa Melayu

Hai, lama kita tak bertemu. Assalamualaikum.

Aku tak update sebab aku rasa bosan plak cerita benda yang sama. Takde apa-apa progress yang significant pun bagi aku untuk aku update....or maybe ada, pastu aku pikir nanti je aku tulis bila ada masa, pastu lama-lama rasa macam basi nak tulis, pastu lupa macam tu saja LOL!

Well, post ni adalah post yang penting okay! Sebab aku nak bagitau korang yang aku dah start ajar Hana membaca dalam Bahasa Melayu. Ya, sesungguhnya inginlah aku mengingatkan korang yang Bahasa Melayu Hana adalah pada paras yang amat tidak membanggakan. Kalau dia bangsa lain, aku rasa netizen dah suruh balik negara asal dah. Tapi oleh sebab dia orang Melayu, jadi orang cuma akan mencemuh dia sebab dia bajet bagus sebab speaking je. Kahkah!

Namun demikian, proses ini adalah sangat penting untuk aku dan juga korang sebab ianya akan membuktikan bahawa minah saleh celup juga mampu membaca dalam Bahasa Melayu jika dia diajar bagaimana untuk membacanya! Aku pun tak sabar nak tengok hasilnya nanti wohoo!





Honestly, aku malas beli buku Marilah Membaca Anakku, Sudah2lah Tengok Youtube Anakku, Siri Mudah Membaca, Bacalah Anakku Takkan Kau Nak Jadi Buta Huruf dan lain2 sebab aku rasa macam dah banyak sangat dah buku kat bilik Hana. So aku membuat inisiatif dengan membuat Carta Suku Kata KV sendiri dengan dibantu Google yang mana ianya melibatkan kartun kegemaran Hana pada masa sekarang iaitu, Pocoyo. Harapan aku, bila dia tengok Pocoyo tu dia jadi lebih semangat la nak belajar membaca bahasa yang dia kurang faham ni. Hehe...




Bagi korang yang berminat untuk guna carta yang sama, boleh click pada kotak terima kasih di bawah ini:



Terima kasih, semoga bermanfaat ;)

No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!